9 Februari 2014

"Saya dengki dengan Awak."



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Cuba kau tengok dia tu,setiap kali exam mesti dia boleh skor.Aku jeles dengan dia.Tengoklah suatu hari nanti,aku curi buku-buku dia,at last dia tak boleh nak study..hahahah.."
Pernahkah anda berjumpa dengan orang yang sebegini rupa?Jenis yang mendengki terhadap orang lain?Inilah orang yang paling dibenci angah sendiri.Apabila berhadapan dengan orang macam ni,kita semestinya perlu berani untuk pertahankan hak kita sendiri.
"Aku nak sabotaj kedai sebelah aku ni.Nanti pelanggan-pelanggan dia lari,datang kedai aku.Kahkahkahaah.."

Kemis yang iri hati terhadap orang lain.Sebenarnya persaingan yang ada sebaiknya dilakukan secara positif.Bersaing secara positif.Itulah yang terbaik.Kadang-kadang bila angah berhadapan dengan orang macam ini,untuk kali pertamanya angah rasa macam nak berputus asa,tapi angah sedar bahawa orang macam ni tak patut dilayan.Dia cuma tidak dapat merasa apa yang kita rasa.
Kalau angah jadi orang tu??

Kalau angah jadi orang tu,angah rasa lebih baik angah majukan diri berbanding sabotaj orang lain.Orang yang kita sabotaj tu mungkin akan lebih berjaya selepas itu,kita pulak??Masih ditakuk yang sama??
Usaha Tangga Kejayaan

Tanpa usaha tiada sesiapapun mampu berjaya.Sedangkan nabi pun berusaha untuk sebarkan agama inikan pula kita yang tidak seberapa ini.Percayalah kejayaan itu ada pada setiap orang,cuma lambat atau cepat serta dilakukan dengan usaha atau pun tidak.
Sekian.

10 ulasan:

  1. nak dengki apa, usaha dari diri masing-masing, usaha lebih pulangannya lebih... tiada sebab untuk iri hati....

    BalasPadam
  2. Sama lah... ad sorang bdk dlm kelas aisyah tu.. ntah ape2 yg dia dengkikan ntah..bila nmpk je muka aisyah.. buat muka tajam ngan sinis.. pastu dahlah suka mengaibkan dan mengumpat orang lak tu.. hish grm tul lah!! xpi..sbr jela :(

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum dan salam berhujung minggu dik...mohon di jauhkan dari sifat hasrat dengki dalam diri..nak berjaya kenalah berusaha demi untuk mencapai kejayaan...

    BalasPadam
  4. Betul tu.. tak baik dengki dengki.. setiap orang ada rezeki masing masing.. hehehe.. :)

    BalasPadam
  5. Jangan dengki, lepaskan segalanya daripada bersarang dalam hati!

    BalasPadam
  6. Bertanding dengan cara sihat.jauhkan diri dari sifat dengki.nak envy pon jangan pernah terniat untuk buat perkara buruk dan tak baik kepada orang lain.

    BalasPadam
  7. Mari kita muhasabah diri.jgn biarkan perasaan PHD berleluasa.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.