3 Januari 2014

"Terlalu Bereksperimen Punca Persembahan Sepahtu Merosot."




Seolah-olah bangkit dari ‘kekalahan’ Sepahtu yang dianggotai Rahim, Jep dan Shuib turut menarik perhatian penonton di studio apabila berjaya mendapat tepukan gemuruh usai persembahan bertemakan muzikal minggu lepas.
Bagaimanapun ada cerita kurang enak yang kami dengar apabila ramai yang mendakwa kumpulan Sepahtu hanya bergantung kepada populariti Jep semata-mata.
“Saya rasa telahan itu tidak tepat sama sekali, kerana kami datang bertiga…Idea juga datang dari kami bertiga bukan dari saya seorang.
“Rasa tak sedaplah bila orang kata Sepahtu mendapat undian tinggi adalah kerana populariti saya. Tanpa Shuib dan Rahim saya tak mungkin mampu untuk berlawak,” kata Jep ketika ditemui pada majlis sidang media MLM2013, Jumaat lepas.
Tambah Jep lagi, dia juga kurang senang apabila ada yang mendakwa kumpulan Sepahtu tidak bersungguh ketika berlawak kerana sudah berada di zon selesa.
“Sepahtu tidak pernah rasa berada di zon selesa kerana setiap minggu kami akan cuba beri yang terbaik kepada penonton semua, kami tak pernah main-main.
“Cuma mungkin kerana terlalu bereksperimen menyebabkan beberapa lawak kami tidak menjadi sebelum ini. Tetapi Sepahtu belajar dari kesilapan dan akan bangkit semula menebus kembali kekecewaan demi untuk para peminat kami yang telah mengundi selama ini..."

Pendapat angah :-

Rasanya Sepahtu sememangnya bagus,cuma masalahnya,kumpulan-kumpulan lain semakin bagus. Eh,peliklah pulak?? :D

6 ulasan:

  1. ape pon sepahtu mmg terbaik.. :)

    BalasPadam
  2. Skrg suma grup dlm mlm bes2..sampai rs xsggup nak tgk ada yg tesingkir..hrp pengundi jgn undi sbb populariti smta2..kesian kpd grup bru yg mmg lawak..sepahtu kena tingkatkan tahap lawak diorg mcm dlm ML dulu..jozan kalah sbb mgkin rs selesa..jd lawak npk ala kadar..cuma bgntung kpd populariti.at last kalah..

    BalasPadam
  3. Lawak Sepahtu makin kurang IM minati sebab yg lain mula tunjuk taring dan lagi lawak. Pendpat IM :)

    BalasPadam
  4. Lawak sepahtu biase2 jeq..bocey n syj lg best.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.