26 Januari 2014

PETROSAINS :Pengembaraan Bermula.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sehari suntuk siang semalam angah seharian berada di KLCC.Dari pukul 10.00 pagi sampailah 8.30 malam.Lama kan?Apa yang angah buat?
Cadangannya nak pergi tengok Konsert MPO di Dewan Filharmonik Petronas dengan kawan-kawan angah yang lain.Tapi tiket dah habis.Jadi,dengan rasa sedih dan kecewa kami,berlegar-legar di ruang legar Suria KLCC.
Tiba-tiba,terdetik idea.
"Jom pergi Petrosains??" Jadi kami semua terus ke Petrosains. Nasib baik semua bawa kad matrik Uitm,jadi kami dapat harga kurang sedikit.Daripada RM15.00 kepada RM 12.70.Agak berbaloi. 
 Ini merupakan kali kedua angah ke sini.Kali pertama angah menjejakkan kaki ke Petrosains adalah pada tahun 2005.Time tu angah darjah 4.Kecik je lagi.
Banyak perubahan.

Apa yanga angah dapat tengok,ada banyak perubahan di dalam Petrosains pada masa sekarang berbanding tahun 2005 yang lalu.Ini bermakna,mereka telah renovate Petrosains dengan benda-benda baru. 


Apa-apa pun,angah rasa best dan tertarik dengan benda-benda dalam Petrosains.Walaupun kebanyakannya angah dah pernah belajar time sekolah rendah dan sekolah menengah,tapi ianya seperti menggamit memori ketika belajar sains di sekolah.
Anda pernah ke Petrosains??
Angah mengajak anda semua untuk menjejakkan kaki kesini.Harga yang berbaloi.Tak mahal sangat dan tak murah sangat.Perjalanan yang menarik.Kalau na dibandingkan dengan menonton filem di panggung wayang,lebih baik ke Petrosains. 
Sekian. 

3 ulasan:

  1. Selalu buat pembaikan untuk kepuasan pengunjung kan. Terbaik :)

    BalasPadam
  2. baru sekali pergi ke cna tahun lalu :)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.