12 Januari 2014

Wala Sudah Bersedia Dan Jangka Akan Tersingkir




“Sebenarnya sejak dua minggu lepas perasaan kami sudah tidak tenteram dan dapat merasakan yang perjalanan kami di pentas Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) akan terhenti pada bila-bila masa.
“Bagaimanapun kami bangga kerana dapat bersaing sehingga minggu ke-9 dan menjadi perserta top 8…Bukan mudah bagi kami yang junior ini nak bertarung dengan pelawak senior,” kata Wan yang mewakili kumpulan Wala ketika ditemui Astro Gempak pada Jumaat.
Wala yang dianggotai Wan dan Lope disingkirkan apabila gagal memberikan persembahan terbaik dan memperolehi peratusan undi terendah iaitu sebanyak 46%.
Mereka bagaimanapun berterima kasih kepada para pemina, khususnya peminat yang telah mengundi pada setiap minggu.
“Tanpa peminat dan pengundi, siapalah Wala pada hari ini…Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana telah memberi peluang dan menyediakan platform kepada kami untuk lebih dikenali,” kata Lope.
Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) minggu ke-9 telah bersiaran secara langsung di hadapan 15,000 penonton di perkarangan utama pusat membeli belah One Utama (New Wing) yang membawa tema bebas.
“Terus-terang, berat rasa hati nak meninggalkan pentas MLM2013 kerana sudah pasti selepas ini kami akan merindui sahabat-sahabat yang lain.
“Selama lapan minggu kami bersama, mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Mereka umpama abang, kami pula adik yang sedang bertatih untuk naik…Terima kasih kepada semua,” tambah Wan mengakhiri perbualan. " SUMBER
 Pendapat angah :-
Angah rasa kumpulan mereka ni bagus.Cuma mungkin dah kekeringan idea sampaikan takt ahu nak buat lawak apa lagi.Dan faktor yg lain adalah,peminat-peminat kumpulan lain lebih agresif dan lebih ramai berbanding kumpulan Wala.
Semuanya yang ada sekarang ni adalah antara yang hebat di Malaysia untuk masa sekarang.Jadi angah harap supaya yang sememangnya patut menang akan menang. :D 

9 ulasan:

  1. dulu wala ni bagus.. namun maybe skrg dah kurang idea yg best2.. takpe semoga mereka berjaya di luar gelanggang MLM insyaa allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..memang bagus..mungkin idea dah takde :D

      Padam
  2. yup. wala oket je. tapi nabil sekarang makin merapu!!

    BalasPadam
  3. Wala agak kurang menyengat minggu lepas

    BalasPadam
  4. dorang dah kering idea..tu yang tak tahu nak buat lawak apa lagi......

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.