28 Disember 2013

Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah menjemput anda semua untuk menyertai suatu Segmen yang menarik.Senang je cara nak join.
Pencarian Bloglist.Senang je caranya.Lagipun boleh mengeratkan silaturrahim sesama kita kan??
Macam mana nak join?? Klik banner untuk terus ke entry Segmen itu.


Read more ...

Wajah Baru 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah,selesai sudah mengedit blog sendiri.Jadi,inilah hasilnya.Mungkin tak sehebat mana pun,asalkan angah puas hati sudah...
Tema Blog 2014
Angah memilih warna merah,hitam dan kelabu sebagai tema blog untuk kali ini.Kerana apa?Warna merah menunjukkan kegarangan angah untuk beraksi dalam dunia blogging dengan lebih agresif pada masa akan datang.Selain itu,warna putih dilihat lebih menyerlah berbanding warna lain,kerana warna putih lebih mesra pembaca.Takkan nak guna warna gelap sebagai background?? hehe..
Header baru??Inspirasi??
Header baru kali ini taklah baru sangat.Sebab apa?Angah masih mengekalkan imej remaja lelaki dengan tulisan Diari Jejaka Hangat.Selain itu,angah ada meletakkan imej smiley muka yang pelbagai untuk menunjukkan  reaksi yang pelbagai dalam setiap entry yang angah hasilkan.
Perubahan lain??
Angah telah membuat suatu ruang di sidebar iaitu statistik DJH.Di situ dipaparkan Online Users/NetworkedBlogs/AlexaRank/Busukorg/Tinjau.net. Pembaharuan juga dibuat pada Favicon blog.Selain itu,tiada perubahan yang lebih besar.


Ini adalah prestasinya setelah di lakukan pengeditan. 82/100,adalah agak baik manakala 2.98s untuk loading blog.Masih perlu diperbaiki.
Kata-kata terakhir??

Angah berharap agar anda semua sentiasa menyokong DJH,insya Allah.Sama-sama kita maju ke hadapan dalam dunia yang kita reka ini. :D 


Read more ...

Segmen Azam Blog 2014





Azam Blog DJH 2013

  1. Mendapat minimum 300 unique visitor setiap hari. *Berjaya
  2. Mendapat lebih 1000 Pengelike Fanpage DJH. *Berjaya
  3. Setiap entry mempunyai komen. *Berjaya
  4. Mendapat Rezeki sampingan daripada Blogging *Berjaya
  5. Pagerank 2 *Berjaya
  6. Meng Famous kan blog. *Masih dalam proses 
  7. Mendapat lebih 800 rakan +Google Plus Circles  
Azam Blog DJH 2014
  1. Mendapat minimum 600 unique visitor setiap hari.
  2. 2000 Pengelike Fanpage DJH.
  3. Mendapat 3k Follower Blog DJH.
  4. Mempunyai domain sendiri.
  5. Mendapat REZEKI yang berganda hasil berblogging.
  6. Meng Famous kan blog dengan lebih hebat.
  7. Membuat entry yang berkualiti dan mantap.
  8. Ranking Alexa yang lebih mantap.
  9. Blog yang mesra Pembaca/SEO/Pengiklan/Rakyat 

Nota :-
"Alhamdulillah tahun 2013 merupakan tahun yang hebat untuk angah bertapak di dalam dunia berblogging ini.Macam-macam pengalaman yang angah dapat dalam tahun 2013.Sesungguhnya angah akan pertingkatkan prestasi angah bukan sahaja untuk blog tetapi juga dalam bidang yang angah ceburi."



Read more ...

Zizan Razak Bangga Dengan Penghijrahan Emma Maembong




"Adakah kerana penampilannya bertudung ketika muncul dalam program hiburan MeleTOP baru-baru ini menyebabkan Emma Maebong mengambil keputusan untuk terus berhijrah dan mengenakan hijab?Menurut pelakon dan pelawak Zizan Razak yang juga teman rapat kepada Emma Maembong, dia merasa bangga kerana Emma kini sudah berhijrah dan bertudung.
Bagaimanapun Zizan menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan dia sebagai individu yang menyuruh Emma bertudung.Malah menurut pelakon itu, bapa saudara Emma sendiri ada menghubunginya dan bertanya adakah Emma bertudung disebabkan Zizan atau kehendak sendiri.
“Emma bertudung di atas kerelaan hati dan kehendak sendiri. Saya tidak pernah menyuruh atau paksa dia bertudung. 
“Sewaktu bapa saudara Emma menghubungi saya, saya sendiri pun tak tahu Emma sudah mula bertudung.
“Bagaimanapun sebagai seorang yang rapat dengan Emma, saya akan terus memberi sokongan walaupun dia baru mencuba-cuba untuk bertudung. Bagi saya perkara itu sangat baik dan membanggakan untuk seorang wanita,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada petang Jumaat.
Tambahnya lagi, sebelum ini Emma pernah menyatakan hasratnya untuk bertudung dan hanya menunggu masa untuk melaksanakan nait hatinya itu.
“Buat masa ini Emma sedang menjalani penggambaran drama yang menuntut dia untuk memakai tudung dan untuk projek seterusnya saya tidak tahu sama ada dia akan menerima tawaran watak bertudung sahaja atau tidak,” kata Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Frame Entertainment.
Menurutnya lagi, walaupun dia memantau perkembangan artis di bawah naungannya itu, namun perkembangan kerjaya Emma masih belum diketahui selepas pelakon wanita tersebut bertudung. "
Sumber 
 Pendapat angah :
Alhamdulillah,semakin ramai artis yang berhijrah tahun ini.Tapi apa yang angah tengok orang perempuan senang untuk dilihat berhijrah,tetapi orang lelaki bagaimana pula?Walau apapun,teruskan penghijrahan anda ye Emma Maembong :D 
Read more ...

Projek Memikat Suami





SINOPSIS

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
Pendapat Angah
*Tak sangka,novel yang best ni diadaptasi ke drama TV.Yang bestnya lagi drama adaptasi ini dilakonkan oleh pelakon cantik iaitu Emma Maembong!!Cayalah.
Novel ni angah dah baca dah disebabkan kakak angah dah beli novel ni dulu,so angah terbaca je la.Haha secara keseluruhannya menarik.Cuma angah tak sabar nak tengok kat TV adakah jalan cerita yang sama atau berbeza? :D
Read more ...

This Blog Is Currently Under Construction.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya bukannya apa pun.Angah sedang menyiapkan header angah sendiri  + stuff blog yang lain.Angah dah dapat tema warna yang sesuai untuk tahun 2014.
Cumanya angah masih belum lagi nak edit template + godek2 coding.Hehe,angah masih mencari tutorial-tutorial yang lalu untuk disavekan supaya taklah blog angah terbengkalai.
Contoh yang akan terjadi :- 
Sangat menjadi ketakutan apabila tengah mengedit blog,tiba-tiba kita terlupa dengan coding yang kita nak buat.Kemudian minta tolong blogger lain,dan ternyata blogger lain tak reti juga,akhirnya blog terpaksa dibiarkan terbengkalai.
Harapan 
Harapannya supaya blog angah tak menjadi seperti itu.Bagaimanapun,untuk tahun 2014 angah akan membuat beberapa perubahan pada blog.Cuma header yang agak lebih kurang sama yang berbeza hanyalah tema dan semangat yang baru. :D
Sekian. 
Read more ...