29 Mac 2014

Data Terkini : DJH



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Statistik terkini pageview DJH adalah seperti di sebelah. Alhamdulillah,kalau dulu angah sangat sukar untuk dapat pageview lebih dari 500 sehari,tapi setakat hari ini,sudah lebih 1500 pageview untuk setiap hari.Alhamdulillah,berkat usaha yang tak sia-sia..

Gambar di sebelah ini pula menunjukkan ranking Alexa terkini blog DJH.Alhamdulillah sudah berada di bawah 300 000 untuk Global Rank. Tak sangka. Cuma yang agak menyedihkan adalah ranking dalam Malaysia jatuh merudum.Hal ini angah rasa sudah semestinya disebabkan oleh entry-entry angah yang tiada setiap hari. Ahhaha.. Bukannya apa..Angah busy. Sekarang tak busy ke?? Sekarang angah tengah exam week.So nak lepaskan tension dengan berblogging lah kan??
Sekian.


Read more ...

28 Mac 2014

Pageview Normal : Bagus


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah..

Walaupun angah dah lama tak buat entry yang betul-betul berkualiti *cewah..tapi pageview yang masuk setiap hari tidaklah begitu mengecewakan.Alhamdulillah,masih maitain di atas 1500 pageview untuk setiap hari.
Terima kasih kepada anda semua yang masih sudi singgah di blog yang dah berhabuk dan penuh dengan labah-labah ini.Apa-apa pun jangan lupa untuk terus setia dengan blogger-blogger hebat di luar sana.
Oh lupa pulak,jangan lupa dengan kemunculan semula DJH pada bulan April nanti.
Sekian.
Read more ...

Biarlah Rahsia : Diari Jejaka Hangat



Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Pernahkah kau bermimpi seketikaBerada di tempat kuMembayangkan pahit manis berlaluEntah siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakanBerdepan dengan kata menyesatkanTak kan tugumu tegakTiada pertimbangan
Keheningan malam membalutkanKepayahan jiwa meluahkanAndai kau jujur memahamiTiadaku menjauhi
*Dan kisahku yang masih panjangMenambahkan berat yang memandangLantasku pendam ku putuskanBiarlah rahsiaSemakin aku hidup dalam cintaTiada kuasa mampu menghalangnyaHentikan kata-kata bertulangkan dusta

Dan kisah ku yang masih panjangMenambahkan berat yang memandangLantas ku pendam ku putuskanBiarlah rahsiaPernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...
Sekian 

Read more ...

20 Mac 2014

Kemunculan Semula DJH


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berhubung dengan ketidak aktifan blog DJH pada ketika dan masa ini. Saya,selaku owner blog DJH ,berasakan cukup rendah diri untuk meminta maaf kepada anda semua yang masih mengikuti atau yang masih membuka blog DJH.
Terima kasih diucapkan kepada anda semua yang masih menyokong DJH sehingga ke hari ini. Saya ingin memberitahu bahawa DJH tidak akan beroperasi seperti biasa sehingga ke tarikh yang telah ditetapkan.Sebenarnya bukannya apa,cuma kekangan masa untuk mengupdate blog.
DJH akan kembali beroperasi pada tarikh dan butiran seperti berikut:-


 13 April 2014
Untuk pengetahuan semua,DJH juga akan berwajah baru.Nantikan wajah baru blog DJH serta Fanpage DJH untuk kemunculan semula nanti. Sekian. 
Read more ...

19 Mac 2014

Perwira: Debut Concert


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Save the date everyone!
A debut concert for Persatuan Wind Orchestra Fakulti Muzik UiTM (Perwirafm). Few interesting pieces will be performed such as inspiration point, ride and persistence. Tickets are now available.
For Further inquiries, do contact:
Syafiqa Zulkifli 013-2717433
Hazrin Hj Ishak 018-3527908
Perwirafm 03- 55227218
School student : RM5
IPTA & IPTS student :RM10
Others : RM15 —

https://www.facebook.com/events/273529809477101/?ref_newsfeed_story_type=regular

Penjelasan :
Hai semua,pada hari sabtu ni,angah dan rakan-rakan serta pasukan wind orkestra UITM akan mengadakan sebuah koncert debut di auditorium Cempaka Sari,Putrajaya. Sebuah konsert yang diadakan untuk memperkenalkan pasukan Wind Orkestra Uitm kepada khalayak ramai.
Angah merupakan salah seorang daripada ahlinya.Angah akan bermain instruent bass clarinet pada malam yang bersejarah itu. Angah harap anda boleh datang dan support angah.* Cewah.
Untuk pengetahuan semua,angah agak kurang update blog kerana menumpukan perhatian untuk konsert ini juga.Jadi,angah harap berbaloi apabila angah fokus terhadap konsert ini.Kalau korang nak datang,boleh je call number fon di atas dan boleh book tiket dah!!
Murah je kan?? Tak macam konsert2 lain.Apa- apapun doakan konsert angah berjaya!! :D
Sekian. 
 
 
 
 
Read more ...

16 Mac 2014

Habis kan semester !!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah dapat juga angah utk update entry kali ini. Bukannya apa,beberapa hari yang lalu,angah telah ke suatu event yang sangat2 best. Nak tahu event apa? Nantikan entry tentangnya. Event itu berlangsung agak lama ,jadi memang susah untuk angah update entry memandangkan internet yang tiada di kawasan itu.
Nampaknya angah di penghujung semester,tak sabar nak habiskan semester ini dan terus dengan cuti semester!!!
Sekian. 
 
Read more ...

11 Mac 2014

Kesusahan : Berakhir


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Nampaknya sudah kurang angah hasilkan entry-entry untuk setiap hari.Bukannya angah sudah tidak mahu blogwalking.Ada banyak perkara yang angah belum settlekan lagi.Ya,komitmen yg banyak untuk hal-hal study.Biasalah kan,sekarang kan dah nak final exam.Memang banyak assignment nak kena siapkan.
Minggu ni berakhir KESUSAHAN.

Minggu ni adalah minggu terakhir kelas untuk semester ke dua.Semester yang agak memenatkan tapi FUN. Mula-mula bukak semester time Disember 2013,rasa macam lambatnya nak habis semester.Tapi sekarang dah memang di penghujung semester pun.
IN SHAA ALLAH

Angah akan kembali aktif ketika cuti semester.Walau apapun angah rasa bersyukur sebab dalam mood tak aktif berblogging ni,angah still menang contest yang Kak Mialiana anjurkan tempoh hari.Nampaknya lepas ni nak kena review la!! :D
Sedih.
Kenapa angah rasa sedih pula? Sebab tak dapat join event terbesar blogger iaitu SBB  : Sepetang Bersama Blogger. Pada awalnya angah merancang untuk join event tu,tapi akhirnya angah mempunyai aktiviti lain di hari yang sama.Nampaknya bukan rezeki angah untuk join event itu. Sekian. 
 

 
Read more ...

9 Mac 2014

Flight MH370 : Sayu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Rasa-rasanya kisah yang paling hangat diperkatakan bukan sahaja di Malaysia,tetapi di seluruh dunia adalah sudah tentunya kes Pesawat Mas MH370 yang dilaporkan hilang.
Betapa sayunya hati bila memikirkan akan kejadian yang tidak diingini ini. Kadang-kadang angah terfikir,adakah ini bukti bahawa Allah Maha Kuasa? Ada beberapa orang yang boleh lagi menjadikan isu ini sebagai lawak semata-mata.
Dimana Sifat Kemanusiaan Anda??

Sedih apabila melihat rakan-rakan atau sahabat2 di media sosial yang sanggup mengaitkan kejadian ini dengan politik.Inilah akibatnya bila perkataan politik sudah terpahat kukuh di minda.Segala hal semuanya ingin dikaitkan dengan hal-hal politik.
Punca Rakyat Bersatu??

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini,tanpa perbezaan politik yang rasanya sekarang ini terlalu + terlampau taksub dengan masing-masing punya pemikiran politik,inilah penyatuan rakyat yang mungkin telah dirancang oleh Pencipta??
Kurang Baik
Apa yang kurang sedap didengari adalah apabila ada pihak-pihak yang memberikan maklumat palsu sehinggakan sudah berjuta-juta orang menyebarkan maklumat itu sedangkan ianya hanyalah rekaan semata-mata. Begitu juga bila ada yang mengaitkan kejadian ini dengan nombor di dalam QURAN. Mungkin ianya benar,tetapi bukankah itu sudah tergolong ke dalam  orang yang tidak benar? Mempercayai sesuatu yang tidak diketahui kesahihannya.
Sekian. 

Read more ...

8 Mac 2014

Percintaan Yang Halal : Gempar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bercinta Ketika Sedang Belajar
Pendapat Angah : Rasanya tak perlu kut,angah rasa time study,memerlukan komitmen yang banyak untuk kta fokus dengan pembelajaran kita.Kalau bercinta,bermakna akan bertambah lagi fokus atau komitmen diri kita. 

Bercinta Selepas Kahwin

Yang ini angah rasa macam best,sebab selalu ditonjolkan dalam drama-drama adaptasi novel di Televisyen.Kononnya akan Sweet,selepas kahwin sebab baru nak bercinta.Kalau sebelum kahwin dah bercinta,lepas kahwin terus jadi bosan.

Bercinta Sebelum Kahwin

Bagi angah oke je,cuma takut terlebih-lebih pulak.Dengan zaman sekarang ni,penuh dengan dugaan dan cabaran.Kalau ikut pilihan keluarga,dikatakan Kuno pulak.Apa-apapun kena pandai jaga diri dan memilih pasangan yang sesuai.

Bercinta Ketika Masih Di Sekolah 

Ini kononnya adalah cinta monyet,kenapa monyet??Sebab monyet bercinta time sekolah?? Entahlah,cuma rasanya kalau nak bercinta time sekolah,itu adalah sangat membazir masa.Tapi ada jugak yang terus bercinta sampai ke perkahwinan.

Bercinta Dengan Sesama Makhluk

Ini sudah semestinya.Macam mana pulak kalau bercinta sesama jenis? Kalau bercinta atas dasar sahabat oke lagi tu,kalau atas dasar nafsu.Pandai-pandai lah fikir yang haram dan halal.Ada jugak yang bercinta dengan kereta,jambatan,handphone,rumah dan lain-lain.

Bercinta Dengan Makhluk Lain
Bercinta dengan harta benda.Siapa yang tak sayang harta benda sendiri kan? Bercinta dengan haiwan??Kalau macam angah sendiri,angah bercinta dengan haiwan peliharaan angah iaitu,kucing.Macam mana pula dengan anda??

Bercinta Dengan Tuhan

Ini yang paling penting.Tanpa TUHAN,siapalah anda? Adakah anda akan tercipta secara sendirinya?? Fikirkan yang mana betul dan yang mana tidak betul. Sekian.



Read more ...

7 Mac 2014

Nak Negara Maju Atau Sebaliknya??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Rasanya angah terpanggil untuk bersuara untuk pihak yang ingin mencari kebenaran.Bukannya apa,sebagai seorang yang masih muda dan masih mempunyai akal fikiran yang cerdas,sepatutnya orang yang seusia angah sekarang ni sudah semestinya mempunyai pemikiran yang matang,dan mampu berfikir secara rasional.
Politik
Kalau ye pun anda tak suka mana-mana pemimpin,tak perlulah untuk terus kutuk + memaki mereka di tempat atau paparan yang boleh dilihat orang ramai.Ye,anda bukannya boleh mengundi lagi,walaupun nak menyokong,tapi janganlah sampai menunjukkan kebodohan yang nyata.
Apa yang angah lihat kadang-kadang,sesedap rasa je nak kutuk-kutuk bagai.Cuba bayangkan perasaan anak-anak mereka bila ibu dan bapa mereka dikutuk + dicaci maki macam tu? Cuba letak diri anda di tempat mereka? Nampaknya seperti ada manusia yang sudah hilang sifat manusia itu sendiri. Sanggup memaki manusia lain. Bila check2 balik,oh rupanya beragama Islam.Memang Islam ajar umatnya untuk memaki sesiapa sesuka hati??
Bukannya Memihak Ke Pihak Mana-mana

Angah tak berpihak ke mana-mana,cuma angah rasa,dah boleh nampak masa depan negara kita,apabila golongan remaja sekarang ni,yang masih belum mampu mengundi,sudah menunjukkan belang mereka.Kalau macam angah sekalipun,tak pernah angah nak post update tentang hal-hal politik,sebab angah tahu akan ada orang yang tak suka atau berlainan pendapat dengan angah.Angah tak suka nak bergaduh-gaduh disebabkan hal-hal politik.Sebab jelas,ia menunjukkan kebodohan yang nyata.
Suka untuk angah ceritakan bahawa,angah ada seorang kawan yang rapat.Kami sebenarnya berbeza pandangan politik.Dia memihak ke satu lain,angah pula memihak ke pihak yang lain.Tetapi yang lebih menarik adalah angah dan dia tak pernah berbincang tentang politik.Bila berbicara tentang hal-hal yang ingin masuk ke topik politik,terus di ubah tajuknya,kerana masing-masing khuatir akan terjadi pergaduhan selepas itu.
Banyak Yang Buruk Daripada Yang Baik
Sudah semestinya,lebih banyak yang buruk yang akan berlaku.Dan yang lebih pasti,makhluk yang bernama syaitan pastinya akan bertepuk tangan gembira kerana sudah berjaya membuatkan sesama manusia bergaduh.Good Job People.
Memang sudah semestinya ada pihak yang benar dan ada pihak yang salah.Cuma gunakan saluran yang betul.Ingatlah bahawa jika hanya tertumpu pada hal-hal politik,negara secara khususnya tidak akan maju,malah lebih kebelakang.
Sekian. 
Read more ...

Pemenang Bloglist 2 Bulan DJH


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah senarai pemenang yang memenangi BLOGLIST DJH untuk Bulan Mac dan April.Tahniah diucapkan.Angah akan update blog2 ini di dalam bloglist DJH dalam masa yang terdekat.Anda yang terpilih juga diminta untuk meletakkan blog DJH dalam bloglist blog anda secepat yang mungkin!!




  1. http://betapunyadunia.blogspot.com/
  2. http://worldeddyobby.blogspot.com/
  3. http://didi-the-kaito.blogspot.com/
  4. http://akuainkausiapa.blogspot.com/
  5. http://farhanazulkafli-96.blogspot.com/
  6. http://www.tepakku.com/
  7. http://chenta-taugeh.blogspot.com/ 
  8. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
  9. http://wafiremli.blogspot.com/
  10. http://nuramalia32.blogspot.com/
  11. http://senyumanmumanis.blogspot.com/
  12. http://yangbaik.blogspot.com/
  13. http://nadhirahafieqah.blogspot.com/
  14. http://ceritamayapersada.blogspot.com/
  15. http://nazirahnyerr.blogspot.com/
  16. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
  17. http://shairadiaries.blogspot.com/
  18. http://peningkah.blogspot.com/ 
  19. http://justforfund.blogspot.com/
  20. http://pelangiraudhah.blogspot.com/ 
  21. http://aswadz.blogspot.com/
  22. http://whiteroses2013.blogspot.com/
  23. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/
  24. http://www.lamanprincess.blogspot.com/
  25. http://www.nurinaizzati.com/
  26. http://blogashalya.blogspot.com/
  27. http://natasya-pink.blogspot.com/
  28. http://syiralokman.blogspot.com/
  29. http://sheilashahfiekry.blogspot.com/
  30. http://www.linieynor.com/ 
Read more ...

4 Mac 2014

Tunjukkan Jalan Yang Benar : Dilema


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini angah nak luahkan apa yang terbuku dalam hati angah ini. Kiranya macam luahan perasaan.
Pertama :-
Kadang-kadang angah rasa macam jalan yang angah pilih sekarang adalah jalan yang salah.Ye,angah yang pilih untuk ambil bidang muzik.Tapi kalau dulu angah rasa bidang muzik adalah bidang yang senang,tapi sebenarnya bidang ini sangat susah.
Banyak cabaran,bukan sahaja dari segi ilmu atau dari pembelajarannya,tapi juga dari kehidupan sosial.Macam angah sendiri,kehidupan sosial angah agak kurang sekarang ini,kerana apa? Angah masuk fakulti pukul 8.15 pagi,lepas tu practice dengan kelas semua,balik pukul 11.00 malam.Masa bila angah nak bersosial??
Bagi angah sosial itu perlu,tapi jangan terlampau.Macam dekat fakulti angah sendiri,ada ramai orang yang terlebih sosial.Kalau angah nak ceritakan kat sini,nanti aib pulak.So better angah pendamkan yang itu.
Kedua :-

Kadang-kadang angah rasa penat untuk berblogging.Penat sangat.Tapi bila angah fikir balik,angah sudah pun membuat pelaburan dalam blog,dengan membeli domain,angah rasa macam sayang pula nak berblogging.Mungkin sekarang ni mood dah berkurang.Angah nak join contest pun angah rasa dah tak mampu.
Sayang nak tinggalkan blog ni.Kalau lah ada admin lain yang sanggup untuk update blog ini?? Hehe,tak perlu kut.Mungkin sekarang ni angah agak busy sampaikan mood utk berblogging tak muncul juga.Walaupun tak banyak entry yang angah buat untuk satu hari,tapi pageview harian tetap maintain.Itu yang angah suka.

Sekian.


 *Perhatian : Sila berikan Pandangan Bernas Anda. :)
Read more ...

3 Mac 2014

Menghitung Hari : Arghhh



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Penat dengan segala-galanya.Hanya rasa seperti hidup di atas bayang-bayang sahaja. Kadang-kadang nak bernafas seperti sempit sangat.Mengapakah ini terjadi??
Bila tidur,mimpikan hal yang sama berulang kali.Seringkali terjaga di tengah malam dengan keadaan peluh.Adakah ini petanda?? Menghitung hari??
Orang kata kadang-kadang ini petanda dari pada Allah S.W.T supaya kita berehat sebentar daripada segala aktiviti,tetapi angah tidak boleh.Komitmen yang tinggi diperlukan.Mereka perlukan angah untuk lancarkan aktiviti itu.
Arghhh 
 
 


Read more ...

2 Mac 2014

Shah Alam ke Putrajaya : Terbaik



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni angah nak cerita tentangsuatu pengembaraan yang sangat menarik.Haha,bukannya apa pun,just angah dengan kawan-kawan angah hangout ke tempat-tempat menarik.

4 orang yang pergi iaitu angah sendiri,Rushdan, Fatin,Mandy.Semuanya adalah budak-budak fakulti muzik Uitm.Ini adalah ketika kami di Bentley Music,Damansara.Memang best,Itu adalah tempat persinggahan pertama kami.Dah sememangnya student muzik,jadi memang excited la bila masuk tempat-tempat yang penuh dengan barang-barang muzik.
Ada kawasan untuk gitar,piano,brass + woodwinds,percussion.Memang best.Ini bukan kali pertama angah ke sini,dah banyak kali dah semenjak angah jadi student Uitm Shah Alam.Tapi setiap kali angah pergi sana,memang rasa excited.Apa-apapun tak sabar nak pegi lagi ke Bentley Music,Damansara. 




Kemudian,perjalanan diteruskan lagi ke Pusat Sains Negara.Walaupun kami semua student muzik,tak bermakna kami tak perlu ambil tahu tentang sains kan?? Sebenarnya angah suka sains,tapi minat angah lebih kepada muzik.Memandangkan peluang pekerjaan yang agak banyak dalam bidang muzik.
Lupa nak cerita, 4 orang yang pegi ni,kesemuanya adalah pianist kecuali angah.Hebat kut diorang main piano. 
Angah sorang je yang main clarinet.Haha,biarlah asalkan kita happy kan?? 



Akhirnya sampai juga di Pusat Sains Negara. Apa yang angah boleh gambarkan adalah ia tak ubah seperti ketika kami di Petrosains. Cuma yang berbeza adalah penambahan beberapa pameran serta di Pusat Sains Negara lebih besar.
Apa yang menarik adalah terdapat Pameran Rumah Yang Ditinggalkan. Science of Fear. Memang best. Ia seperti pengalaman kita ke sebuah rumah yang ditinggalkan,terdapat sains di situ.Dari segi penampakan hantunya.Memang berbaloi. Dan yang paling best adalah ketika kita sendiri boleh menakutkan orang lain!! Kemudian terdapat rumah rama-rama. Sebenarnya bukan ada rama-rama sahaja,tetapi juga terdapat kura-kura,kala jengking,katak,arnab,orkid,cactus,ikan..dan banyak lagi.memang best masuk dalam tu,terasa seperti di alam fantasi. 

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Putrajaya.Walaupun angah dah beberapa kali ke Putrajaya,tetapi angah tetap excited utk ke pusat pentadbiran Malaysia ini.Kononnya kami smeua nak singgah di masjid Putrajaya ini,tetapi memandangkan orang yang sangat ramai serta parkir yang sangat susah nak jumpa,kami tukar plan ke masjid Sultan Mizan.
Apa-apapun angah tetap rasa teruja tengok bangunan-bangunan di Putrajaya.Sangat elegan dan menarik untuk dilihat. 


Kami singgah di jambatan yang menarik ini.Sempat mengambil beberapa gambar untuk di jadikan gambar kenangan.Angah juga sempat tangkap gambar bangunan yang menarik.
Selepas itu kami ke Alamanda Putrajaya.Shopping buku di sana,memandangkan semua dah dapat Baucar Buku 1 Malaysia.hehe.Kemudian kami pulang ke Shah Alam,dan sampai pada pukul 11.00 malam.
Kesimpulannya
Pengembaraan yang sangat best.Angah suka bila mana kita keluar bersama rakan-rakan yang sekepala.Angah tak suka kalau kita ke tempat-tempat yang angah tak suka dan keluar dengan orang-orang yang angah tak suka. Haha.
Sekian.

*Nantikan entry review blog!! 
Read more ...