29 Disember 2013

Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sempena menyambut kedatangan tahun baru, segmen khas ni dibuat untuk penyenaraian azam baru anda tahun 2014 ini. Moga dengan adanya azam baru, segala apa yang dirancangkan, tercapai matlamat. Teringin jugak nak tahu azam baru anda semua. So, jom kita meriahkan segmen ni.

HADIAH:
2 pemenang akan menerima hadiah novel

Senarai azam baru anda sempena tahun 2014:

  • Dapat lebih dekatkan diri dengan Allah S.W.T yang mana angah masih mencari makna sebenar hidup sebagai seorang muslim sejati.Angah tahu yang angah masih seorang yang jahil dalam agama.
  • Dapat anugerah dekan sekali lagi untuk semester seterusnya.In Shaa Allah. 
  • Dapat memberikan khidmat bakti kepada ibu bapa dari umur seawal mungkin.Angah sekarang walaupun masih berumur 18,tapi angah rasa sudah tiba masanya untuk angah membalas kembali jasa mereka.
  • Dapat menyertai pasukan orchestra yang besar-besar dan berprestij seperti KLPAC/NSO/MPYO. In Shaa Allah.
  • Dapat jadi seorang student+blogger+anak yang baik,mendengar kata,dan berjaya. 
TAMAT: 31 JANUARI 2014
Read more ...

Kepentingan Blog



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,angah sudah pun menyiapkan proses pengeditan blog DJH ni.Dan rata-rata ramai rakan blogger yang menyukai wajah baru DJH.Terima kasih.
Kepentingan Blog?
Bagi angah blog bukan sekadar hobi.Mungkin ramai yang akan mengatakan blogging hanyalah sekadar hobi,tapi bagi angah apabila kita dah serius dalam blogging,habiskan masa dengan blogging,rasanya ianya sudah menjadi part time dalam kehidupan kita.
Mungkin ada juga yang sekadar menjadikan blog sebagai hobi,kerana sekadar mengupdate entry hanya bila perlu,tapi apabila kita sudah membuat pelaburan dalam blog dari segi domain/sponsor segmen/dan lain-lain,sudah tentunya bukan lagi menjadi hobi.
Pengiklanan??

Dari segi iklan pula,angah tak menitik beratkan sangat dengan iklan,sama ada daripada Nuffnang/Komli dan lain-lain.Kerana apa? Bagi angah itu hanyalah sampingan daripada blog,apa yang penting adalah kualiti entry + visitor yang banyak.
Percayalah,apabila ranking Alexa + visitor bertambah,pihak pengiklan akan datang sendiri kepada anda.Di masa itu,barulh anda akan berjaya secara perlahan-lahan.
Bagaimana pula dengan ranking Alexa + Pagerank??

Untuk ranking  Alexa,anda perlulah sentiasa meningkatkan jumlah visitor blog anda.Bagaimana?Anda boleh menyertai GA/SEGMEN yang dianjurkan oleh blogger lain.Selain itu,anda sendiri boleh menganjurkan GA/SEGMEN. Anda juga bolehlah memperbanyakkan blogwalking ke blog lain dengan meninggalkan komen di blog-blog yang anda lawati.
Insya Allah dengan cara itu,Alexa rank akan meningkat sekaligus dengan page rank.Mana ada kejayaan yang datang tanpa usaha? :D
Selain itu??

Kunjung-mengunjungi sesama blogger.Mungkin pada awalnya anda lihat tiada sesiapa yang kunjung ke blog anda.Mungkin jumlah komen daripada pembaca sangatlah sedikit.Jangan malu!
Kunjunglah blog lain dan tinggalkan komen anda.Nescaya blogger lain juga akan singgah kembali ke blog anda.Selain dapat tingkatkan jumlah visitor,silaturahim sesama blogger juga akan turut terjalin.
Pesan terakhir??

Bagi angah yang penting adalah blog itu sendiri.Kalau asyik memikirkan tentang jumlah FOLLOWER semata-mata,mungkin anda akan berjaya tapi tidak seberjaya mana pun.Tapi juka anda menitik beratkan entry yg berkualiti,backlink merata-rata,jumlah visitor ,insya Allah kejayaan yang diperoleh akan lebih dirasai.
Sekian..

*Sekadar coretan blogger picisan.. 
Read more ...

Segmen : Jom Blogwalking




Klik Banner untuk join.

  • Dapat eratkan silaturahhim.
  • Dapat blogwalking-blogwalking.
  • Dapat hadiah!! :D


Read more ...

MLM 2013: SayWho Peserta Tunggal Indonesia, Tersingkir!



"Tema muzikal nampaknya tidak membawa tuah kepada satu-satunya kumpulan yang berasal dari Indonesia iaitu SayWho untuk terus berjuang merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) apabila terpaksa menamatkan perjalanan mereka pada minggu ke-7.
Kumpulan yang dianggotai tiga orang sahabat iaitu Bocil, Vicha dan Reza Andhika itu bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan keputusan yang dibacakan Nora Danish, juri tetap MLM2013.
“Rezeki kami sudah ditentukan sehingga malam ini sahaja, kami tidak kecewa malah berasa bangga kerana merupakan peserta top 9.

“Terima kasih diucapkan kepada peminat dan pengundi yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang kami berada di pentas MLM2013.
“Kepada Astro juga terima kasih kerana telah membuka peluang kepada SayWho untuk berada di pentas berprestij seperti MLM2013 ini,” kata Vicha mewakili ahli kumpulannya yang lain pada majlis sidang media, malam Jumaat.
Kini tinggal 8 lagi kumpulan yang akan terus berentap untuk merebut gelaran juara MLM2013, dan mereka ialah SepahTu, Shiro, Nabil, Jambu, SYJ, Bocey, Comey dan Wala." Sumber 
 Pendapat angah :

Kumpulan yang masih tinggal dalam MLM2013 sekarang adalah kumpulan yg hebat-hebat belaka.Serius!!!?? Anda tak pernah menontonnya lagi? Lekas-lekas lihat di Youtube atau di laman web yang menyediakannya.Serius anda akan ketawa terbahak-bahak. :D
 
Read more ...