31 Disember 2014

INDIVIDU sebar berita palsu banjir ditahan - KPN






Sumber : Berita Harian

SUBANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menahan seorang individu yang terbabit menyebar berita palsu mengenai bencana banjir. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan dibuat di Kuala Lumpur, dua hari lalu namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. 
"Kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan siasatan masih dijalankan. 
"Individu yang menyebar ini ramai, lebih dari empat orang. Kita sedang kesan mereka ini," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan banjir di Redland Aviation Service Sdn Bhd, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di sini, sebentar tadi.
...........................................................................................................

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah. Akhirnya ada juga usaha untuk membanteras kes jenayah sebarkan berita palsu. Apa yang angah dapat lihat,kebanyakan orang zaman sekarang lebih mempercayai berita yang disebarkan oleh orang ramai,berbanding berita yang benar-benar sahih.
Kononnya bila ramai yang sebarkan sesuatu cerita itu,bermakna ianya tepat. Padahal ianya adalah suatu rekaan oleh makhluk durjana yang bernama manusia. Geram bila angah lihat,banyak info2 yang tidak sahih disebarkan,dan kita sebagai seorang yang tidak tahu apa-apa,ditipu secara hidup-hidup.
Angah harap agar pihak berkuasa dapat membanteras jenayah ini,kerana apa? ianya adalah satu jenayah FITNAH. Kalau berita itu direka-reka bukankah ianya adalah FITNAH?
Sekian. 
Read more ...

Ranking Alexa DJH 31.12.2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Ranking terbaru blog Diari Jejaka Hangat. Alhamdulillah. Rasanya angah masih lagi mampu menarik nafas lega. Kerana apa? Walaupun ranking bagi di dalam Malaysia agak teruk,iaitu sebanyak 4,949,tetapi ranking bagi global tetap maintain di kalangan 300 000 ke bawah. 
Apa -apa pun angah ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang ke blog angah. Terima kasih kerana berikan sokongan yang tidak putus-putus kepada blog ini.

Global Rank

258,715

Rank In Malaysia

4,949 
 



Read more ...

30 Disember 2014

Harga petrol RON95 dijangka turun mulai Khamis ini.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumber : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada sekitar RM1.90 dan RM1.95 seliter mulai Khamis ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Dalam tweet terbaharu beliau petang tadi, Ahmad berkata pengumuman akan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan.
"Harap peniaga akan turunkan harga barang!" katanya.


Pendapat angah :-

Alhamdulillah,dalam keadaan negara dilanda musibah,akhirnya ada sesuatu yang mampu memberikan senyuman. Harga petrol akan turun,bermakna lebih murahlah barangan-barangan. Tetapi adakah benar bahawa barangan juga akan turun harganya?
Apa yang angah lihat,ramai peniaga yang degil dan tidak mahu menurunkan harga,walhal harga petrol tidaklah semahal seperti dulu. Bila harga tidak diturunkan oleh peniaga,rakyat pula menyalahkan kerajaan,sedangkan peniaga yang tidak mahu menurunkan harga? 
 
Read more ...

Berdoa Di Media Sosial : Lebih bagus?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Masa kini,dapat dilihat beberapa trend terbaru. Salah satunya ialah orang zaman sekarang lebih suka berdoa di media sosial dengan membuat status berdoa di media sosial. Ianya dilihat sebagai suatu yang baharu disebabkan kemajuan teknologi dan pemodenan.

Di bawah ini adalah beberapa komen daripada para pengguna Twitter berkenaan isu berdoa di media sosial.



Teori angah ialah, mungkin orang yang sering berdoa di media sosial ini mahu menunjukkan bahawa dia prihatin terhadap kejadian yang terjadi,sebagai contoh kehilangan pesawat dan juga musibah banjir. Kalau untuk menunjukkan prihatin,angah rasa ianya bukan satu masalah besar.
Tetapi,kalau yang berdoa di media sosial sekadar nak menunjuk bahawa dia telah berdoa dan mengutuk orang lain yang tidak berdoa di media sosial sebagai seorang yang tidak prihatin,itu adalah salah. Angah rasa ramai lagi orang yang berdoa di dalam dunia sebenar.

Apa yang terbaik?

Sesungguhnya angah rasa yang paling baik ialah menadah tangan dan berdoa di dunia sebenar iaitu dalam erti kata lain,berdoa kepada tuhan dalam suasana yang lebih bagus. Rasanya kalau berdoa sebegini,lebih bagus. Sebab apa? Sebab kalau kita update status berdoa di media sosial,barangkali doa kita tak didengari disebabkan mungkin adanya unsur riak. 

Wallahualam.. 
 
 



Read more ...

29 Disember 2014

Karnival Jom Heboh di Shah Alam ditunda



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sememangnya ianya sudah diputuskan. Konsert yang angah rasa sememangnya tidak patut dilakukan buat masa ini. Kerana apa? Kerana banjir teruk yang telah melanda beberapa negeri di negara kita. Bagus TV3.


Jom lihat entry daripada Berita Harian 



KUALA LUMPUR: Berikutan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri terutama di Pantai Timur, TV3 mengambil keputusan untuk menunda tarikh Karnival Jom Heboh yang dijadualkan berlangsung di ICT Shah Alam esok dan Ahad ini.
Tarikh baru akan dianjak pada tahun 2015.
Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan negeri yang membatalkan semua sambutan dan program hiburan sempena Tahun Baharu bagi menghormati mangsa banjir,
Walaupun Karnival Jom Heboh di Shah Alam ditunda, pihak pengurusan TV3 terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk manfaat bersama.TV3 bersama warga Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, sudah mengadakan solat hajat dan bacaan doa petang tadi bagi memohon keselamatan untuk penduduk yang terjejas dengan bencana banjir ini.
Ia adalah aktiviti yang sering dijalankan setiap kali Karnival Jom Heboh diadakan.
Read more ...

Tarikh Baru Sesi Bermula Persekolahan Tahun 2015



Tarikh Baru Sesi Bermula Persekolahan Tahun 2015

11 Januari 2015 ( Ahad )

Negeri Kedah,Kelantan,Terengganu & Johor

12 Januari 2015 ( Isnin )
Negeri Sembilan,Pahang,Perlis,Perak,Pulau Pinang,Selangor,Wilayah Persekutuan, Melaka,Sabah dan Sarawak.

Read more ...

When I am Jealous..





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak anda cemburu dengan sesuatu? Dan apabila anda cemburu,anda akan bertindak seperti biasa,sedangkan dalam hati anda,perasaannya seperti marah,sakit hati dan juga kecewa?

Angah sendiri pernah berasa begitu. Bila rakan-rakan angah dapat markah yang tinggi dalam exam contohnya,angah akan bertindak seperti biasa di luaran. Tetapi di dalam hati,angah rasa macam nak pukul2 jje kawan angah tu. Kenapalah dia pandai sangat.
Kadang-kadang angah juga jeles dengan orang yang mampu membeli barangan mewah,tetapi angah tidak mampu. Apa yang angah lakukan hanyalah berdiam diri dan hanya melihat kemewahan yang seseorang itu dapat. Dalam hati,angah rasa macam sakit hati dan juga marah ,mengapa hidup angah sebegitu.
Ada sesuatu..

Tapi,sifat marah dan sakit hati di dalam hati hanyalah bersifat sementara. Selepas itu,barulah angah akan berfikir bahawa mungkin sekarang bukanlah masanya lagi untuk angah berjaya atau menjadi mewah seperti orang lain. In shaa Allah dengan usaha yang lebih gigih ,angah dapat majukan diri.
Apa yang penting angah kena bersyukur dengan apa yang angah ada dan seterusnya redha dengan ketentuan Ilahi.

Sekian. 

Read more ...

Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz




Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di akifimtiyaz3.blogspot.com akan bermula pada 22 Disember 2014 dan akan berakhir pada 30 Disember 2014.Semua sahabat Lya di jemput memeriahkan Segmen ini.

Jom join segmen ini!! 
Read more ...

27 Disember 2014

Pencarian Bloglist Januari 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 telah pun bermula. Angah telah pun mengupdate pencarian di fanpage. Ianya sangat simple dan mudah. Hanya perlu komen di ruangan komen status tersebut dan anda sudah menjadi salah seorang peserta. Walaubagaimanapun,anda perlu mengikut tiga syarat mudah sahaja.
Angah akan lakukan pencarian di blog dan juga di fanpage. Jadi,bagi sesiapa yang tidak mempunyai facebook,bolehlah sertainya di blog. 

Cara-caranya :- 
Sila tinggalkan link blog anda di ruangan komen entry ini.
Syarat-syarat :-
1. Follow Instagram @aerill_hassan
2. Follow blog http://www.diarijejakahangat.com/
3. Follow Twitter @aerill_hassan
Done.
Senang dan mudah bukan?
30 Pemenang dicari. Semua peserta akan di check. Kalau tak ikut syarat,tak akan dipilih.

Senang dan mudah bukan? Angah harap agar ramai rakan-rakan yang join. In shaa Allah akan ada banyak kelebihannya nanti.

 

Read more ...

26 Disember 2014

Kejayaan Tidak Datang Bergolek




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu yang lalu,telah berlangsungnya sebuah majlis di fakulti angah bagi meraikan mahasiswa yang mendapat anugerah dekan bagi semester 2014/2015. Alhamdulillah, majlis telah diadakan di Dewan Besar Intec,dengan mengangkat tema anugerah oscar,majlis kali ini dilihat berlainan berbanding tahun-tahun sebelum ini.




Alhamdulillah.

Angah merupakan salah seorang daripada mahasiswa dan mahasiswi yang telah terpilih untuk diberikan anugerah dekan. Sesungguhnya angah berasa begitu gembira kerana hasil daripada usaha dan susah payah angah selama dua semester telah mendapat hasilnya.
Untuk pengetahuan semua,untuk majlis tersebut,ia merupakan majlis untuk semester kedua dan ketiga. Ia dibuat sekaligus untuk menyenangkan proses pemberian sijil. Sebelum ini angah dah dapat sijil untuk semester pertama,dan kali ini untuk semester kedua dan ketiga sekaligus. 

Syukur Ke Hadrat Ilahi

Alhamdulillah. Siapa kata senang nak dapat anugerah dekan untuk fakulti Muzik? Dalam ramai-ramai pelajar,yang mendapat anugerah dekan hanyalah sedikit sahaja. Mungkin ramai orang yang cakap bahawa belajar muzik ni senang je. Tetapi sebenarnya ianya SUSAH!!. Tak semua orang boleh belajar muzik dan sanggup untuk stay di fakulti sehingga lewat malam. Berlatih alat muzik, hafal muzik, dan macam-macam lagi.

Pembakar semangat

Sememangnya bila dah dapat anugerah sebegini,sememangnya angah mengharapkan agar semester yang berbaki hanya 2 ini akan diteruskan kejayaannya. In shaa Allah. Makin lama,pembelajaran menjadi semakin susah. Semakin tinggi cabaran dan dugaan. In shaa Allah angah akan hadapi nya dengan usaha dan tawakal.
Sekian. 

Read more ...

Senarai Blog untuk Blogwalking


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah. Angah baru sahaja sampai di rumah angah yang terletak di Kulim. Sememangnya hujan turun tidak berhenti dari angah sampai sehingglah sekarang. Apa-apa pun angah harap agar sesuatu yang baik akan terjadi. Hindarilah dari perkara buruk daripada terjadi.
Di bawah ini ialah senarai 43 blog yang angah dapat kumpul daripada fanpage Diari Jejaka Hangat. Alhamdulillah. Bila dapat balik rumah,angah rasa ada baiknya bila dapat blgowalking ke blog-blog yang best. Dah lama rasanya tak blogwalking sejak-sejak angah busy dengan konsert dan juga study. 
Jom blogwalking.

  1. http://listen2myblog.blogspot.com/
  2. http://junk-koyoe.blogspot.com/
  3. http://farhana-mohamad.blogspot.com/
  4. http://www.dewqracintakita.blogspot.com
  5. http://www.yoorinmelacolea.blogspot.com/
  6. http://www.www.blogparihh.com
  7. http://jnjikita.blogspot.com/
  8. http://mrsfara.blogspot.com/
  9. http://www.suesopian.com/
  10. http://jombercontest.blogspot.com/
  11. http://cahayaalammaya.blogspot.com/
  12. http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/
  13. http://ain-nadia.blogspot.com/
  14. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/
  15. http://vithebat.blogspot.com/
  16. http://www.sihatitunikmat.com/
  17. http://www.sallyyatiey.blogspot.com
  18. http://aliatulaiman.blogspot.com/
  19. http://www.cahayapermata.my/
  20. http://ceritamayapersada.blogspot.com/
  21. http://yayaomeyy.blogspot.com/
  22. http://santanmanis.blogspot.com/
  23. http://hanisamanina.com/
  24. http://blogummiaimy.blogspot.com/
  25. http://bluepinkiey.blogspot.com/
  26. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/
  27. http://mamadarwiish.blogspot.com/
  28. http://www.syukurnyasihat.com/
  29. http://mummysupplementshop.blogspot.com/
  30. http://kathyrbain.blogspot.com/
  31. http://www.shedaucu.com/
  32. http://iamizzahzakaria.blogspot.com/
  33. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/
  34. http://kameqdeanna.blogspot.com/
  35. http://kusarah.blogspot.com/
  36. http://cammylia.blogspot.com/
  37. http://mun-rah.blogspot.com/
  38. http://worldeddyobby.blogspot.com/
  39. http://www.ilhamremaja.blogspot.com/
  40. http://mamanautokou.blogspot.com/
  41. http://www.eswaijie.blogspot.com
  42. http://wanruswaniee.blogspot.com
  43. http://eurukaseven.blogspot.com/

Sekian. 
Read more ...

25 Disember 2014

UiTM Faculty of Music Celebrating 30 Years of Music




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada tanggal 21 Disember 2014 yang lalu,tetlah berlangsungnya sebuah konsert yang hebat dan gah. Konsert tersebut telah diberlangsung di Dewan Filharmonik Petronas,KLCC. Konsert berkenaan berlangsung bersempena dengan ulang tahun ke 30 Fakulti Muzik UiTM.
Angah merupakan salah seorang daripada pemuzik di dalam konsert berkenaan. Ada pelbagai jenis persembahan. Antaranya orkestra,makyung,keroncong,gamelan,jazz,dan pelbagai lagi. Tetapi yang angah nak highlight kan di sini ialah tentang orkestra. 

Gambar- Gambar  Sekitar Konsert (Orkestra)


Gambar ketika rehearsel


Gambar instrument muzik yang angah main


Gambar ketika konsert sedang berlangsung


Keseluruhan orkestra



Gambar konsert orkestra bersama vokalis dan juga saxophonist


Luas sebenar dewan orkestra tersebut.


Alhamdulillah. Secara keseluruhannya,konsert tersebut telah berjalan dengan lancar. Dengan kehadiran beberapa VVIP daripada keluarga Diraja Negeri Sembilan,sememangnya konsert ini telah menjadi satu titik menarik untuk Fakulti Muzik dan juga UiTM.
Sekian. 


Read more ...

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 di Putrajaya dibatal.




PUTRAJAYA: Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 di Putrajaya 31 Disember ini dibatalkan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 
Laporan awal hari ini menyebut Perbadanan Putrajaya (PPj) akan berbincang dengan penganjur konsert Ambang 2015 yang dijadual diadakan bagi meraikan sambutan tahun baharu, untuk membatalkan acara itu bagi menghormati mangsa banjir.Dalam laman Facebook PPj, perbadanan itu menyatakan, PPj prihatin terhadap semua pandangan dan musibah banjir yang menimpa negara. 
“Program sambutan Ambang Tahun Baharu Putrajaya 2015 ini adalah program Kumpulan AmBank dan pihak kita sedang dalam usaha untuk berbincang dengan pihak penganjur mengenai perkara ini (batalkan acara),”katanya.Sementara itu, jurucakap PPj yang dihubungi Bernama di sini hari ini berkata, pihaknya hanya menunggu keputusan daripada Kumpulan Ambank sama ada untuk meneruskan atau membatalkan acara itu. 
Sementara itu, kebanyakan pengunjung Facebook PPj berharap sambutan ambang tahun baharu itu dibatalkan dan digantikan dengan program keagamaan atau ilmiah untuk mendoakan kesejahteraan mangsa banjir.“Tukar pengisian program dengan membuat solat hajat serta program keagamaan lain,” kata Rusydi Akmal yang sependapat dengan sebahagian besar pengguna Facebook lain yang mencadangkan acara itu dibatalkan.
Beberapa pengguna Facebook antaranya Ziti Norazila, Sabriaery Aery, Harith Hashim dan Zulkanaini Daut pula berharap wang peruntukan untuk menganjurkan konsert berkenaan dapat disalurkan kepada mangsa banjir.Konsert yang dijadual diadakan pada malam 31 Disember itu akan menampilkan persembahan seramai 10 artis tersohor tempatan serta pertunjukan bunga api selama kira-kira 10 minit selepas kiraan detik 12 malam. - Bernama

Sumber :  Berita Harian 
Read more ...

19 Disember 2014

Hidup Dengan Stress



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Cuti pertengah semeester telahpun bermula. Bagi kebanyakan rakan-rakan angah,ramai yang sudah pulang ke pangkuang keluarga masing-masing. Hanya angah dan beberapa lagi sahaja yang masih berada di fakulti dan masih lagi dalam mood prektis instrument.
Memandangkan konsert ulang tahun Fakulti Muzik akan diadakan pada hari ahad ini,maka angah tidak dapat pulang pada amsa yang sama seperti sahabat-sahabat angah yang lain. Walaubagaimanapun,angah tak rasa amcam nak balik rumah sangat. 

Sebenarnya buat masa sekarang ini angah sangat-sangat stress. Kalau pada awal bulan 12 dahulu angah excited bila mana dapat juga untuk perform di sebuah dewan yang paling berprestij di Malaysia,tetapi sekarang angah dah mula rasa stress dengan kehidupan. Macam-macam ujian dan masalah angah hadapi seorang diri.

Angah bukannya jenis yang suka ceritakan amsalah sendiri kepada orang lain. Sebab rasnaya lebih baik kita ikhtiar dahulu masalah itu,sebelum meminta bantuan orang lain. Tetapi kadang-kadang bila dah terlampau memendam,rasanya sudah tak mampu nak tersenyum paksa di hadapan orang lain.

Sekian. 
 

 
Read more ...

18 Disember 2014

Respect




"My dad say don't tell her you like her if she not respect you."


Read more ...

17 Disember 2014

Sesuatu Yang Mengecewakan Hati




"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita,maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka."

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sememangnya sebagai seorang manusia,kita tidak akan lari daripada merasa kecewa akan sesuatu perkara. Macam angah sendiri,angah pernah kecewa dengan beberapa perkara yang membuatkan angah rasa sedih. Tetapi bila mana angah melihat nasihat ini,ia sesuatu yang sungguh bermakna.
Ia bermaksud apabila ada sesuatu perkara yang kita kecewa terhadapnya,kita perlu redha,dan in shaa Allah ,Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang luar biasa. Wallahualam. 

Read more ...

Kenapa saya suka KFC (Kentucky Fried Chicken)




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak daripada angah kecil lagi,family angah telah memberi angah makanan segera yang paling popular di Malaysia iaitu Kentucky Friend Chicken. Dahulu,angah tinggal di Kuala Kangsar,dan KFC Kuala Kangsar yang terletak di tengah-tengah bandar merupakan tempat yang selalu dikunjungi.
Kemudian berpindah pula ke Beruas,Perak. Di Beruas tiada sebarang kedai makanan ini,jadi terpaksalah ke bandar-bandar besar seperti Sitiawan,Manjung dan juga Lumut kalau mahu merasai kesedapan makanan ini.

Selepas itu,kami berpindah pula ke Kulim,Kedah. Alhamdulillah,di Kulim terdapat lebih daripada satu kedai KFC. Ada yang terletak di tengah bandar,ada juga yang terletak di pasaraya Giant. Jadi,agak mudah untuk membeli KFC. Walaubagaimanapun, waktu untuk makan KFC juga sudah berubah,ianya hanya mengikut waktu dan ketika sahaja,dan bukanlah setiap hari. 



Kini,apabila angah belajar di Shah Alam,angah sering membeli KFC di kedai KFC yang terletak di seksyen 2. Selain itu,angah juga akan pergi ke mana-mana sahaja kedai KFC yang terdekat.



Makanan Yang Paling Angah Suka?



Sudah semestinya ialah Cheesy Wedges. Adik beradik angah juga suka makanan ini. Mungkin kerana kesedapan cheese dan juga bahan brwarna keemasan tersebut. Kalau ke kedai KFC bersama keluarga,sudah semestinya lebih daripada 2 bekas makanan tersebut akan dipesan.
Kalau diikutkan,keluarga angah lebih suka ke KFC berbanding kedai maknan segera yang lain. Semuanya disebabkan harga yang berpatutan dan juga kelazatan makanannya.

Anda Bagaimana? 

Read more ...

Hadiah daripada EPHYRA dah sampai!!





Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah,kali ini angah nak update tentang hadiah untuk giveaway Ephyra yang dilancarkan oleh blog Mialiana telah sampai di rumah angah. Memandangkan angah berada di Shah Alam,maka angah hanya dapat lihat gambar sahaja bahawa barang-barang tersebut sudah sampai.

Seronok betul mak angah di rumah bila mana hadiah tersebut sampai. Jadi,angah rasa lebih baik mak angah sendiri sahaja yang guna produk tersebut,memandangkan angah berada di Shah Alam dan mungkin akan balik ke Kedah dalam jangka masa yang lama lagi. 





Apa-apa pun in shaa Allah,nanti angah akan update hasilnya di kemudian hari. In shaa Allah.

Read more ...

16 Disember 2014

Konsert Maestro Johari Salleh






Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada tanggal 13 Disember 2014 yang lalu,angah dan rakan-rakan telah ke sebuah konsert yang sangat menarik dan hebat. Konsert tersebut telah berlangsung di Angkasapuri , RTM. Konsert ini dikenali dengan nama KONSERT MAESTRO JOHARI SALLEH. 
 Sejujurnya, ini merupakan kali pertama angah melihat orkestra RTM bermain muzik di hadapan angah dengan nyata. Selain itu,sebelum ini angah tidak pernah kenal dengan Dato Johari Salleh,mungkin ilmu muzik angah masih belum mantap lagi untuk mengenal nama-nama hebat dalam bidang seni di Malaysia ini.



Walau bagaimanapun,bilamana angah melihat konsert yang sebegitu gah dan hebat,angah cukup terpesona melihat bagaimana orkestra ini bermain. Dan mulai saat itu,angah bercita-cita untuk menjadi salah seorang daripada pemuzik di dalam orkestra tersebut. In shaa Allah.





In shaa Allah,angah akan berusaha untuk menjadi seorang pemuzik yang betul-betul mampu memberi kesan kepada dunia. Jangan ingat bahawa muzik hanya untuk hiburan semata-mata. Muzik juga mampu menjadi dakwah!

Read more ...

Dapat Barangan Daripada R2Rick




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana rezeki angah semakin bertambah. Beberapa hari yang lalu,angah mendapat berita daripada kakak angah bahawa barang-barang pos daripada artis baru iaitu R2Rick sudah sampai di rumah.
Anda belum kenal dengan R2Rick? Sila lihat entry ini.  Sememangnya angah tak mengjangka begitu banyak barang yang diberinya. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi memberi barang-barang berikut kepada angah.





Banyak kan? Terima kasih kepada R2Rick kerana sudi memberi barang-barang ini. 

Read more ...

14 Disember 2014

Nuffnang Beri Durian Runtuh!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cerita yang rasanya semua blogger tau. Iaitu tentang pemberian iklan CPUV Nuffnang yang banyak dan berganda-ganda. Sungguh tak disangka,bila angah check sahaja akaun Nuffnang,terus angah terlihat earning yang semakin bertambah. Rupa-rupanya Nuffnang memberi iklan CPUV yang banyak.

Untuk bulan Disember sahaja sudah dapat 15 iklan CPUV. Terima kasih kepada semua yang sudi support angah dalam dunia blogging. Memang seronok bila dapat iklan CPUV yang banyak.
Sekian.
Read more ...

13 Disember 2014

Don't let IDIOTS ruin your day.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Don't let IDIOTS ruin your day.

Anda ada kawan? Semmangnya angah sendiri mempunyai ramai kawan. Dan sudah semestinya bila mana kita mempunyai ramai kawan,kita akan mempunyai pelbagai jenis perangai yang kawan kita lakukan. Bukan senang untuk hadapi pelbagai jenis ragam dan masalah yang kawan-kawan kita buat. 

Macam angah sendiri,kadang-kadang angah rasa kawan-kawan di sekeliling angah langsung tidak membantu dalam apa jua jenis masalah yang angah hadapi. Dan adakalanya kawan angah selalu membuat perkara yang angah rasa sememangnya tidak patut dilakukan bagi sesuatu yang bergelar manusia.

Angah juga mempunyai kawan yang akan bersama angah hanya ketika bergembira sahaja. Bila angah mahukan sesuatu atau mahu bergembira di mana-mana,sudah semestinya kawan yang satu itu kan ada,tetapi sebaliknya yang terjadi bila angah tidak mahu bergembira. Mungkin itulah kawan yang sekejap ada,sekejap tak ada.

Apa-apa pun bagi angah sendiri,bila dah terlampau stress dengan kawan-kawan,apa kata rileks dengan duduk seorang diri di suatu sudut dan tidur. Mungkin ianya merupakan satu kerja bodoh,tetapi angah rasa ianya lebih baik berbanding bersama rakan-rakan yang pelik. 

Read more ...

12 Disember 2014

Sifat-Sifat Tercela




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian kali ini ialah berkenaan sifat-sifat tercela yang tidak patut wujud dalam diri setiap manusia di muka bumi ini. Sememangnya sebagai seorang Muslim YANG SEJATI, sifat-sifat sebegini sepatutnya dijauhi sekiranya anda mahukan kejayaan dalam diri anda.

Sifat-Sifat Tercela.

  1. Pemarah
  2. Takbur
  3. Riak
  4. Mungkir Janji
  5. Penipu
  6. Mengeji
  7. Bermegah
  8. Bermuka
  9. Mengumpat
  10. Pembohong
  11. Mencerca
  12. Sombong
  13. Kufur Nikmat
  14. Kedekut
  15. Tidak Ingat Mati
  16. Hasad Dengki
  17. Khianat

Kesimpulannya,jauhilah segala sifat-sifat ini dan dekatilah sifat-sifat terpuji. 

Sekian.
Read more ...

Ringankan Suaramu...







Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebaik-baik sedekah,ringankan suaramu bertanya belanja dapur ibu bapamu,bertanya susah senang adik beradikmy. Kerana seburuk buruk keluarga,jangan lupa kenangan waktu kecilmu berbagi makanan sekeluarga. Bila besar,berbagi la rezeki apa yang ada.

Sememangnya keluarga merupakan sesuatu yang paling penting bagi setiap manusia di dalam muka bumi ini. Tanpa keluarga,mungkin siapalah kita. Sebenarnya,dengan keluargalah kita akan mencorak gaya hidup dan perangai kita pada masa hadapan. Sebagai seorang yang inginkan diri disayangi,sememangnya keluarga kita sepatutnya di jadikan sesesuatu keutamaan berbanding perkara lain.
Sekian. 

Read more ...

11 Disember 2014

"Pakai Tudung Tak Boleh Kerja!"





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kes yang sudah sememangnya menjadi sebutan sejak dahulu lagi. Di negara kita ada pekerjaan yang tidak boleh pekerjanya memakai tudung. Mengapakah? Mungkin dikatakan kolot atau apa?? Mengapakah perlu adanya diskriminasi seperti ini di sebuah negara ISLAM??
Sila Jawab. 

Read more ...

Ikhlas Cintakan...




Orang yang betul-betuk ikhlas cintakan kita ialah orang yang boleh terima diri kita seadanya tanpa membandingkan diri kita dengan orang lain.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cinta merupakan suatu yang subjektif. Dalam persahabatan juga terdapat cinta sesama manusia. Di dalam perhubungan antara sesuatu objek dengan seorang insan juga adakalanya cinta itu wujud. Seperti mana juga hubungan antara manusia dan juga haiwan,yterdapat juga cinta di situ.

CINTA YANG SEJATI

Mencari CINTA sejati? Sebenarnya angah bukanlah seorang yang serba serbi tahu tentang cinta. Tapi angah rasa sebelum nak cintai seseorang lebih baik cinta akan diri sendiri dahulu. Sebab apa? Jika anda tidak suka akan seseorang atau anda ditolak oelh orang lain,maka mungkin sesuatu yang bermasalah itu ada pada diri anda.
Sekian.
Read more ...

10 Disember 2014

30th Anniversary Celebration : Faculty Of Music





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada mereka yang cinta akn muzik,anda semua dijemput untuk datang menyaksikan konsert ulang tahun ke 30,Fakulti Seni Muzik yang akan dijalankan di Dewan Filharmonik Petronas,KLCC. Konsert itu akan berlaku pada 21 Disember 2014,dengan harga tiket yang sangat berbaloi.

Angah merupakan salah seorang yang akan membuat persembahan pada malam itu. Untuk mereka yang tertanya-tanya dalam entry sebelum ini,inilah konsert yang angah sebut-sebutkan itu.Jemput datang dan memeriahkan atur cara konsert.
Sekian.


Read more ...