9 Mac 2014

Flight MH370 : Sayu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Rasa-rasanya kisah yang paling hangat diperkatakan bukan sahaja di Malaysia,tetapi di seluruh dunia adalah sudah tentunya kes Pesawat Mas MH370 yang dilaporkan hilang.
Betapa sayunya hati bila memikirkan akan kejadian yang tidak diingini ini. Kadang-kadang angah terfikir,adakah ini bukti bahawa Allah Maha Kuasa? Ada beberapa orang yang boleh lagi menjadikan isu ini sebagai lawak semata-mata.
Dimana Sifat Kemanusiaan Anda??

Sedih apabila melihat rakan-rakan atau sahabat2 di media sosial yang sanggup mengaitkan kejadian ini dengan politik.Inilah akibatnya bila perkataan politik sudah terpahat kukuh di minda.Segala hal semuanya ingin dikaitkan dengan hal-hal politik.
Punca Rakyat Bersatu??

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini,tanpa perbezaan politik yang rasanya sekarang ini terlalu + terlampau taksub dengan masing-masing punya pemikiran politik,inilah penyatuan rakyat yang mungkin telah dirancang oleh Pencipta??
Kurang Baik
Apa yang kurang sedap didengari adalah apabila ada pihak-pihak yang memberikan maklumat palsu sehinggakan sudah berjuta-juta orang menyebarkan maklumat itu sedangkan ianya hanyalah rekaan semata-mata. Begitu juga bila ada yang mengaitkan kejadian ini dengan nombor di dalam QURAN. Mungkin ianya benar,tetapi bukankah itu sudah tergolong ke dalam  orang yang tidak benar? Mempercayai sesuatu yang tidak diketahui kesahihannya.
Sekian. 

8 ulasan:

  1. berdoa keselamatan mrk bersama pesawat yg hilang bukan menambah kekusutan yg mengelirukan....

    BalasPadam
  2. Bersyukur dengan penyatuan rakyat Malaysia: )

    BalasPadam
  3. Semoga mereka cepat-2 ditemui . So tragedic ... Hope Allah Ease them :(

    BalasPadam
  4. hanya Allah S.W.T saja yg mengetahuinya..sama2 la kita panjatkan doa moga semuanya dalam keadaan selamat

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum angah. semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS MH370...

    BalasPadam
  6. Berdoa agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah.

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.