14 April 2014

Flower Boy Next Door



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berkenaan tajuk entry ini,ia merupakan sebuah drama terbitan Korea.Sebenarnya kawan angah yang bagi drama ni kat angah. Sebab apa? Sebab angah kononnya boleh lah habiskan cuti sem dengan tonton drama.

Drama ni sebenarnya diterbitkan pada tahun 2013,tahun lepas la tu.Tapi angah baru tengok tahun ni.
Drama yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang duduk terperap dirumah. Kerana takutkan khalayak ramai setelah sesuatu perkara telah terjadi ketika dia bersekolah menengah dahulu.
Kisah percintaan antara beberapa orang yang sangat romantik dan juga begitu rumit.Apa yang penting dalam cerita ni,pengakhirannya adalah happy ending.Bagi angah drama ni mengajar angah untuk berani hadapi cabaran dan dugaan tanpa perlu takut akan sesuatu.
Angah juga belajar bahawa dalam bercinta,yang penting adalah perasaan dan bukannya perwatakan. Selain itu,angah juga terfikir adakah manusia hanya mementingkan rupa setiap kali ingin memilih pasangan?? 
Sekian. 

2 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.