17 Januari 2014

Rezeki : Ketentuannya



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Angah masih lagi teringat ketika first time angah masuk orkestra.Gambar kat atas ni adalah ketika angah tingkatan 3 tahun 2010.Angah yang paling muda dan paling hensem. Ahahaha.. itu adalah kali pertama angah join Wind Orkestra. Alhamdulillah,angah diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam pasukan orchestra.
Ye,lah time tu angah masih tak tahu apa-apa tentang persembahan,setakat berada di atas pentas dan perform sahaja.Angah masih rasa gugup ketika itu,bercampur dengan perasaan bangga dan excited. 


Gambar yang ini pula adalah ketika angah bersama dengan orchestra angah untuk kali terakhir ketika angah tingkatan 5 pada tahun 2012.Ketika itu,angah lah yang paling senior dan yang paling hensem.ahha..Apa yang angah fikir time tu adalah untuk perform sehabis mungkin dan buat yang terbaik untuk sekolah.
Perasaan excited,bangga dan sedih turut terasa ketika angah membuat persembahan ini.Bahkan angah hampir mengalirkan air mata kerana ini adalah last orchestra angah. Sedih kerana akan meninggalkan satu-satunya perkara yang angah sayang di sekolah.

Hakikatnya :-

Angah ingatkan itu adalah kali terakhir angah membuat persembahan,rupanya angah masih lagi diberi peluang untuk membuat persembahan.Ya,angah ambil bidang muzik untuk meneruskan apa yang angah hajati.Mungkin pada semester pertama,angah masih belum mampu untuk join mana-mana persembahan. 
Tapi untuk semester kedua ini angah sudah mempunyai konsert sendiri.Angah akan join persembahan kumpulan orchestra UiTM yang akan membuat persembahan pada bulan Februari ini.
Kini,latihan giat dijalankan meskipun waktu sangat terbatas. Yelah,dengan study lagi,dicampur dengan latihan untuk konsert itu,sememangnya tiada masa untuk berehat dan main-main.Kalau ada yang masih main-main maknanya itu WASTED.
Sekian. 

7 ulasan:

  1. Tahniah angah yang hensem heheheh....

    teruskan perjuangan mu... Bi Taufiq Wanajah, Man Jadda Wa Jadda...

    BalasPadam
  2. teruskan usaha..angah encem yek..

    BalasPadam
  3. wah selamat dan semoga sukses selalu,...kunjungan pagi..

    BalasPadam
  4. Suka tengok angkatan wind orchestra perform. hehe

    BalasPadam
  5. mantap gan,, lanjutkan sharingnya ya..

    salam

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.