17 Januari 2014

Penjelasan Sebenar : Gempar!!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Penjelasan Sebenar.

Berhubung dengan soalan yang sering dinyatakan oleh beberapa orang tentang apa yangs edang angah lakukan sekarang ini.
"Angah belajar nyanyian ke?? Angah ambil bidang nyanyian?? Memang angah nak jadi penyanyi??"

Pertama :-

Untuk pengetahuan semua pembaca blog DJH,angah merupakan seorang mahasiswa UiTM yang sedang menuntut ilmu dalam bidang Muzik.Angah mengambil kos Diploma Seni Muzik yang hanya terdapat di Kampus Seksyen 17,Shah Alam.
Kedua :-

Angah memilih untuk mengambil alat Clarinet sebagai angah punya principal instrument.Jadi,ini bermakna setiap kali exam studio,angah perlu bermain instrument Clarinet dan bukannya MENYANYI.
Ketiga :-

Angah bukan hanya setakat belajar Clarinet sahaja,subjek-subjek lain masih ada seperti berikut :-
  • Theory In Music
  • Aurall Skills
  • History In Music
  • Pengajian Agama Islam
  • English
  • Performing Group (Orchestra/Choir/Guitar Ensemble/Modern Ensemble)
  • Forum ( Performing Live)
  • Keyboard Skills
  • Conducting Skills
  • Basic Harmony
  • Music Management
  • Traditional Music (Caklempong,Gamelan,Melayu Asli,Keroncong.)
  • Percussion Method
  • Dan banyak lagi subjek.
 Ada banyak lagi subjek-subjek yang perlu angah belajar dalam Diploma ini.Angah tak rasa music adalah satu bidang yang senang.Sama susah dengan bidang-bidang yang lain.
Keempat :-

Ubah persepsi anda apabila mendengar, 
"Saya belajar Muzik." "Jadi awak nak jadi penyanyi?Belajar menyanyi?" 
Muzik tu luas,bukannya semata-mata penyanyi.Kadang-kadang angah penat dengan persepsi masyarakat Melayu itu sendiri.Kononnya muzik tu haram.Sebenarnya segala-galanya boleh jadi haram kalau melalaikan,tinggal solat,buat benda-benda yang dilarang.
Kelima :-

Alhamdulillah,sekarang ni angah rasa gembira dengan apa yang angah buat sekarang. Bukanlah angah nak jadi penyanyi,tapi angah nak jadi ahli muzik,pensyarah Muzik,cikgu Muzik,pengarah Muzik dan juga seorang ahli bisnes Muzik. In shaa Allah.
Kesimpulannya :-

Persepsi masyarakat suakar diubah. Apa yang dilihat,semua orang patut jadi DOKTOR,PEGUAM,ENGINEER. Jadi,siapa yang nak menjadi AHLI MUZIK??Fikir-fikir dan percayalah. Tak guna menghukum orang lain tanpa asas.

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum angah. thanks untuk penjelasan ni. hehe selalu sheila tertanya2 gak. hehe

    BalasPadam
  2. smoga cita-cita angah tercapai dan mnjd pemuzik yg berjaya..aamiin.. :D

    BalasPadam
  3. Fhm dah ttg course muzik ni, sbb abg Vee skrg dah degree in muzik :)

    BalasPadam
  4. oh.. baru tahu.. banyak juga bidang yang DJH ambil~ ^_^

    BalasPadam
  5. semoga terus success ye angah..

    BalasPadam
  6. semua pun ok ,yg penting minat kita..

    BalasPadam
  7. masing-masing ada minat tersendiri. kalau tak diperkembangkan minat dan bakat yg ada, takda gunanya juga kan :)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.