17 April 2014

Boleh Ubah...



Assalamualaikum dan salam sejahtera


"Tak semestinya seseorang yang mempunyai kisah lampau atau perbuatan buruk di masa lalu tidak boleh berubah."
Jangan menilai seseorang melalui apa yang sedang dilakukannya. Kadang-kadang anagh tengok ramai orang yang melihat kepada kisah lampau seseorang.Contohnya seorang makcik tua ini,bekas pelacur,tetapi sekarang sudah bertaubat dan semakin mendalami ilmu agama.Tapi masyarakat sekeliling memandang makcik itu sebagai seorang yang sangat keji.
Mengapakah mentaliti masyarakat menjadi sebegitu rupa? Tidak bolehkah kita turut membantu mak cik itu untuk berubah?? Ada orang yang dahulunya rajin ke masjib, alim dan akhirnya apabila pengaruh rakan sebaya , akhirnya dia juga tergolong dalam orang yang sesat.
Sebab tu angah pernah dengar seorang tokoh ni bercakap. Jangan nilai seseorang melalui kisah lampaunya. Tetapi nilailah seseorang itu melalui pekerjaannya sekarang. Tapi bagi angah buat apa nak menilai orang,kalau diri sendiri pun tak tau nilainya macam mana. 
 AURAT

Apa yang angah tengok adalah trend masa kini. Apabila ramai remaja perempuan yang berebut-rebut memakai tudung. Alhamdulillah ,itu suatu perkara yang baik. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah itu adalah kerana mereka mengikut trend. Ada jugak yang kononnya dipaksa oleh ibubapa.
Tapai tak boleh lawan lagi dengan pakai tudung litup,tetapi bahagian bawah ketat. Apa nak jadi? Mungkin tujuan utamanya nak tutup aurat, tetapi itu adalah balut aurat dan bukannya tutup aurat.
Jadi, di sini angah rasa perlunya mendalami ilmu-ilmu agama berkaitan aurat dan juga berkaitan dosa pahala. Kerana apa yang angah huraikan disini adalah salah satu pendapat angah sahaja. Mungkin ada yang benar,dan mungkin ada juga yang salah.
Sekian. 


10 ulasan:

  1. semua orang boleh berubah malah jangan terkejut jika lebih baik dari kita yang sedia ada betul tak?

    BalasPadam
  2. salam. yeahh..betul tu..jangan nilai seseorang dari masa lalu mereka sebab semua orang pernah buat silap..
    sekurang-kurangnya mereka telah berubah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. betul2 :D setiap orang kena ada pemikiran macam ni

      Padam
  3. apa guna ilmu kalau tak guna akal dan sebaliknya juga...kedua2nya mempengaruhi sikap seseorang dlm menjalani kehidupannya.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.