7 Januari 2014

Manisnya Bercinta...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


MANISNYA BERCINTA
Apakah perasaannya apabila bercinta sebelum berkahwin?
"Kalau sebelum kahwin,bolehlah keluar dengan orang yang kita sayang,berkasih sayang dalam media sosial,dalam telefon. Boleh jumpa,jalan sama-sama. Yang paling best adalah boleh DATING.
Lepas tu,bertunang,bertunang 6 tahun baru kahwin,bila dalam tempoh bertunang,rasa seronok je,hidup rasa macam tak sabar je nak kahwin.Yang si lelaki pulak,sedang sibuk mengumpulkan duit untuk kahwin.
Bila dah kahwin,tak rasa kekok sangat.Ye lah kan,dah lama kenal.Keluar sama-sama.Semuanya masih seperti time sebelum kahwin,cuma ada kelebihan yang lain..hehehe.. sekarang lepas dah ada 3 orang anak,saya rasa bahagia je hidup ni." 
 

Apakah perasaannya apabila bercinta sebelum kahwin??

"Kalau selepas kahwin,tak fikir pasal cinta sebelum kahwin.Bolehlah nak fokuskan dekat bisnes + study.Selain tu,tak perlu nak berhabis duit untuk keluar makan dengan kekasih.Kan dah jimat di situ?? Lagi satu,boleh hidup dengan rasa best tanpa perlu dikongkong oleh orang lain.
Bila dah nak dekat kahwin,masih tak kenal dengan orang yang kita akan kahwini.Akan rasa berdebar disitu,dan bila dah berkahwin akan muncul rasa malu-malu.Sweet je tengok.Dan selepas tu baru saya cuba mengenali dia. Tak sangka dia tu seperti yang saya nak selama ni.Baik rupa dan elok kelakuannya.
Alhamdulillah kami bahagia sehingga sekarang.Dengan anak seramai 4 orang,sudah menjadikan hidup kami lengkap.Siapa kata bercinta lepas kahwin akan bercerai?? " 
 
 Jadi apa masalahnya??
Masalahnya sekarang adalah berpunca daripada diri sendiri,mungkin orang sekarang tak suka bila ibubapa sendiri yang mencari jodoh untuk diri anda,tapi percayalah mereka tahu apa yang baik dan apa yang buruk.Tapi tak semestinya pengakhirannya akan menjadi sebegitu bagus seperti di dalam NOVEL atau DRAMA ADAPTASI NOVEL.
Sama juga seperti pilihan sendiri.Mungkin kita lebih tahu siapa yang kita suka.Apa yang pasti,jagalah kelakuan,lelaki dengan cara lelaki,wanita dengan cara wanita.Tak salah nak bercinta sebelum berkahwin,tapi janganlah sudah seperti pasangan yang ditangkap pada malam tahun baru. :) 
 
 Pengalaman angah??
Angah ada pengalaman ke dalam bercinta?? Sememangnya angah pernah bercinta dan amsih lagi bercinta.Malu pula nak cerita,kami bercinta dah lama dah.Setakat ni dah hampir 19 tahun kami bercinta.Lama kan?? Angah selalu sangat DATING,boleh dikatakan setiap hari,angah WAJIB berdating selama 5 kali.
Bila angah nak jumpa DIA,mesti angah akan berpakaian segak-segak.Selain itu,angah juga akan berjumpa dengan DIA pada masa yang sudah ditetapkan.Bila angah dalam kesusahan,angah selalu minta pertolongan DIA. Bila angah dapat sesuatu yang angah hajati,angah pasti akan berterima kasih kepada DIA.
Siapakah DIA??

DIAlah Allah S.W.T. Bercinta dengan Tuhan Semesta Alam. Kalau kita boleh berpakaian segak ketika berjumpa GF,kenapa tak boleh nak pakai segak-segak time solat?? Takkkan nak pakai selekeh2 je?? Bercinta dengan Tuhan adalah lebih menarik!! :D
Sekian. 
 

14 ulasan:

  1. semua terletak dari diri sendiri yang pilih..

    BalasPadam
  2. Bercinta dengan Allah swt cinta yang kekal abadi...Cinta kepada Ibu bapa juga membawa berkat hingga akhirnya,,,,,,

    BalasPadam
  3. salam. setuju tu. cintailah dan datinglah dgn Allah at least 5x sehari. In sha Allah selamat dunia n akhirat. done follow here. tq

    BalasPadam
  4. bercinta sebelum khwin tak seronok sbb nk buat apa pun pikir dosa... lepas khwin mmg the best... buat apa pun dapat pahala... :)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.