27 Disember 2013

Tokan Tonjol Kelainan Zizan Sebagai Mat Lobe




Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa pelakon dan pelawak, Zizan Razak mampu untuk melakonkan watak antagonis dengan begitu baik sekali.Ianya terbukti dengan keberkesanan lakonannya sebagai Mat Lobe dalam filem  ‘Tokan’ arahan Ghaz Abu Bakar.
Menurut Ghaz, watak Mat Lobe ini merupakan sesuatu yang baru buat Zizan kerana dia perlu berlakon sebagai watak antagonis.“Ini adalah sesuatu yang baru buat Zizan, sebelum ini dia asyik dengan watak komedi jadi saya berikan watak yang lebih serius kepadanya.
“Sebelum ini, Zizan ada datang berbincang dengan saya mengenai watak dan dia mahu mencuba sedikit kelainan... lain daripada komedi, jadi saya cipta watak ini khas untuk dia.” ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem Tokan baru-baru ini.
Selain itu, Ghaz juga memberitahu bahawa Zizan telah berjaya membawakan watak tersebut dengan baik walaupun sedikit sebanyak terdapat elemen komedi di selitkan.
“Untuk watak itu, tidak la nak kata Zizan perlu serius sepanjang masa, tidak… Ada juga elemen komedi yang diselitkan. Ada masa dia melawak tetapi ianya bukanlah jenis lawak yang biasa kita lihat.“Alhamdulillah, saya rasa bangga juga dengan sebab dia mampu membawakan watak tersebut dengan baik.
“Saya harap penonton dapat melihat kelaianan yang saya cuba bawakan dalam filem ini, dan saya rasa filem ini mampu memberi impak dan kesan dihati penonton.” ujarnya mengakhiri perbualan.Filem 'Tokan' akan mula di tayangkan di pawagam pada 26 Disember ini.
Sinopsis:

Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua Tokan di Malaysia termasuk Tuan Kamil yang dilakonkan Wan Hanafi Su. Tuan Kamil adalah Tokan terbesar di Melaka dan mempunyai dua anak perempuan iaitu Suri serta Wana. Ada tujuh lagi Tokan lain antaranya Mat Lobe di bawah Tuan Kamil.  

Mat Lobe pula adalah Tokan paling muda di Melaka dan seorang yang kelakar serta suka bergurau. Sementara itu, Suri, Wana, Yusof dan Solihin, seorang lagi Tokan di Melaka sering disakat Mat Lobe. Solihin seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah dan dia banyak menghabiskan masa dalam makmal memproses bahan haram itu.  

Sementara, Yusof berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan sebelum ditawarkan bekerja di sebuah kilang dimiliki Tuan Kamil. Selepas beberapa bulan kerja, Tuan Kamil menganggap Yusof sebagai anak sendiri dan melantik lelaki itu sebagai pegawai peribadinya.  

Sepanjang berkhidmat dengan Tuan Kamil, Yusof tidak pernah terbabit dalam kejadian tidak diingini sehingga terjumpa dengan Rano. Watak Rano yang dibawa Johan As’ari mengisahkan seorang pegawai tentera yang menarik diri daripada perkhidmatannya kerana diupah individu untuk membunuh semua Tokan di Malaysia.  

Selain melakukan kerja sebagai pembunuh upahan, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di negara ini berikutan adik perempuannya ditangkap kerana menjadi keldai dadah di Brazil. 

 SUMBER
*Tak sabar nak tengok cerita ni,nampak macam menarik :D.. 

Read more ...

Justin Bieber Umum Bersara!




Penyanyi remaja popular dunia, Justin Bieber telah mengejutkan industri muzik apabila dia mengumumkan persaraannya melalui laman sosial miliknya pada Rabu.
Menurut Bieber menerusi laman Twitternya menulis :
“Wahai peminat kesayangan, dengan ini saya bersara secara rasminya.
“Media banyak bercakap tentang saya, banyak penipuan dan mereka mahu lihat saya gagal. Namun, saya tidak akan meninggalkan kamu, menjadi belieber adalah satu gaya hidup.”
 

Bagaimanapun, wakil Bieber enggan memberikan sebarang komen.
Namun, pengurusnya, Scooter Braun dilaporkan mahu memberi tempoh setahun buat penyanyi itu berehat bermula tahun depan kerana Bieber telah berterusan bekerja sejak berusia 12 tahun lagi.
Khabar angin mengenai perkara tersebut mula hangat diperkatakan sejak seminggu lalu apabila penyanyi berusia 19 tahun itu menyatakan hasrat hatinya  bahawa dia sedang berfikir untuk bersara ketika wawancara bersama stesen radio Power, America syarikat.
SUMBER 
 Pendapat angah : Sebenarnya angah tak kisah sangat,sebab angah bukannya minat sangat artis ni.Mungkin ramai yg minat dia,tapi sory,angah tak minat dan sebab tu angah tak kisah.Lagipun biarlah dia nak buat apa pun..dunia dia kan?? :D

Read more ...

Beckham Hadiahkan Baju Tidur Bernilai Hampir 1.2 Juta Kepada Isteri!



"Walaupun sudah hampir 14 tahun mendirikan rumah tangga, namun rasa cinta terhadap isteri tidak pernah pudar malah kasih sayang kian menebal.
Begitulah hebatnya cinta pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham terhadap isterinya, Victoria sehingga sanggup menghadiahkan baju tidur yang bernilai hampir 1.2 juta.
Menurut Beckham, dia menghargai penat lelah isterinya dengan memberikan hadiah baju tidur sutera rekaan mewah oleh Olivia Von Halle dari Newcastle sempena hari Krismas baru-baru ini.
“Saya sayangkan isteri saya, Saya mahu dia kelihatan cantik setiap masa. Bagi saya, nilai ataupun wang yang di keluarkan tidak menjadi halangan besar untuk memberi hadiah sebagai penghargaan buat isteri kesayangan saya.” ujarnya.
Pasangan Beckham dan Victoria ini telah mendirikan berkahwin sejak 1999 dan di kurniakan empat orang cahaya mata, Brooklyn Joseph,  15, Romeo James, 12, Cruz David, 8, dan Harper Seven, 2."Sumber

*Seronok dapat hadiah.. 
Read more ...