4 Januari 2014

Hanya Islam Hanya Pada Nama


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ianya kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.”  
H.R. al-Baihaqi 

ISLAM HANYA PADA NAMA.
Kebanyakan manusia akhir zaman hanyalah ISLAM pada ic. Benarlah hadis  diatas.Hadis yang menerangkan tentang akhir zaman.Bilakah akhir zaman itu??Sekarang.Masing-masing mengaku yang mereka itu Islam.Tapi amalannya? Adakah dilakukan? Segala suruhannya?? Bila datang hal-hal berkaitan agama?

"Bayangkan Diikat Kaki & Tangan Kemudian Di Bakar Seperti Ayam Ini! "

Solat tidak pernah tertinggal,
Gosip pun tidak pernah tinggal jua,
Jaga tepi kain orang,
Layari Facebook dari pagi hingga ke malam,
Lupa pada keburukan diri,
Tak pernah nak bertaubat pada Ilahi,
Aku hanya Islam pada nama.


Aku ucap bahawa Allah sahaja yang layak disembah,
Aku kata aku cinta Allah,
Tapi setiap jam aku chat dengan pakwe,
Setiap saat aku nak bersama makwe,
Dia yang aku paling puja dan suka,
Aku hanya Islam pada nama.

Aku kata aku yakin dengan Al-Quran,
Dalam tu Allah kata jangan dekati zina,
Dekat pun tak boleh, berzina apatah lagi,
Seronok pula berborak dengan berlainan jantina,
Membuatkanku ketagih dan nak lagi,
Mula-mula ditempat terbuka beramai-ramai,
Kemudian tertutup di internet berdua,
Kemudian Allah sahajalah yang tahu,
Aku hanya Islam pada nama.

Hijab tu wajib bagi lelaki mahupun wanita,
Itu Allah yang suruh tiada syak lagi,
Lelaki kena tundukkan pandangan,
Perempuan kena berhati-hati dalam pergaulan,
Aku tahu melihat aurat itu salah,
Aku tahu bertepuk tampar dengan lelaki tu parah,
Aku ikut orang lain buat bukan ikut kehendak Allah,
Aku hanya Islam pada nama.

Aku pakai tudung,
Aku pakai baju kurung,
Aku tak bisa melihat ada orang berdua,
Aku tak bisa melihat benda yang curiga,
Kena heboh dan beritahu orang lain,
Allah kata jangan,
Tapi itu yang lebih ku suka,
Aku hanya Islam pada nama.

Aku munafik rupanya,
Nampak macam Islam,
Tapi hati tak percaya Allah dan hari pembalasan,
Tuhanku hawa nafsu,
Yang penting aku seronok dan suka,
Bila ada iftar aku paling laju,
Bila ada kelas tentang Allah aku balik dulu,

Aku mahu bertaubat ya Allah,
Baru kutahu sukar nak masuk syurga,
Aku bersaksi dengan penuh keyakinan,
Allah sahajalah yang layak disembah,
Bukan nafsuku,
Bukan apa yang orang suruh,
Bukan bintang-bintang,
Sebab semua itu Kau ciptakan,
Kau sahajalah yang layak disembah,

Islam bukan hanya pada nama,

Tetapi...
Pada hati, lidah dan anggota,
Pada mu'amalat, pada syari'at,

Sekian.

12 ulasan:

  1. Naazubillahi min zalik.. muhasabah diri

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang bisa menggetarkan jiwa...Jemput baca entri terbaru di blog saya

    BalasPadam
  3. Allahuakbar..semoga kita dijauhkan dgn perkara buruk camni..

    BalasPadam
  4. moga kita tidak tergolong di dalamnya..muhasabah diri...

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas perkongsian..mudahan dpt dijadikan iktibar

    BalasPadam
  6. Terima kasih untuk peringatan ni Angah. Kadang-kadang diri alpa dengan dunia

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.