28 Februari 2014

Tempah Tiket Kematian



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terdiam angah seketika,bila terbaca tentang tajuk akhbar ini. Betapa angah berasa maut itu sangat dekat.Maut itu dimana-mana. Kalau anda boleh tengok sendiri,14 maut dalam satu malam. Menyeramkan.
Tapi bagi angah apa yang lebih penting adalah  adakah kita dah bersedia untuk bertemu dengan malaikat maut?? Maksudnya,sudahkah anda bersedia untuk MATI?? Bila- bila sahaja kita boleh dipanggil Ilahi,cuma yang berbeza adalah antara sudah bersedia dengan amalam-amalam atau pun tidak.
 Jadi di hari Jumaat yang mulia ini,sama-sama kita fikir dan renungkan,sudah cukupkah amalan yang kita lakukan selama ini??
Apa yang menyedihkan adalah,apabila amalan masih belum cukup,tetapi sudah menempah tiket kematian.Contohnya,rempit,merokok,hisap dadah.Semuanya umpama menempah tiket kematian.
Sekian 
Read more ...

26 Februari 2014

Kesabaran Terhakis Bila Dipanggil Anjing Kurap, Libatkan Ibubapa – Sharnaaz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


“Apabila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa, kesabaran saya pun ada batasnya.“Mereka (Fauzi dan Lisda) sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan perkara ini boleh diselesaikan dengan baik,” kata Sharnaaz yang dipetik daripada laporan Harian Metro pada Rabu berhubung kontroversi yang melibatkan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati.
Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mengambil pendekatan berdiam diri sebelum ini turut mengeluarkan amaran kepada Fauzi dan Lisda untuk memohon maaf dalam masa seminggu.
“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf kepada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.
“Nak saya minta maaf kepada Lisdawati kerana meninggikan suara? Saya boleh buat sekarang. Tapi boleh tak mereka minta maaf kepada ibu bapa saya seperti saya tuntut? Jika tidak saya saman,” katanya tegas.
Sharnaaz turut memberitahu, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika pasangan itu gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan.
“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman saya semaksimum mungkin,” katanya.
Menurut Sharnaaz dia juga tidak akan tunduk kepada Fauzi dan Lisdawati kerana kebenaran berpihak kepadanya dan pasangan itu memutarbelitkan situasi sebenar.
“Saya terlepas meninggikan suara kepada disebabkan perangai buruk Lisdawati yang memburuk-burukkan saya di lokasi tanpa sebab dan benda itu sampai ke telinga saya.
“Apabila insiden itu berlaku Fauzi pula berkomunikasi dengan biadab tetapi tidak pula dia tunjukkan semua mesej itu. Sekarang saya tunjukkan semua,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut mengesahkan sudah membuat laporan polis du Balai Polis Jinjang pada Isnin lepas.
Konflik di antara Sharnaaz dengan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati berpanjangan selepas pasangan tersebut membuat laporan polis dan mendakwa menerima message berbaur ugutan dipercayai dihantar  Sharnaaz menerusi aplikasi iPhone Message pada 21 dan 22 Februari lalu.
Sharnaaz juga dilaporkan telah meninggikan suara terhadap Lisdawati di lokasi penggambaran.

 

Read more ...

25 Februari 2014

Terlampau Sibuk??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Nampaknya sekarang ini sangat susah untuk angah update blog walaupun satu entry setiap hari.Sangat susah untuk angah mencuri masa untuk update blog. Bukannya apa,bila dah di hujung semester ini,exam tersangatlah banyak.
Ditambah dengan exam midterm,quiz, dan jugak final studio exam.Angah rasa macam dunia angah terlmpau sibuk.Ya!! Angah update entry ini pun ketika angah sibuk buat assignment,angah curi masa sikit untuk update blog kesayangan ramai ni.
Untuk pengetahuan semua,angah juga akan mengadakan konsert,tapi bukan konsert solo,konsert orkestra,angah akan menjadi salah seorang yang akan perform pada konsert itu.Anda nak datang??

Nanti angah updatekannya...
Sekian. 
 
 
Read more ...

Kawan Makan Kawan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam berkawan,susah untuk jumpa kawan yang benar-benar baik.Kawan yang benar-benar sanggup untuk tolong kita.Kadang-kadang kawan yang paling baik dengan kita pun sanggup untuk tikam diri kita balik.
Macam kawan-kawan angah di fakulti.Kebanyakannya hanya FAKE sahaja.Depan kita,semuanya baik,kononnya sanggup nak tolong,bila mereka dalam kesusahan,kita bantu.
Bila datang part mereka happy,terus ditinggalkan kita.Macam kita langsung tiada guna. Susah untuk dapat kawan yang benar-benar sanggup membantu.
People,don't depend too much on anyone in this world. Because even your shadow leaves you when you're in darkness. 
Benar atau tidak?? Kadang-kadang bayang-bayang sendiri pun tak mampu untuk sentiasa bersama kita.

Sekian.


Read more ...

24 Februari 2014

Masa Untuk Blogwalking!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Akhirnya tibalah masanya untuk angah senaraikan mereka-mereka yang telah menyertai segmen ini.Alhamdulillah ramai juga yang join,sungguh angah tak sangka.Tapi masih boleh untuk anda join segmen ini!!
Macam mana nak join?? Klik gambar di atas,kemudian ikut arahan yang ada di dalam entry tersebut.
Rasulullah tak pernah berkasar dengan wanita. .Dalam Islam, wanita adalah golongan yang sangat dihormati dan dilindungi ;)

Read more ...

22 Februari 2014

Belum apa-apa lagi sudah pandai berlagak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Dalam sesuatu bidang yang kita ceburi,nasihat angah,tak perlulah nak rasa sombong atau berlagak sekiranya kita mempunyai sesuatu ilmu yang lebih daripada orang lain.Tak perlu nak mendabik diri dan menganggap diri itu adalah benar-benar sempurna.
Kadang-kadang macam angah sendiri,di fakulti,ramai yang sangat pandai bermain alat muzik,sampaikan ada yang sudah menjadi artis,tetapi mereka masih merendah diri dan tidak meninggi diri.Ada jugak sesetengah tu,yang baru bermain alat muzik,tetapi perangainya yang berlagak,sudah mampu membuatkan orang lain rasa meluat dengannya.



Angah bukan nak salahkan sesiapa tapi sebagai seorang manusia yang sememangnya diberikan akal dan fikiran,cuba fikir,tak ke mana pun kalau berlagak tu.Rasanya lagi menambah bilangan orang yang membenci diri kita,ye lah.
Sama juga seperti dalam berblogging,ramai blogger yang famous dan pandai serta sudah berjaya.Tapi janganlah sampai berlagak dan tidak menjenguk blogger seperti angah ini.Angah masih perlukan blogger-blogger hebat untuk berjaya.
Akhir kata,berpijaklah di bumi yang nyata.Kadang-kadang tanah sendiri pun tak mampu nak terima kita,inikan pula langit yang dijunjung. 
 
 
 
Read more ...

21 Februari 2014

Kau Kekasihku : Siti Nurhaliza



Indah di mata... indah dijiwa yang berahi 
Bagaikan direnda... terpesona penuh asyik 
Dan kubelai... sisir angin yang berbisik 
Bukan rahsia... kau kekasih ku... 

Pecahan ombak...yang menyentuh pipi ini 
Pedih rasa hati... bagai ditusuk panah duri 
Dan kusapu... kerna kabur pandanganku 
Dalam langkah... tarian cintamu 

Duhai malam... tiada bintang... 
Menghiasi... taman kasih ini... 
Hanya aku... sendirian... 
Tak berteman... keseorangan... 


Kekasih ku... hanya aku... 
Yang memuja... sisa cinta ini... 
Seandainya... ombak laut... 
Surut lagi... aku pergi... oh... 

Kekasih ku... oh... 

Seiring camar pulang... setia pada janji 
Itu doa ku... selama ini... 


Dari mata... dari jiwa yang berahi 
Makin kumengerti... istilah percintaan ini 
Moga nanti... ada seru menyatakan 
Kau kekasih... hingga ke akhirnya... 

Kau kekasih... hingga ke akhirnya... 
Oh... kekasih
Read more ...

19 Februari 2014

Sepi Tanpa Bicara : Kalbu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah angah dah sihat semula.Terima kasih kepada semua yang mendoakan angah.Semoga Allah S.W.T memberkati anda semua.Berkenaan demam yang angah alami,secara seriusnya angah sangat-sangat risau.Ibu bapa angah di rumah juga turut risau kerana kebelakangan ni,banyak kes demam denggi dilaporkan.Alhamdulillah,angah bukannya alami demam denggi.


Mungkin kerana angah terlampau sibuk dengan pelbagai aktiviti tanpa sebarang rehat yang cukup,sebab tu la angah stress sampai demam.Apa-apa pun semuanya sudah berakhir.Apa yang angah harap agar angah dapat terus fokus untuk apa yang angah akan hadapi pada masa hadapan.
Dah lama juga angah biarkan blog ni kosong sahaja,tanpa sebarang entry terbaru.Angah minta maaf kerana tak dapat nak update entry,sebab angah demam.Nak taip pun tak larat,inikan pula nak publish entry?? :D 
 Sekian.
Read more ...

17 Februari 2014

Ranking Alexa 17.2.2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari isnin ni nak update ranking Alexa untuk 17.2 2014
Global Rank : 424,781
Rank In Malaysia : 1,296 


Ranking Sebelum
Read more ...

16 Februari 2014

Sugar Free Original

Good evening everyone. Once again, I am not hacking this blog instead I'm just writing here for some new post since the owner don't really have the mood to write. Well, we are now at McD section 2 Shah Alam for Theory of music II studies. Actually going to have our midterm exams for theory tomorrow. Fighting. 


Today, is the 2nd day of me having fever, I really can no more handle it and i hope it will go away soon, please recover soon Adlina Tasya! :D 


Enough as for today theory studies, I need to rest a lot. About the fever,not just me, the owner of this blog and a few of my friends are sick too. Get well soon everyone, since the wheather is not that good, so I hope everyone will take care of themselves. Thank you and wish us luck for theory midterm tomorrow~
Read more ...

15 Februari 2014

Marah : Gembira


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah,angah masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat dunia.Walaupun demam angah masih belum berakhir.Angah sangat -sangat rasa bertuah dikelilingi rakan-rakan yang sanggup menjaga angah ketika sakit.
Angah masih ingat lagi,kalau time di Sekolah SBP dulu,kalau angah demam ,angah akan ke kelas jugak.Cuma time dalam kelas tu angah akan tidur atau rehat.Sebab apa?Sebab angah malas nak ke bilik sakit,sebab makin sakit kalau duk kat dalam bilik tu.
Sekarang ni,angah rasa rindu dekat family. 
 
Sekian
Read more ...

14 Februari 2014

Bestfriend.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Best Friend...thank you for standing by my side whwn time get hard..thanks you for making me laugh when i didn't even want to smile.

 

Read more ...

13 Februari 2014

Misteri : Diserang sesuatu yang PANAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi time angah pergi fakulti,rasa oke je.Dengan perasaan gembira tapi sedih sikit sebab lambat masuk kelas.Semuanya berpunca bas tiada.Memang panas hati + takut lecturer kunci pintu.
Bila angah datang kelas,lecturer terus cakap,"Hari ini kita nak buat test!"Nasib baik angah sempat ke kelas.Kemudian teruskan dengan exam.Bila datang waktu petang,angah start rasa sejuk.Angah pakai sweater dalam bilik orchestra pun still sejuk lagi.
Kawan angah check badan angah terlampau PANAS!!Suhu yang panas!
Lepas habis je kelas tu,angah terus balik bilik,sedangkan ada kelas lagi lepas tu,kelas orchestra.Angah dah tak tahan,rasa sakit sangat badan ni.Sampai bilik,angah terus tidur dan berselimut.Nasib baik housemate angah semuanya baik-baik.
Siap bagi ubat + letak kain yag basah lagi dekat dahi angah.Alhamdulillah,sekarang dah berkurang sikit,cuma angah still rasa seram sejuk je.Memang plan untuk study dengan roomate tak berhasil...
Sekian. 
Read more ...

"Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Assalamualaikum pak cik ,menu hari nie roti canai.Pakcik ambik lah. Ade bnyak lebih.pak cik ambik lebih sikit tuk bagi kat anak dan isteri pak cik."
"Takpa nak pakcik takda isteri dan anak lagi dah"
"Kalau camtu ape kata pak cik ambik lebih sikit simpan tuk makan malam dan pagi esok."
"Takpalah nak, pak cik tak mahu membazir ramai lagi kawan pak cik yang tak makan dan ambik lagi makanan ni. Nanti  tak merasa diorang."

Terdiam sekejap.

Siapa tahu manusia yang takde tempat tinggal,keluarga,harta dan kelayakan lebih tahu erti kehidupan.Pakcik nie lusuh sangat.nampak hitam dah baju dia.yelah setiap malam tidur tepi jalanan dan mencari rezeki dengan tulang empat kerat dia. Tapi dia tahu ape tu erti syukur,kehidupan dan keserdehanaan.Walaupun begitu sunnah rasullulah dia tetap jaga.Simpan jambang,pakai ikut sunnah dan cara kehidupan.Dia tak miliki kemewahan tapi dia miliki redha dan kebahagiaan dari Allah. In Sha Allah.Kadang-kadang Allah sahaja tak bagi orang macam nie kehidupan yang mewah walaupun orng macam nie dah bnyak bersyukur sebab Allah nak bagi hadiah tu dekat akhir jalan.



Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.(QS. 14:7)


Pencipta post nie bukan Admin tapi kawan berjemaah Admin.

                                          A.H

Nota Angah : Situasi di atas adalah ketika kawan berjemaah angah sedang memberikan makanan kepada golongan gelandangan di bandar Kuala Lumpur.

Read more ...

Misteri : Ular Sawa Melilit Sebuah Bas


Assalamaulaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya time angah sedang menyiapkan entry ini,angah tersangatlah stress,stress dengan kerja dan assignment yang banyak.Bukan setakat itu sahaja,dengan minggu depan ada exam yang banyak.Hampir kesemua subjek nak adakan exam pada minggu hadapan.Practice PERWIRA + final piece lagi.Memang angah rasa macam angah tak mampu,tapi sebenarnya angah mampu.
Jadi,untuk kurangkan tahap kestressan angah,angah rasa ada baiknya angah tengok gambar-gambar yang menarik.Jom bersama dengan angah untuk usha gambar2 cantik. 

Ular Melilit Sebuah Bas

Kelihatan menarik dan terbaik.Nampak seperti betul,tetapi kebenarannya ia hanyalah sebuah ilusi mata.Itu hanyalah sekadar lukisan di sebuah bas.Mungkinkah ianya memang ular sebenar?? 

Bermandi Manda di Kawasan Awam

Bayangkan apabila anda sedang bermain di sungai bersama orang tercinta,tetiba ada seekor buaya yang sedang mengendap.
Walaupun ia hanyalah sekadar gambar dan ilusi,tetapi tetap menakutkan. 

 





Kewujudan Gua Bawah Tanah

Sememangnya sangat cantik lukisan yang telah mereka hasilkan.Sangat cantik dan betul-betul buat angah tertarik untuk promosikan gambar ini di blog angah.Apa pendapat anda dengan gambar ini??Menarik kan??? 


Penampakan Wajah Dua Binatang
Dalam gambar sebelah kiri,kelihatan seekor singa yang ganas tetapi wajahnya agak sedih sedikit,manakala gambar sebelah kanan menunjukan gambar seekor arnab barangkali??





Kesimpulannya :-

Memang sekarang ni kehidupan angah sangat penat.Tapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada kita.Apa yang selalu angah ingat adalah kalau kita rasa kita dah susah,ada lagi orang yang lebih susah daripada kita,kalau kita ingat kita dah senang,ada banyak lagi orang yang lagi senang dari kita. 



Read more ...

12 Februari 2014

Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa!



 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. 
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. 
Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu. Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan. Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. 
Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz. Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini. 
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.


Credit : Facebook + Google Image 
Read more ...

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Asrama Puteri Terbakar : Mayat Hangus Terbakar


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Mungkin sebahagian daripada kita tidak pernah mendengar mengenai kisah duka yang berlaku pada 22 September 1989 ini bukan?
Oleh itu Astro telah mengambil kesempatan untuk menayangkan telefilem hebat ‘Pondok Pak Ya’ arahan Wan Hasliza pada Februari ini.Telefilem tersebut adalah berdasarkan kisah benar peristiwa yang telah meragut nyawa 27 pelajar perempuan dan sekaligus telah memusnahkan blok Asrama Puteri.
Menariknya, telefilem ini turut memuatkan beberapa fakta mengenai peristiwa tersebut antaranya ialah kebakaran berlaku dengan cepat, mayat yang dijumpai kebanyakannya sudah hangus terbakar dan sukar untuk dikenali serta mangsa yang terselamat masih lagi trauma walaupun sudah lebih 20 tahun kejadian tersebut berlaku.
Selain itu, anak saudara kepada salah seorang mangsa kejadian turut berlakon dalam telefilem  tersebut dengan membawa watak sebagai ibu saudaranya.
‘Pondok Pak Ya’ telah mula ditayangkan di Astro Box Office Tayangan Hebat bermula Februari.
Sumber 
 
 :- Angah dah tengok dah cerita ini.Mula-mula rasa macam susahnya kehidupan zaman dulu,dengan susahnya perhubungan antara asrama itu sendiri dengan pihak bomba.Pastu boleh tengok bagaimana kejadian itu terjadi. Kemudian angah rasa sedih,bila melihat babak ibubapa menangis apabila dimaklumkan bahawa anak mereka sudah tiada.
Memang terbaik dan mampu menyentuh hati,telemovie yang menarik. 
Read more ...

Blogger Sombong | Baik | Peramah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siapakah Blogger??Anda???Kawan anda?? Atau anda sendiri tidak mahu mengaku bahawa anda adalah blogger??
Kadang-kadang ada blogger yang tidak mengaku sebagai blogger.Kononnya malu apabila ramai orang tahu yang mereka ada blogger.Macam angah sendiri,pada awalnya angah agak malu dan takut untuk memberitahu sesiapa bahawa angah ada blog.
Tapi bila lama kelamaan,angah rasa siapa lagi yang nak baca blog angah kalau bukan kawan-kawan angah sendiri.Sejak dah berdomain,angah lagi rancak berblogging,walaupun angah sangat busy dengan study,tetapi angah tetapi takkan tinggalkan blog tanpa satu entry setiap hari. 
 
Blogger Sombong + Suka Kutuk Orang lain??

Pernahkah anda berjumpa dengan jenis blogger yang sebegini??Blogger yang sombong dan suka kutuk orang lain??Setakat angah berblogging,angah belum pernah lagi jumpa blogger yang sebegini,cuma angah pernah jumpa blogger yang mungkin tiada masa untuk membalas komen kita.
Bagi angah perkara sebegitu adalah normal.Sebab tak semua orang mempunyai waktu yang secukupnya.Macam angah sendiri,angah pun tak cukup masa untuk balas semua komen,angah hanya balas ikut yang angah mampu sahaja. 
Blogger yang sombong,sudah semestinya tidak akan disukai orang.Mungkin apabila blogger itu betul-betul sudah berjaya.Walau bagaimanapun,selagi hebat seseorang itu,bermakna selagi merendah diri orang itu. 
 
 Blogger Yang Baik Hati

Blogger yang baik dan rajin??Setakat angah berblogging,angah pernah jumpa ramai blogger yang baik dan rajin membantu blogger yang lain.Contohnya apabila angah dalam kesusahan aau bila angah ada masalah dalam blog,angah akan minta bantuan blogger lain,dan ternyata blogger itu sangat baik dan peramah.
Ada juga blogger yang akan menegur apabila kita salah dalam menghasilkan entry atau apa-apa berkaitan blog.Bagi angah itulah yang terbaik.Masing-masing menerima teguran dan nasihat orang lain. 

Sekian.

*Jadilah blogger yang bijak dan bukannya blogger yang senang dipijak!! :D

Read more ...

11 Februari 2014

Negatif atau Positif : Flappy Bird




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda bermain game ini?? GAME FLAPPY BIRD yang sedang hangat dimainkan oleh seluruh manusia yang mempunyai handphone Android mahupun Iphone.
Apa yang best,game ni mengajar manusia untuk rasa bersabar.Memang susah untuk main game ni sebenarnya.Pertama kali angah main, nak dapatkan markah 1 pun susah.Angah pernah tengok video orang frust main game ni,sampaikan pukul dan baling2 handphone nya sehingga rosak. Nampak sangat orang tu jenis yang tak sabar kan?? 
 Angah rasa dari sudut positif,game ni boleh membuat angah kenal siapa yang sabar dan siapa yang tidak sabar.



Dari sudut negatif,game ni membuatkan orang ramai leka.Ya,leka kerana asyik bermain game ini.Tidak dinafikan,angah turut bermain game ini,tetapi tidaklah sampai terlampau taksub seperti sesetengah orang. 
Dengar cerita,pencipta game ini sendiri telah pun membunuh diri akibat tertekan.Dan kalau anda nak download game ini di google play store,sudah terlambat,sebab mereka sudah delete aplikasiini di laman web tersebut.Hanya mereka yang awal sahaja yang boleh download.
Sebab apa mereka delete,angah sendiri pun tak tahu.Apa-apa pun game-game jugak..tapi janganlah sampai lupakan hal-hal lain. 
 Sekian.

Read more ...

Garang atau Sayang : Bapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kasih Bapa.

Kadang-kadang kita tidak tahu betapa sayangnya ayah terhadap kita.Mungkin mereka hanya memendam rasa.Apa yang angah nak tunjuk kat sini adalah betapa sayangnya dua bapa ini terhadap anak mereka.
Gambar Pertama :- 

Kelihatan seorang bapa yang sedang menyelamatkan anaknya daripada ditembak oleh pihak Israel. Nama anaknya Muhammad, pada ketika awalnya,mereka berdua berlindung di sebalik dinding konkrit.Bapanya mencuba untuk selamatkannya.Bapanya menjerit, "Don't Shoot!!!" kepada askar-askar Israel,malangnya tembakan terus dibuat,bertalu-talu.

Muhammad terjatuh di atas riba bapanya.Akhirnya Muhammad dan bapanya mati ditembak.
Betapa bapanya menjaga anaknya sehingga akhirnya kedua-dua mereka menghembuskan nafas terakhir. 

Gambar Kedua :-
Kelihatan bapa kepada seorang bayi yang sudah dikafankan tidak sanggup meninggalkan jenazah anaknya walaupun ketika itu anaknya sudah mahu dikebumikan.
Kasih sayang yang ditonjolkan begitu membuatkan angah rasa sedih.Sayangnya bapa terhadap anak tidak dapat digambarkan melalui perkataan. 
Pengajarannya :-
Sebagai seorang anak,anda sepatutnya berbakti kepada ibu bapa dan bukannnya sekadar buat-buat lupa dengan mereka.Mungkin mereka tidak menunjukkan apa apa perasaan tetapi jauh di hati mereka,mereka inginkan anak mereka bersama dengan mereka.Jangan sampai nanti menyesal apabila mereka sudah tiada.
Sekian. 
 Lihat Entry : http://www.diarijejakahangat.com/2014/02/catatan-untuk-mak.html

Read more ...

Dua Persoalan : Handphone + Obesiti



Persoalan Pertama :-

Yang mana satukah adalah hanphone anda yang pertama??

Masih angah ingat,phone pertama yang angah tengok adalah henset milik ayah angah.Motorola yang mempunyai antena.Lawak pulak kalau nak diingatkan balik.Rasanya ketika itu angah masih di sekolah rendah.
Kemudian orang kedua yang mempunya henset di rumah angah adalah mak angah.Iaitu henset Nokia 3310.Ketika itu hanya mak dan ayah angah sahaja yang mempunyai henset. Beberapa tahun kemudian,kakak angah pula yang mendapat telefon bimbit.Akhirnya pada hujung tahun 2012,angah sendiri pulak yang dapat phone sendiri. 
Sekarang dalam family angah,hanya adik angah yang darjah 5 sahaja yang masih belum mempunyai henset sendiri.Kalau dulu,semua henset tekan-tekan..tapi sekarang semuanya touch screen.Memang hebat. Apa yang dapat dilihat,perubahan henset di dalam family angah turut mengikut trend semasa. :D 
Bagaimana pula dengan anda??Apakah jenis henset yang pertama anda gunakan??Dan pada bila??Jom kongsikan.. 

Persoalan Kedua :-
Malaysia Negara Tergemuk di Asia Tenggara?? 

Sungguh tidak disangka apabila Malaysia dinobatkan sebagai negara paling tinggi rakyatnya mempunyai berat berlebihan.Dari sudut positif,ia menunjukan bahawa rakyat Malaysia banyak makan + mempunyai rezeki yang banyak serta harta yang melimpah ruah berbanding negara lain.
Manakala dari sudut negatif pula,ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat malas untuk bersenam.Anda boleh tengok sendiri apabila berjalan di sebuah pasar malam.Rata-rata ramai yang mengalami penyakit obesiti. 
 Kesihatan amat penting.Orang selalu mengatakan bahawa orang yang berbadan besar + obesiti ini adalah orang yang sihat.Tetapi sebenarnya orang yang sihat dalam erti kata yang sebenar adalah orang yang mementingkan kesihatan dari segala aspek.
Sekian 

Read more ...

10 Februari 2014

Catatan Untuk Mak


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kadang-kadang angah terfikir,bila dah lama sangat angah tak call mak angah,adakah mak angah akan sedih??Angah terbayang wajah mak angah yang sedang menangis menunggu anaknya pulang ke rumah.Angah takut suatu hari nanti,mak angah tunggu angah balik,tapi angah dah tak balik-balik..
Angah risau nanti kalau-kalau angah akan lupakan mak angah sebagaimana si tanggang,angah risau kalau lepas angah dah kahwin nanti,angah akan lebihkan isteri tanpa melihat kepada mak sendiri.Macam mana perasaan mak ketika itu?? 



Masih teringat lagi,ketika mak siap-siapkan angah untuk ke tadika dengan sekolah rendah.Ketika itu,mak masih muda.Mak siapkan pakaian angah,pastu hantar angah ke van.Bila angah balik rumah,mak sambut angah dengan muka gembira.Tanya apa yang angah belajar hari itu.
Tapi sekarang mak dah semakin tua.Sekarang mak dah tak payah siapkan angah,sebab angah sendiri dah boleh berdikari,tetapi secara jujurnya angah nak mak tahu,yang angah rindu semua tu. 


Angah rindu nak berada dalam pelukan mak.Rasa kasih sayang seorang ibu.Bila angah masuk sekolah menengah,angah terpaksa tinggal di asrama.Kebanyakan hari-hari yang angah lalui tanpa mak.Angah hanya call mak bila angah rasa angah nak call. Ketika itu,angah dah rasa yang mak mesti akan rindu angah
Kalau time hari sabtu atau ahad,bila mak datang,mak akan tanya macam2 tentang angah,angah dah makan ke belum.Minggu ni buat apa. Semua mak tanya.Dan yang paling angah terharu bila mak beli macam-macam untuk anak lelaki mak ni.Angah rindu mak.Angah rindu mak.


Bila angah masuk universiti,angah semakin jauh dengan mak.Angah semakin sibuk dengan pembelajaran sampaikan kadang-kadang angah lupakan mak.Tapi angah tau yang mak tak pernah lupakan angah.Angah tahu bukan abah sorang je yang cari rezeki,mak pun sama juga.Setiap hari mak menjahit baju untuk cari duit nak bagi kepada anak-anaknya.
Masih angah ingat ketika raya suatu masa dahulu.Mak sangat sibuk siapkan baju raya orang lain.Sampaikan baju raya angah mak hanya mampu siapkan pada pagi raya.Mak akan pastikan anak-anaknya memakai baju raya baru.Biarlah kalau mak sendiri pun tak pakai baju raya.
Apa yang angah boleh cakapkan adalah angah sentiasa doakan mak,semoga mak sihat sentiasa.Angah tahu setiap hari mak akan doakan angah.Angah cuma kesian dekat mak sebab kena berkerja lagi sedangkan anak dah besar.Angah harap mak boleh bersabar untuk tunggu angah mendapat pekerjaan.In sha Allah angah akan berikan gaji angah kepada mak dan abah. 
 Angah sayang mak!!

 Sekian.

*Entry ini angah buat dengan penuh rasa sedih dan rindu pada mak angah,Noriah Binti Halim.

Read more ...

Isteri Yang Baik



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Isteri Yang Baik ...yang sentiasa menghiburkan hati suaminya disaat suaminya dalam kesedihan atau kemarahan dan sentiasa menenangkan suaminya apabila buntu mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah.
Isteri Yang Baik ...yang sentiasa senyum pada suami tak kira masa...dan bertutur dengan baik serta kemanjaanya.
Isteri Yang Baik...tidak pernah berkira dengan suaminya...tidak pula meminta apa-apa selain dari kasih sayang suaminya. 

Betul atau tidak?

Kalau bercinta,angah lebih suka bercinta selepas kahwin.Sebab lagi sweet kononnya.Kalau bercinta sebelum kahwin,angah rasa akan lagi banyak dosa yang akan dilakukan.Teringin jugak nak jadi macam cerita dalam novel,bila dikahwin paksa,dan pengakhirannya hidup bahagia.Tapi lagi bahagia apabila cinta itu disulami dengan keislaman. 
 Sekian.


Read more ...

Review Blog Hangat


Assalamualaikum dan salam sejahtertera.

Rasanya dah lama angah tak buat review kan??Jadi sekarang angah nak review 2 blog bertuah.Sebenarnya angah dah mintak dah link blog di FANPAGE DJH semalam,jadi blog yang terpilih ialah mereka yang akan angah review untuk hari ini.




Blog yang comel dan cantik ni sudah semestinya dimiliki oleh blogger JOHOR.Macam mana angah boleh tahu?Tengok di header blog tu pun dah tahu kan?? Blog yang cantik dan comel ni rasanya masih lagi bersekolah.Apa-apapun teruskan berblogging,cuma jangan lupakan pelajaran.Blog yang cantik dan menarik.
Angah bagi : 4 Bintang 





Blog yang seterusnya.Dengar nama blog pun macam dah hebat kan??? Aku Penghibur,sudah semestinya banyak perkara hiburan di situ?Apa yang angah dapat lihat,buakn setakat hiburan tapi banyak juga entry-entry berunsur nasihat,tips-tips dan info yang diberikan.Maknanya blog ni lengkap dengan segala benda yang kita perlu tahu.Tak gitu??Apa pun bagi angah blog ni best,dan angah selalu jadi silent reader je.Hehe..
Angah bagi : 4 Bintang

Pemarkahan : Memang ada 4 je bintang hehe.Blog angah pun bukan nya best sangat??Kalau best k 
Read more ...

9 Februari 2014

"Saya Nak Jual Blog DJH."




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kali ini angah nak menulis tentang blog DJH.Dah lama rasanya angah tak menulis tentang blog kesayangan ramai ini.ye ke?? Haha..

Pertama :-
Begitu banyak broken link dijumpai dalam blog angah.Gambar yang di atas adalah buktinya sebanyak 131 broken link dijumpai.Kenapa jadi macam ni eh?Angah rasa mungkin disebabkan oleh entry-entry terdahulu tentang peserta2 GA/SEGMEN yang pernah angah anjurkan.
Dan cara untuk angah buang,sudah tentunya dengan membuka setiap satu,kemudian delete satu persatu.Aduss... lambat kut nak habis :(

Kedua :-


Dalam beberapa hari ini,seringkali entry-entry angah menerima komen SPAM daripada anonymous.Contoh ayatnya :
Today, I went to the beach with my children. I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put the shell to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear. She never wants to go back! LoL I know this is completely off topic but I had to tell someone! Also visit my web site ... กิฟฟารีน 
Memang komen-komen sebegini mengganggu angah.Hampir 50 komen untuk setiap entry. Solution terbaik??Kita padam komen-komen sebegini.

Ketiga :-

Harga keseluruhan blog angah adalah : $ 4154!!! Sungguh tak disangka blog angah semahal sebegitu.Jadi kepada anda semua yang berminat nak beli,bolehlah kumpul duit banyak tu dulu,pastu baru boleh beli blog angah.*Tu pon kalau ada yang berminat.Hehe
Sebenarnya bukan angah nak jual blog pun,cuma saja nak chek value blog angah.Barulah kita akan rasa betapa mahal dan murahnya blog kita sendiri.
Sekian.

Read more ...