31 Disember 2013

Pengomen Tegar Blog DJH 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya,jadi angah nak update senarai 30 Pengomen Tegar DJH sepanjang tahun 2013.Wah tak sangka angah menerima begitu banyak komen daripada rakan-rakan blogger.
Sebanyak 2074 jumlah komen 30 blogger ohsome ini diblog DJH.Tak sangka sebanyak itu pulak!! :D Apa-apapun  angah berasa teruja dan gembira dengan anda semua.Terima kasih kerana menyokong DJH dari awal sehingga sekarang.
Siapakah yang mendahului carta??Jom sama-sama kita saksikan :- 



Blogger Invisible Me mendahului carta dengan 313 komen,diikuti dengan blogger Asha Lya dengan 258 komen.Manakala seterusnya adalah blogger Kathy dengan 206 komen.Seterunya adalah blogger Khairuddin Lim sebanyak 171,Nao Mei dengan 114 komen.Seterusnya,Marou Apple (108),Teto (79), Yumida (76),Shark Kay (73),Farah Waheda (65).

Di kalangan 11 sehingga 20 pula,blogger NurFaezah Abdullah (61),Deno (44),TelingaBulat (41),Mia Liana (40),Sheila Salim (38),adrianna Syaz (37),Cik Fie (340,Sabrina SA (33),Kisah Si dairy (32),rokot nuluhan (26).

Seterusnya,blogger Sukma Haron (260,Isabel Diaz (25),Adam Faiz (24),Norhasniza Khalid (23),Vee Lea (23),Eraz Fadli (22),Anis Hayati (21),sha dira (21),AyuInsyirah (20),Dianna (20).

Alhamdulilah..syukur kepada Allah S.W.T kerana anda semua blog DJH terus hidup.Hehe.Benarlah kata orang,tanpa pengomen ,apalah blog itu.Sesuatu blog itu walaupun follower beribu-riban,tetapi komen yang sedikit,tak boleh juga.
Apa-apa pun terima kasih daun keladi.Harapannya supaya anda semua sentiasa menyokong DJH sepanjang masa.Sekian Terima Kasih.. 
 

Read more ...

Erti Persahabatan Lima Jejaka Dalam Laki-Laki



Judul Filem: Laki-Laki

Genre: Komedi

Pelakon Utama: Angah (Raja Lawak), Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie (Raja Lawak) dan Azriel Ismail.

Pengarah: Ahmad Rusli Mohamed Khadri

Skrip : Panel MIG dan Keyrol Kiasan

Terbitan: Metrowealth Pictures Sdn. Bhd

Ulasan Penulis : 

Sebuah karya yang cukup santai dan bersahaja hasil karya  pengarah muda, Ahmad Rusli Mohamed Khadri sangat sesuai untuk di tonton bersama seisi keluarga.Menampilkan mesej yang cukup kuat tentang persahabatan diantara lima sahabat ketika mereka terdampar di sebuah pulau akibat kapal terbang yang dinaiki terhempas.
Meskipun tiada gandingan pelakon popular namun pengarah amat bijak dalam pemilihan watak, ini terbukti dengan keserasian lima watak utama iaitu Angah (Raja Lawak), Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie (Raja Lawak) dan Azriel Ismail telah berjawa membuat para penonton ketawa tidak kering gusi.Tidak dapat dinafikan, sejak awal lagi plot penceritaan filem ini tampil dengan unsur-unsur komedi apatah lagi dengan gelagat Angah yang gila-gila di tambah pula dengan lakonan bersahaja dari Zul dan Mie membuatkan filem ini kelihatan ‘hidup’.
Biarpun kadangkala terdapat juga sedikit babak yang tidak logik seperti kejadian dimana salah seorang daripada mereka berjaya menghidupkan laptop untuk memuat naik status di laman sosial.Namun, di sebalik unsur komedi yang menyelubungi jalan cerita ini, masih ada nilai kasih sayang dan semangat setia kawan yang di tonjolkan dan ianya terbukti apabila pada mulanya masing-masing tidak mahu mengalah dengan ego sendiri dan enggan bekerjasama antara satu sama lain sambil menunggu bantuan datang sepenuhnya.
Tetapi selepas beberapa hari mereka mula berubah fikiran apabila menyedari bahawa mereka mungkin akan kekal tinggal di pulau itu jika mereka tidak bersatu.Secara keseluruhan, walaupun tiada pelakon popular yang membintangi filem ini, jalan cerita dan juga gaya penyampaian lakonan yang mantap serta lawak secara spontan adalah tarikan kepada filem ini.

Sinopsis :
‘Laki-Laki’ mengisahkan tentang lima lelaki iaitu Abu (Angah), Razak (Zul), Jerry (Adey), Samad (Mie), dan Azman (Azriel) yang berhadapan dengan pelbagai masalah mengikuti sebuah program motivasi dengan harapan dapat membantu menaikkan semangat mereka semula.

Kejadian malang menimpa apabila mereka terlibat dalam satu tragedi dimana kapal terbang mereka terhempas dan amsing-masing terdampar di sebuah pulau.Namun, disebabkan keegoan masing-masing membuatkan mereka sering bergaduh, tetapi lama-kelamaan mereka mula memahami dan berkerjasama untuk meneruskan hidup di pulau tersebut.

Jadi, bagi anda yang sedang mencari sebuah karya komedi untuk membantu meredakan tekanan dan mahu bergelak ketawa bersama keluarga, ‘Laki-Laki’ adalah ubatnya.
Untuk mengetahui kesudahan nasib mereka berlima, jangan lupa saksikan filem wajib tonton ini di pawagam berhampiran anda.

Pendapat angah :

Macam menarik je.Hehe..tajuknya LAKI-LAKI..jom2 memeriahkan panggung wayang..
Read more ...

Geniee International : Agensi Pengiklanan Terbaru



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai,angah nak perkenalkan kepada anda semua,dengan satu agensi pengiklanan terbaru dari Jepun.Mereka masih baru lagi di Malaysia dan mencari blog-blog di Malaysia untuk mempromosikan mereka.
Macam mana angah boleh tahu? Suatu hari,angah check emel,tetiba ada emel daripada pihak Geniee.Untuk promosikan laman web mereka.Jadi angah harap agar ramai-ramai sign up application ini!! 
Geniee International, one of leading advertising supply side platform (SSP) from Japan. We work with over 1,200 publishers and serve more than 10 billion impressions per month and we are now expanding our service offering to publishers in Southeast Asia. 

How is Geniee different?

Geniee works with multiple demand partners in Japan and Southeast Asia and these networks will compete to place their ads for your ad frames. Geniee SSP is also real time bidding (RTB) enabled so a highest bidder gets a frame which results in maximising your advertising revenue. We now partnered with Brandscreen, DSP based in Singapore, which increased needs of local Asian traffic from advertisers dramatically. We also work with many other DSPs from Japan, Taiwan, and Europe to increase our publishers revenue to the highest level.

In addition to RTB capability, Geniee will optimise campaigns with our extensive networks to achieve the best fill rate. Some of our demand partners are Komli, Innity, MadAds Media and OpenX, just to name a few. Also the ad category selection is available for you and we only serve ads from our partners depending on your preference.
Please note that there is no initial fees/contracts involved! Simply submit the application form via the link below to start improving your online revenue with Geniee!



Anda nak sign up?Percuma je,tak perlu bayar apa-apa,malah anda juga yang akan diberi ganjaran.

Peringatan : Bila anda sign up,letakkan code 1497 pada ruangan Notes.Seperti yang tertera dalam gambar di atas.

Read more ...

Tujuh Dilema Seorang Blogger.



Dilema Pertama :-

"Saya suka bila berkunjung ke semua blog.Saya suka blogwalking.Hampir semua blog yang saya blogwalking pasti saya akan tinggalkan komen di entry.Tapi,ada sesetengah blog yang membiarkan word verification setiap kali saya ingin meninggalkan komen.Masalahnya,susah nak masukkan password yang ditayangkan.Saya ni rabun,pastu dengan huruf yang kecil,memang susah saya nak komen."
Solusinya :-
Mungkin setiap orang mempunyai citarasa mereka sendiri.Bagi angah sendiri,angah lebih suka blog yang tidak meletakkan word verification,kerana mudah untuk tinggalkan komen.Apa yang angah boleh katakan,cuba try blogwalking ke blog lain pula. In shaa Allah. Tak semua blog macam tu.

Dilema Kedua :-

"Saya seorang yang suka menjelajah blog orang lain.Banyak blog yang saya terjah cantik,menarik dan best. Cuma yang saya tak suka bila ada sesetengah blog yang bila kita masuk je blog tu,terus keluar lagu yang kuat.Terkejut satu family saya.Sampaikan anak saya yang masih bayi tu pon terkejut dan menangis.Dah la takda butang nak tutup lagu.Pening kepala dibuatnya."
Solusinya :-
Terus tutup dan buka blog yang lain.Mungkin agak kejam,tapi itulah cara yang paling senang.Mungkin kita juga boleh tinggalkan komen teguran di blog mereka.Kalau mereka menganggap teguran seperti ini adalah kutukan,mungkin mereka tidak mahu blog mereka mesra pembaca.Apa-apa pun,blog itu adalh blog mereka,jadi mungkin itu adalah cita rasa mereka sendiri.
Dilema Ketiga :-

"Saya suka sertai pelbagai segmen/giveaway/pertandingan blog.Menang?? Tak pernah pulak.Yang saya tak puas hati adalah GA/SEG blMEN yang dianjurkan seorang blogger tu,asyik-asyik orang yang sama je yang menang.Bila saya nak menang?? Mood saya untuk bersegmen/Ga terus jadi down."
 Solusinya :-
Bukannya hanya satu blogger sahaja yang membuat GA/SEGMEN.Masih ramai lagi blogger yang adakan pertandingan.Anda cuma perlu ignore sahaja blogger yang bersikap pilih kasih seperti ini.Teruskan keyakinan anda untuk terus berblog.
 Dilema Keempat :-
 
"Dah banyak kali saya PM sponsor ni.Tapi tiap kali saya PM mesti tak dibalas. Kata nak sponsor segmen tu,bila dah habis segmen,terus jadi senyap.Kalau macam ni,lepas ni dah tak nak berurusan dengan blogger ni!! Habis blogger-blogger lain marah saya."
Solusinya :-
Buat satu entry bernada sindiran.Tanpa perlu mention nama sesiapa.Mungkin blogger itu akan terasa dengan entry anda.Solusi lain adalah ingat blogger itu untuk selama-lamanya.Pastikan anda tidak berurusan dengannya lagi.Selain itu,beritahu rakan-rakan blogger lain akan perilaku blogger ini.Bukannya kita nak menfitnah atau menabur omong kosong,cuma kita beringat-ingat kepasa blogger lain untuk berwaspada.  
Dilema Kelima :-

"Saya teringin nak dapat ranking Alexa yang bagus,follower yang ramai,komen di entry yang banyak.Teringin nak jadi famous seperti blogger lain.Tapi cuma satu je masalahnya,saya malas nak update entry.Selalu takde idea bila nak update.Macam mana nak buat eh? "
Solusinya :-
Padam blog anda! Bukannya apa,setiap kejayaan tidak akan datang tanpa sebarang usaha.Anda perlu berusaha untuk berjaya.Berkenaan entry,mungkin anda boleh berblogwalking dahulu.In shaa Allah,idea akan datang mencurah-curah apabila kita terjah blog blogger yang lain.
Dilema Keenam :-
 
"Time mula-mula buat blog,dia sangat peramah.Sentiasa blogwalking merata-rata.Update entry yang hebat.Bila dah jadi famous,hot dan popular,blogger ni dah mula sombong.Hanya bergaul dengan blogger-blogger yang sama taraf je.Yang newbie macam saya ni langsung dia tak endahkan.Sedih saya."
 Solusinya :-
Ignore kan dengan blogger yang sebegini. Bila kita nak maju ke hadapan,kita akan temui pelbagai kerenah blogger.Cuba berfikiran positif. Mungkin blogger tersebut tidak menyedari kehadiran anda.Cubalah menjadi Top Komentator atau sebagainya.Mungkin juga blogger itu tidak mempunyai masa untuk melayan semua pembacanya. Apa-apa pun teruskan berblogging tanpa rasa sedih.
 Dilema Ketujuh :-
 
"Saya tahu.Blogger ni suka copy paste entry saya.Selalu apa yang saya update,dia akan update yang sama juga.Takpalah,mungkin dia nak share cerita yang sama.Tapi yang sedihnya takde kredit untuk saya pun dalam entry tu.Penat saya tulis sehari suntuk entry tu,alih-alih senang-senang je kena tiru.Bencinya saya!! "
Solusinya :-
Berfikiran positif.Mungkin blogger tersebut masih baru dalam dunia blogging.Mungkin juga blogger itu buat entrynya sendiri tetapi tiba-tiba tersama pulak dengan anda.Hehe.Apa-apapun masalah yang sebegitu kecil tidak perlulah dipanjangkan.Anda hanya perlu teruskan berblogging seperti biasa.Mungkin anda boleh membuat entry sindiran tanpa perlu mention sesiapa?? :D 
 Sekian.
*Entry ini tidak bermaksud ditujukan kepada mana-mana pihak.Sekadar renungan buat kita semua. Pelbagai karenah blogger yang membuatkan dunia blogging lebih menarik. 
Read more ...