30 April 2014

Wordless Wednesday 25 : Rakyat Mesir



Read more ...

Fanpage Facebook Terbaik!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Akhirnya siap juga entry untuk angah promote Fanpage2 mereka ini. Sebanyak 14 fanpage termasuk fanpage DJH telah angah dapat daripada status DJH di fanpage. Terima kasih diucapkan kepada anda yang telah memberikan link fanpage anda.

Sebenarnya ada kelebihan bila kita like fanpage-fanpage ini. Antaranya adalah bila kita like fanpage ni,sudah semestinya bila kita nak join Giveaway atau Segmen yang diorang buat,kita dah tak perlu nak like lagi fanpagenya.
Selain itu,boleh jugak kita dapat update daripada fanpage-fanpage ini.Kalau-kalau mereka nak review blog ataupun sampaikan apa-apa info.
Jadi,apa kata kita LIKE fanpage-fanpage ini!! 


Sekian,terima kasih.
Read more ...

Cara Solat Taubat Nasuha

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kali ini angah nak kongsikan dengan anda semua cara untuk menunaikan solat sunat taubat.Kebanyakan orang sekarang ni melakukan dosa dan ingin berubah.Jadi angah rasa cara yang terbaik adalah dengan menunaikan solat taubat.
Syarat-syarat taubat : 
1. Ikhlas ingin bertaubat2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya5. Dikerjakan sebelum ajal tiba 
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya. 
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. 
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya 
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30) 
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera 


CARA SOLAT TAUBAT 
1.  Niat Solat Taubat:“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” 
  2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah: 
Rakaat pertama:   Surah Al-KafirunRakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas 
 3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali: 
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” 
 4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar: 
a. Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. 
  b. 


Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan. 
 c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar: 
 
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.” 
  5.  Baca Doa Taubat 
Tidak ada bacaan doa khusus selain dari istighfar selepas solat. Berdoa memohon ampun daripada Allah swt. Boleh jadikan Penghulu Istighfar sebagai doa..

 MASAWaktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.



Read more ...

Promote Fanpage #2



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah. Pagi ni angah nak buat satu pengumuman!! Ada sesuatu yang menarik di FANPAGE !! Angah akan promote fanpage facebook sesiapa yang letakkan link fanpage mereka di status tersebut.
Senang je kan nak join?? In shaa Allah,anda punya Likers akan bertambah dan seterusnya membuatkan fanpage anda lebih dikenali ramai. Tak tahu kat mana fanpage DJH??

Pencarian Fanpage akan berakhir pada 10.00 pagi,30.4.2014 iaitu hari ini!! Jom cepat2!!! :)
 

Read more ...

29 April 2014

Bidang Muzik : Satu Kesalahan Besar??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebenarnya angah nak cerita la jugak,kenapa angah betul-betul minat dalam bidang muzik ni. Ya,memang kebanyakan orang melarang angah untuk terus melangkah ke dalam bidang yang dikatakan HARAM ini.
Masih ingat lagi tentang entry-entry sebelum ini,ada beberapa pandangan daripada rakan-rakan blogger,yang menyatakan supaya bidang muzik ini sepatutnya angah jadikan sebagai hobi sahaja. Ada juga yang mengatakan bahawa bidang ini,tidak memberi manfaat langsung kepada sesiapa pun.

Macam mana angah boleh minat muzik??

Angah akui,tiada langsung sedara mara mahupun keluarga terdekat yang meneruskan pengajian dalam bidang muzik. Jadi sudah semestinya bukan daripada pengaruh keluarga. Ceritanya bermula ketika angah di tingkatan 1,angah dapat kelas Muzik. Dari situ,angah belajar dan tahu tentang Pancaragam. Selama 5 tahun angah di sekolah menengah,angah sangat aktif dalam pancaragam.
Ketika angah di sekolah rendah,angah langsung tak minat muzik.Angah masuk pertandingan bersajak,lepas tu menang tempat pertama,angah dapat hadiah Recorder. Tapi angah tak main pun alat muzik tu. Bila time kelas muzik,angah dengan kawan angah main-main je kat belakang kelas.
Jadi,jelaslah disini bermulanya minat angah dalam bidang muzik sejak tingkatan 1 lagi.
Kenapa angah boleh minat muzik? Apa yang bestnya??

Sebabnya ialah,angah suka perasaan bila dapat bermain alat muzik.Bila kita dapat memainkan sesuatu lagu dengan jayanya. Sebab apa? Sebab sebelum kita dapat bermain muzik dengan bagus,sudah semestinya kita akan berlatih secukupnya. Angah paling suka bila part berlatih. Kita dapat tengok macam mana prestasi kita,daripada bermain lagu tak sedap,sehingga menjadi sedap di dengar.
Lagi satu,angah dulu adalah ahli orchestra,jadi angah suka bila satu kumpulan ramai dalam 60-70 orang bermain alat muzik berlainan dan dalam waktu yang sama menghasilkan bunyi dan lagu yang sangat merdu.
Sekarang pula,angah masih dalam orchestra,tapi di dalam tahap yang lebih tinggi.Apa yang angah dapat belajar adalah,bila bunyi tu betul-betul dah bersatu dan dalam laras yang betul,sudah semestinya lagu yang dihasilkan akan menjadi betul-betul mendayu.

Kenapa tak pilih bidang lain??
Sebenarnya time selepas SPM,angah ada dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang dalam jurusan sains.Tapi setelah berfikir,angah rasa angah nak mencuba dalam bidang muzik. Angah tak rasa bidang muzik adalah sesenang yang orang lain anggap,tapi mungkin dengan kelebihan yang angah ada iaitu seorang student muzik di sekolah menengah,telah menjadikan ianya sebagai satu batu loncatan untuk angah  lebih giat dalam bidang muzik.
Selain itu,angah nak cabar diri angah untuk lebih maju dalam apa jua bidang yang angah lalui.Bila ada cabaran barulah kita akan tahu bahawa ianya adalah benar-benar sesuai dengan kita atau tidak.
Ada tentangan dari orang lain??


Itu sudah semestinya. Tentangan dan larangan daripada orang yang angah sayang iaitu IBU BAPA angah sendiri ,Cikgu-cikgu sekolah rendah,rakan-rakan serta rakan-rakan blogger. Tapi selepas angah terangkan dekat mak dan ayah angah,akhirnya mereka restui juga. 
Angah berikan contoh senior2 angah yang sambung bidang muzik. Mereka sudah berjaya.Angah nak jadi seperti mereka,dan kalau boleh,angah nak jadi lebih berjaya daripada mereka. In shaa Allah.

Apa yang angah nak tegaskan di sini,bidang Muzik ini bukannya HARAM. Apa yang menjadikan sesuatu itu Haram adalah apabila ia melalaikan dan menyebabkan kita tinggalkan suruhan Allah S.W.T.Sama juga dengan bidang-bidang lain,contohnya bidang perubatan,kalau melalaikan juga,ia menjadi Haram juga. Apa yang angah nak katakan disini,Muzik juga adalah satu cabang ilmu. Tak salah kalau kita nak mencari ilmu.
Apa yang penting adalah Iman. Iman dalam diri kenalah kuat. Selain itu,diri sendiri adalah penting,sebab kerana diri jugalah seseorang akan terpesong dan kerana diri juga seseorang akan berjaya. Selagi kita mampu menjaga diri dan batas-batas pergaulan,in shaa Allah sesuat yang kita buat itu,pasti akan di redhai Allah S.W.T.
Sekian. 
Untuk pengetahun semua,sekarang angah sedang menyambung pengajian di UiTM Shah Alam,Diploma Seni Muzik. Sekarang di semester 2 dan akan masuk ke semester 3 pada bulan 6 nanti. Alhamdulillah,result semester 1 angah cemerlang. :D
Read more ...

Your Wifi Connection



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selalu terjadi tak??

Ianya benar-benar terjadi pada angah.Kadang-kadang bila kita nak guna sangat internet,wifinya sangatlah tak laju. Bila kita tak nak guna,dia jadi laju pulak.
Sekian. 

Read more ...

Jenis-Jenis ZINA!!





Sabda Rasulullah…
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).




ZINA MATA
Jika mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala . Contohnya : Melihat aurat orang lain .

ZINA TELINGA
Jika telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah contohnya : Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan Islam . Mendengar umpatan dan carutan .

ZINA HIDUNG
Jika hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh Allah. contohnya “ Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita .

ZINA MULUT
Jika mulut itu digunakan pada perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : “ Menikmati makanan dan minuman yang dilarang/berkata-kata perkara yang tidak baik

ZINA TANGAN
Jika tangan digunakan untuk perbuatan maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) .Contohnya : “ Tikam “ nombor ekor ataupun meraba .

ZINA KAKI
Jika digunakan untuk maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) , contohnya : “ Melangkah masuk ke pusat-pusat maksiat dengan niat untuk berbuat maksiat “
Read more ...

Khasiat Buah Kurma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Read more ...

28 April 2014

Adam AF Dan Fiza Elite Sah Bercerai!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teka-teki rumah tangga pasangan penyanyi Adam AF dan pelakon terkenal, Fiza Elite akhirnya terjawab selepas mereka berdua akhirnya sah bercerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah sebentar tadi.Lafaz cerai telah dibuat oleh Adam pada jam 1.05 tengah hari di hadapan Hakim, Mohd Nazri Basrawi secara tertutup.
Dalam pada itu, Fiza telah mengemukakan permohonan lisan agar prosiding dijalankan tanpa kehadiran pihak wartawan atas sebab dia seorang ‘public figure’ dan tidak mahu masalah rumah tangganya diketahui masyarakat.Selesai prosiding di mahkamah, Fiza yang hadir dengan memakai jubah dan selendang hitam kelihatan tenang sementara Adam dilihat sebak.
Pasangan ini dikatakan mengalami masalah rumah tangga tetapi dinafikan oleh Adam sendiri. Namun baru-baru ini Fiza telah meluahkan perasaan kecewanya selepas dituduh menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Adam menerusi akaun Instagram miliknya.Adam dan Fiza berkenalan hanya dua bulan dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada 26 September 2013.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah  mendirikan rumahtangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan bercerai pada 4 November 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra.
Read more ...

25 Cara Diet Yang Berkesan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

25 Cara Diet Yang Berkesan
Cara untuk Kurus Tanpa Sebarang Ubat-Ubatan.

1.Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut.Tubuh akan mula membakar 'muscle' (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar,kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak.Pada masa ini,walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal,tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah.Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
2.Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan.
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bai menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asic HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 
3.Minum 8 Gelas Air Sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh.Sebelum makanan yang berat-berat,cuba minum air,pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 
4.Elakkan Minum Minuman Yang BerGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5.Kurangkan Pengambilan Garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air.Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 
6.Ambil Sarapan Pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi,Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Bagaimana ia terjadi?Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula darah.Kadar metabolisme juga menibgkat untuk membakar kalori. 
 7.Makanlah Dengan Perlahan-Lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh.Kerana apabila kita makan secara perlahan-laha,tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan. 
8.Kunyah Makanan Kepada Cebisan Yang Lebih Kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 
9 Kekerapan
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali,dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 
10.Sampingan
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan,beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah.Rasa mint atau berangin di mulut aka membantutkan selera anda. 
11.Kurangkan pengambilan marjerin,butter dalam makanan anda.Kalau boleh,usah ada di dalam peti ais anda.
12.Apabila makan di restoran atau di gerai,pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak.Mintalah minumam yang kurang gula. 
13.Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin,mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. 
14.Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.Jika anda minum banyak,dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat,mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet. 
15.Pengambilan Makanan Berempah.
Sesetengah rempah seperti cili,biji sawi,didapati boleh membakar kalori.Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman,ia juha meningkatkan pembakaran lemak.
16.Pilihan Bijirin dan Kekacang
Bijirin penuh adalah suber utama tenaga.Bijirin dan hasil bijirin mengandungi karbohidrat kompleks,protein,vitamin,mineral dan sedikit lemak. 
17.Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan.Rekodkan dalam sehari berapa kali anda makan danberapa banyak,tahap kelaparan yang memerlukan anda makan,dan perasaan anda ketika makan.Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan,perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited dalam pelan diet anda.Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlan membuat catatan. 
18.Tumpukan Perhatian
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19.Cara Memasak
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus,memanggang atau mengukus.Khusus untuk sayuran,anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak).Hindari minyak atau lemak haiwan.
20.Pemilihan
Ketika memilih piring makanan,ambillah piring yang rata dan bukan piring cekung,Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring,kemudian baru nasi dan yang terakhir,lauk dagingnya.Jika ingin tambah,hanya sayuran sahaja yang boleh anda ambil.Jangan lupa,makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat apa lagi sambil menonton TV. Sebab,semakin menarik program TV,semakin banyak makanan ringan yang anda akan habiskan. 
21.Berjalan
Selain memberi peluang makanan untuk tureun,kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu.Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna.Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga,Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. 
22. Rancang Perjalanan
Khusus bagi kaum wanita,yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.Seelok-eloknya,tidak berbelanja semasa perut kosong.Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan.ika ingin membeli makanan,kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran.Gerai makanan segera harus anda kunjungi  paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Lakukan Latihan
Untuk mengempiskan perut,gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif.Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti permainan hula hoop.Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek,dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24.Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25.Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.
i.Jalan cepat.Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.
ii.Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas.Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denganmenaiki lif.
iii. Renang adalah latihan menyeluruh.Berenang dengan laju dan nafas yang dalam.
iv.Bersenam atau peregangan,sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.Melenturkan otot dapat melancarkan darah.
v.Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama,Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. 

Read more ...

Bestfriend : Baikkah dia?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam memilih kawan baik,angah sememangnya perlukan masa yang cukup lama untuk angah pilih. Kenapa? Kerana kawanlah seseorang itu boleh berjaya atau gagal dalam hidup. Angah memang kena cari kawan yang betul-betul. Sebab kalau kawan yang teruk,sudah tentu angah akan turut menjadi teruk jugak.
Tapi bukannya bermakna angah tak berkawan dengan orang yang teruk,cuma sekadar berkawan,tapi berkawan rapat,mungkin tidak. Apa yang angah dapat fikir dengan lebih mendalam lagi,kadang-kadang kalau kawan baik kita tu teruk,kita boleh pengaruh dia untuk jadi baik dan tinggalkan perkara-perkara yang jahat,yang dia lakukan. Itu adalah yang terbaik,berbanding kawan kita itu sendiri yang pengaruh diri kita untuk berperangai sepertinya.
Sekian.

*Pandai-pandai fikir,bila anda dah besar 
 

Read more ...

27 April 2014

Kadar Kegemukan Malaysia : Membimbangkan.



Overweight Populations In Southeast Asia

Siapa yang paling besar tu eh?? Orang Malaysia kebanyakannya berbadan besar.Ini bermakna semua orang mampu dan dapat rezeki yang banyak! Baguslah.
Hehe,rakyat Malaysia kena amalkan senaman rasanya. 

Read more ...

26 April 2014

Typical Orang Melayu : Tahniah Melayu!!Anda memang bagus!!



"I hate it when i tell people i am a music major and they ask me to play them a song on guitar, 
Bitch,I play the clarinet."

Typical Orang Melayu :- Bila setiap kali mak atau angah ayah beritahu orang yang anaknya sambung kos muzik,diorang pasti akan tanya balik,"nak jadi penyanyi ke?" Ataupun "boleh main gitar la kan??" Atau pun yang paling celaka,"ni mesti nak jadi popular."
Cubalah berfikiran panjang sikit. Tak semestinya kalau amik bidang muzik,just nak jadi penyanyi. Please Malaysian,think wider please!! Pemikiran tu macam tak berkembang.Bila cakappasal hal politik,sampai ke dalam kain,semua dia tahu pasal pemimpin2 tu,tapi bila bab isu semasa FAIL!!

Angah sendiri pun dah meluat dengan manusia-manusia macam ni. Dan yang paling obvious adalah meerka yang berfikiran sebegini sudah semestinya adalah MELAYU!! Tahniah Melayu!!Anda memang bagus!!
Sekian. 
*Di sini angah nak tegaskan angah bukannya nak mengutuk atau menghina bangsa sendiri,tapi sudah sememangnya sebegitu. Entahlah,tak tau macam mana nak ubah,mungkin kena ubah dari kecil lagi kut?? 
 
 

Read more ...

25 April 2014

Ranking Alexa 25.4.2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari saja-saja angah check Ranking Alexa untuk Blog DJH.Alhamdulillah,apa yang angah dapat tengok ranking yang bagus,apabila tak jauh sangat daripada apa yang angah nak.
Untuk pengetahuan semua,angah inginkan ranking yang bagus,sebab bila ranking bagus barulah kita rasa bersemangat nak terus update blog kan?? Huhu 


Read more ...

Teletubies :Masa Kanak-Kanak


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda masih ingat dengan siri kartun Teletubies?? Angah masih ingat lagi,ketika angah kecil,pagi-pagi angah akan tengok cerita ni.Kadang-kadang satu family tengok. Haha,comel je diorang ni beraksi dalam citer tu.
Anda pernah tengok cerita ni? Mesti pernah kan. Tapi sekarang dah tak disiarkan lagi.Kalau nak tengok pun mungkin dalam Youtube ada la kut :D 
Sebenarnya yang jadi semua pelakon Teletubies ni adalah orang dewasa.Haha,pandai diorang berlakon untuk hiburkan budak-budak. Tak panas ke dalam kostum tu? Dah la besar gedabak. Antara yang angah tak boleh lupa adalah bila gambar bayi yang jadi matahari tu.Sangat comel.Pasti sekarang dia dah besar kan?? :D
 

Sekian
Read more ...

Tazkirah Jumaat #2 : Alhamdulillah




Sudah menyebut Alhamdulillah??

Bersyukurlah,masih bernyawa hari ini..

Alhamdulillah,

Alhamdulillah..

Kadang-kadang bila kita bangun pagi,kita rasa malas sangat nak bangun.Kadang-kadang ada jugak yang tak bangun pagi,tapi bangun tengah hari hehe Ada ke?? haha,cuma kenapa nak kena rasa malas nak bangun??
Apa kata ubah rasa malas tu dengan rasa bersyukur,sebab Allah S.W.T dah berikan kita satu lagi hari untuk kita beribadat kepadaNya. Sebab bila kita tak bersyukur,mungkin akan ada sesuatu yang bakal terjadi.Bersyukurlah dengan setiap kurniaan Allah terhadap kita.Bersyukur bila kita diberikan udara untuk dihirup,rezeki untuk kehidupan dan selainnya.
Sekian 

Read more ...

24 April 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta #BKATC



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Drama bersiri adaptasi novel karya E-Man Sufi yang ditayangkan di Astro Mustika HD, Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) telah mencatat jumlah penonton sebanyak 780 ribu pada episod akhir drama tersebut yang ditayangkan pada malam Selasa.
Ini menjadikan BKATC sebagai drama bersiri yang paling ramai penonton sejak ia diperkenalkan di saluran Mustika HD berbanding drama bersiri lain sebelum ini.
Menurut Pengarah Urusan Pena Creative, Ziela Jalil sambutan tersebut adalah di luar jangkaannya.
“Saya sendiri tak sangka akan mendapat sambutan yang hangat macam ni…Saya sebenarnya berterima kasih kepada E-Man Sufi kerana membenarkan kami menggunakan hasil karya beliau untuk diadaptasi dalam bentuk drama.“Alhamdulillah, saya juga dikelilingi para pelakon dan krew belakang tabir yang sangat-sangat ‘supportive’,”katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama tersebut, di Red Carpet Avenue, Encorp Strand, Kota Damansara.
Sementara tonggak utam drama ini Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose juga berkongsi pendapat sama dan terharu dengan sokongan para penonton BKATC.
“Terima kasih kepada semua yang telah menonton dan menyokong Jebat dan Mastura. Tak sangka ramai yang suka gandingan kami dalam BKATC,” kata mereka.
Pada majlis tayangan episod akhir yang di adakan semalam, seramai 3 ribu penonton telah membanjiri dataran Encorp Strand.
Dalam pada itu #BKATC juga telah menjadi trending di laman sosial Twitter yang menduduki tempat ke empat selepas bekas pengurus pasukan Manchester United, David Moyes.
Malahan rata-rata penonton di laman sosial Twitter dan Facebook juga memuji jalan cerita BKATC dan sukakan gandingan mantap Sharnaaz dan Nelydia.


Komen angah : Angah pun tengok jugak cerita ni.Boleh dikatakan satu family angah tengok cerita ni.Best dan romantik pun ada jgak. Kadang-kadang tengok si Nelydia ni berlakon macam over. Tapi maybe dia ikut kehendak pengarah.*bersangka baik.
Read more ...

23 April 2014

Wordless Wednesday 24 : Gemuk



Kucing Terlebih makan Frieskies.

Read more ...

Imbas Kembali : #Throwback 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini angah nak buat entry #Throwback. Sebenarnya angah sendiri pun tak faham perkataan #Throwback tu apa,yang angah tahu,dia macam imbas kembali masa lalu.Jadi,kali ni angah nak imbas ketika angah di tingkatan 4.
Gambar menunjukkan ketika angah dan pasukan TSB sedang berlatih kawad formasi di tengah panas di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.Kalau anda nak tahu,yang sedang memegang alat muzik yang besar gedabak tu adalah angah.Sambil mengangkat tangan.Ketika itu sedang berlatih untuk pertandingan Natcomp 2011.
Apa itu Natcomp?? Natcomp adalah singkatan kepada National Marching Band Competition.Apa yang menarik adalah,dalam kawad formasi pancaragam,kita bukan sahaja bermain alat muzik,tetapi kita menari dan berjoget.Apa yang angah suka adalah ketika membuat tarian robot.Sangat seronok. Penonton ketika itu kagum dan terkejut.
Apa yang angah sedar ialah,sekarang angah dah tak boleh nak berkawad formasi dah.Bukannya apa,sejak angah keluar daripada sekolah,angah hanya pernah membuat persembahan ketika PERWIRA sahaja.Itu adalah orchestra dan bukannya kawad.
In shaa Allah kalau ada rezeki,mungkin angah akan dapat berkawad lagi??
Sekian.
 
Read more ...

Pencarian Bloglist Mei 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ni angah nak mengajak semua blogger untuk turut serta dalam pencarian Bloglist untuk Bulan Mei 2014. Senang sahaja.Anda hanya perlu ke Fanpage DJH dan seterusnya tinggalkan link blog anda di status itu.
In shaa Allah sebanyak 20 blog akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam blog.Tak tau macam mana nak ke fanpage blog Diari Jejaka Hangat?? Klik SINI dan anda boleh terus tinggalkan link blog anda di status itu! :D
Sekian. 
 



Read more ...

22 April 2014

Menara Kuala Lumpur #VMY2014









Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.


Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.


Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia, NTV7 milik Media Prima Berhad dan TV Alhijrah milik Al Hijrah Media Corporation siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.
Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, mini zoo, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia.


Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara.
Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.
Menara Kuala Lumpur memperlihatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan di Kampung Budayanya yang dipanggil Kampung Budaya 1Malaysia. Antara aktiviti di sini ialah permainan tradisional, persembahan tarian tradisional, gamelan, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu asli setiap hari

Sumber: wikipedia / youtube/sumber
Read more ...

Jenis - Jenis Kucing


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Birman

Kucing jenis ini kebiasaanya tinggal di kuil,bahkan terdapat satu kepercayaan menganggap jika kucing kuil ini mati maka jasad kucing itu akan ditanam si sebelah kubur pendetanya (Tuannya)
Menurut sebuah catatan sejarah,kucing Birman mulai hidup di seluruh pelosok dunia seperti Ragdoll pada tahun 1919 apabila dibawa oleh dua orang Perancis iaitu Auguste Pavie dan Gordon Russel yang mendapatkan hadiah sepasang kucing Birman kerana membantu pada pendeta kuil.Tetapi sayangnya kucing jantan mati dalam perjalanan manakala kucing betina sedang bunting dan terus membiak di Ragdoll.

Ciri-ciri kucing Birman :-

  1. Berat badan antara 4-6 Kg
  2. Pola warnanya serua dengan warna point dengan lebih pucat pada telinga,muka,kaki dan ekor.
  3. Bulu ekor dan leher yang paling menonjol iaitu tebal dan halus.
  4. Panjang tubuh kucing sederhana tetapi berbentuk tegap.
  5. Tidak seperti kucing Abyssinian yang memiliki telinga panjang,telina kucing ini berukuran sederhana dan melengkung.
  6. Kucing jenis ini sangat suka pada manusia. (Jinak)
Abyssinian 


Kucing jenis ini dikatakan adalah kucing tertua di dunia.Ini adalah berdasarkan wujudnya patung-patung kucing ini di zaman Mesir Purba dulu kala lagi.Tetapi bukan bererti kucing ini berasal dari Mesir.Menurut penyelidikan,kucing ini dikatakan berasal dari Ethiopia,bahkan para ahli genetik juga berpendapat kucing ini berasal dari Asia Tenggara atau Lautan Hindi.
Ciri-ciri kucing ini ialah :-

  1. Tubuhnya berotot
  2. Mata berbentukmenyerupai almond dan telinganya yang besar.
  3. Kaki panjang dan langsing.
  4. Kepala berbentuk segitiga dan sudut-sudut yang agak bulat.
  5. Pola warna bulu yang berbintik-bintik. 
Turkishvan

Kucing ini kebanyakkannya terdapat di USA (United States of America)






Ciri-ciri kucing ini ialah :

  1.  Memiliki badan yang cukup besar.
  2. Memiliki bulu "semi long hair" tetapi bulunya tebal.
  3. Jangka hayat antara umur 3-5 tahun.
  4. Berat maksima yang maksimum ialah 9 Kg.
  5. Memiliki bulu yang cepat kering apabila terkena air. 
Ragdoll

Menurut sebuah catatan,Ragdoll dijumpai pada tahun 1963 lagi apabila seorang Ann Baker yang sering meminjam kucing daripada jiran tetangganya yang bernama Blackie (Mempunyai induk kucing Persia Putih) dan juga saudara tirinya Daddy Warbucks. Ann kemudian mengacukkan kucingnya dan menghasilkan baka baru bernama RAGDILL dan kemudiannya menubuhkan organisasi khusus untuk pencinta Ragdoll.

Ciri-ciri kucing ini ialah :-

  1.  Mempunyai 4 jenis warna iaitu seal,blue,chocolate dan lilac.
  2.  Memiliki tubuh dan berat yang besar.Kucing betina (5-7.5 kg) dan kucing jantan (6-10 kg)
  3. Bahagian dada yang lebar.
  4. Pada waktu kecil,kucing ini lahir hanya bewarna putih,tetapi kemudian barulah warna-warna lain muncul.
  5. Menjadi dewasa pada umur 3 tahun. 
Siamese


Kucing ini berasal daripada Thailand.
Ciri-ciri kucing ini ialah :-

  1. Bentuk tubuh badan yang panjang,langsung dan berotot.
  2. Kepala kecil dan berbentuk segitiga.
  3. Bermata biru.
  4. Telinga yang lebar.
  5. Ada perbezaan warna di hujung-hujung anggota tubuh badan seperti kaki,telinga,mulut,ekor,hidung da sekitar mata. 
Sphinx 


Kucing ini dinamakan Sphinx kerana rupanya seperti patung Sphinx di Mesir tetapi kucing ini bukanlah berasal dari Mesir tetapi dari Kanada.






Ciri-ciri kucing ini ialah :-

  1. Tidak mempunyai bulu walau sehelaipun di badannya.
  2. Kulit berkedut dan telinga menghala ke hadapan.
  3. Berat badan mencecah 4-5 kg bagi kucing dewasa.
  4. Harga yang mahal.

Sumber 

Kat rumah angah ada banyak kucing.Tapi angah tak tau diorang tu spesies yang mana satu,maybe sebab dah banyak kacuk kut?? huhu
Read more ...