31 Mei 2014

Mencari Jubah Lelaki..




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah mencari jubah lelaki untuk dipakai ketika hari raya nanti. Sememangnya angah teringin nak pakai jubah moden yang sekarang ni selalu orang pakai. Nampak segak bergaya.Lagipun selama ini,angah belum pernah pakai jubah.



Apa yang angah suka adalah,jubah ni menampakkan gaya muslim yang sejati. Tapi sekarang angah tengok ada ramai orang pakai jubah modern time solat jumaat atau majlis-majlis agama. Setiap kali angah tengok,setiap kali itu keinginan angah membuak-buak. 



Selain itu,angah ada usha satu shop di Instagram,semuanya menjual jubah lelaki. Tapi kalau nak beli dari situ,macam susah pulak. Nampaknya kena cari dekat kedai-kedai baju.Angah rasa bila dekat-dekat nak raya mesti banyak kedai yang jual jubah kan?? :D 







Sumber Gambar : Google Image
Read more ...

Penat Lelah Berbaloi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya selesai juga Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 yang berlangsung dari 10.00 malam 19 Mei 2014 sehingga 12.00 malam 20 Mei 2014. Hanya 12 hari sahaja GA ini berlangsung.Selalunya orang akan buat GA selama sebulan atau seminggu,tetapi bagi angah sendiri,yang penting Giveaway itu berjalan lancar,sudah mencukupi.


Apa yang angah akan buat seterusnya? Baiklah,angah akan check setiap entry peserta. Bermakna,angah kena blogwalking ke semua blog peserta. In shaa Allah,dengan masa yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum angah sambung belajar,angah rasa cukup untuk angah uruskan giveaway ini.
Sekian. 
 
 
 


Read more ...

30 Mei 2014

Giveaway tamat malam ini!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Hari ini angah sangat excited untuk menamatkan Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014.Kenapa nak tamatkan? Sebab angah tak sabar nak umumkan pemenang. In shaa Allah selepas sahaja giveawat tamat,angah akan check entry para peserta kemudian angah akan umumkan pemenang.
Tapi sebelum itu,masih ada masa lagi untuk sesiapa yang ingin join Giveaway angah kali ini. Masih berbaki  4 jam sahaja lagi. Cepat-cepat ye!! Angah harap anda semua ikut semua syarat yang terdapat dalam GA ini ye. Harapannya supaya takda sesiapa yang berlaku tidak jujur dalam Giveaway ini.
 Sekian.
Read more ...

Tazkirah Jumaat #7 : Bacalah Al Quran




"Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di
 hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya."

Riwayat Muslim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekadar pandangan dan renungan bersama, sudah berapa lamakah anda tidak membaca al Quran? Kadang-kadang kita sibuk nak update status di Facebook,Twitter,kita boleh baca novel berbakul-bakul setiap hari,tetapi berapakah muka surat atau ayat al Quran yang di baca oleh kita??
Renung-renungkan dan selamat beramal... 

Read more ...

Tutorial Hilangkan Navbar Pada Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita kembali lagi dalam rancangan Tutorial Bersama DJH. Baiklah,kali ini angah nak buat tutorial tentang hilangkan navbar. Apa itu navbar?Rasanya kebanyakan blogger yang sudah lama berblogging tau akan hal ini,tetapi bagi blogger baru,ini merupakan satu perkara yang penting.

Bagi angah sendiri,kehadiran navbar ini agak menyemak dan membuatkan blog nampak tak kemas. Dan apabila angah membuang navbar,ternyata navbar hilang membuatkan blog angah nampak lebih kemas sedikit.
Cara Pertama :-


1. Dari dashboard > design > edit HTML

2. Dengan menggunakan fungsi Find ( ctrl + F), cari 'navbar'
(hasil cari biasanya samada navbar-iframe atau navbar sahaja)

3. Dari kod yang ada di bawah navbar, 
Tukarkan 'display:block' kepada 'display:none' 


Contoh :-

4.Save dan lihat hasilnya.

Cara Kedua :-

Nota: Cara kedua digunakan jika anda tidak mempunyai 'navbar' dalam 'edit HTML' blog anda.

1. Dari dashboard > design > edit HTML

2. Dengan menggunakan fungsi find ( ctrl + F), cari kod body { 


3. Copy dan paste code berikut SEBELUM code body {

#navbar-iframe {
display: none ;
}

Contoh :-


4.Save dan lihat hasilnya.

Siap.Sekian sahaja tutorial daripada angah. Kredit diberikan kepada BLOG INI kerana segala-galanya angah share daripada blog itu.




Read more ...

Ranking Alexa 29.5.2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama angah tak update ranking Alexa kan? Alhamdulillah kali ini ranking yang lebih bagus daripada yang sebelumnya. Kalau diperhatikan pada hujung minggu lepas,angah agak kurang menghasilkan entry,tapi alhamdulillah ranking tetap bagus.

Global Rank : 319,604
Rank In Malaysia : 1,867 

Terima kasih kepada semua yang masih menyokong DJH daripada dulu sehingga sekarang. In shaa Allah,segalanya yang terbaik angah doakan untuk anda.

Read more ...

29 Mei 2014

Tutorial Scroll Box For Widget


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita bersama lagi dalam Tutorial Bersama DJH. Baiklah,kali ini angah nak ajar anda semua bagaimana nak buat scroll box untuk widget. Contohnya macam dalam blog angah sendiri,angah telah aply scroll box untuk 3 widget iaitu blog archieve,bloglist,top commentator.

Kalau angah tak buat scroll bos,sudah tentunya blog ini akan panjang dan meleret-leret sampai ke bawah. Sudah semestinya akan memjadi satu masalah untuk angah,bila blog terlampau panjang. Jadi inilah penyelesaiannya.
1. Log in > Dashboard> Design > Edit HTML 
2. Tekan CTRL + F da cari tajuk widget anda.

Contoh : Rakan Blogger

3. Sebelum anda jumpa tajuk Widget anda,anda akan jumpa kod seperti di bawah :-

<div class='widget-content'>
4.Gantikan kod <div class='widget-content'>  dengan kod di bawah ini :-

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>

Anda boleh mengubah saiz box dengan mengubah 200px mengikut kesesuaian blog anda.

Siap.

Selamat Mencuba



Read more ...

Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada yang join..  Segmen ini bermula sekarang dan akan berakhir pada Isnin, 02 Jun 2014 pukul 11:59 Malam sahaja.. LIMA atau mungkin SEPULUH atau mungkin lebih blog akan dipilih untuk direview.. Korang sure tahu apa keistimewaan blog di review kan.. Sama-sama membantu..

Selain daripada itu, seorang TOP REFERRAL akan untuk mendapat saguhati RM 10 atas usaha beliau promote, share dengan kawan-kawan serta join segmen ini.. Cara nak dapatkan TOP REFERRAL? Tentulah kena join segmen ini, lepas share link entri korang di Facebook ke, Twitter ke, group-group yang ada di Facebook ke kan..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Beritahu pendapat anda tentang blog ERAZFADLI.COM dan apa istimewanya blog korang..
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
Pendapat tentang blog ERAZFADLI.COM -

Blog ERAZFADLI.COM bagi saya adalah blog yang hebat. Selalu saya blogwalking ke blog abg eraz. Banyak entry menarik,terutamanya tentang budak kecil bernama Zara. Loading blog pun sangat laju,senang nak blogwalking. Secara keseluruhannya,blog ERAZFADLI.COM terbaik!!

Keistimewaan blog sendiri - 

Blog saya, DIARIJEJAKAHANGAT.COM adalah blog baru. Baru sahaja berdomain baru pada tahun ini,start aktif pada penghujung tahun 2012. Bagi saya sendiri,masih banyak yang perlu saya perbaiki,banyak lagi perubahan yang perlu saya buat untuk memastikan blog ini setanding dengan blog ErazFadli.com. Banyak entry-entry yang saya buat dan saya share untuk anda semua. 

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..
Read more ...

"Apa bising-bising ni?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Suatu kejadian yang begitu memeranjatkan angah. Di suatu hari,angah sedang berlatih main alat muzik di belakang rumah.Bukannya apa,kalau angah main di depan rumah,akan ramai orang yang tunggu dan tengok,sepertinya angah sedang buat show.


Jadi angah rasa lebih baik angah prektis di belakang rumah. Biasalah,rumah teres,mesti belakang rumah kita bertemu dengan belakang rumah jiran kita. Sedang angah asyik berlatih..
PAMM PUMM PRANGG

Pintu rumah jiran angah ditutup dengan kuat. Kemudian dengar suara.. "Apa bising-bising ni?Ganggu orang je la!" Dan perasaan angah ketika itu,apahal jiran ni? Aku bukannya main dalam rumah hg,pastu nak kalut-kalut pasai aku pulak.
Tapi angah tak berani nak cakap kuat-kuat,sebab jiran kan,nanti bergaduh pulak. Angah tak rasa perbuatan angah tu mengganggu orang,sebab time tu dah petang,budak2 pergi main kat luar rumah. Jadi angah tak ganggu sesiapa pun.
Mungkin dia tak suka orang main muzik kut. Entahlah,sekarang ni,macam-macam perangai manusia ada. Malas nak fikir,angah terus prektis macam biasa. Dan biarkan apa orang nak kata. Senang cerita,nak jadi jiran yg baik,kena memahami jiran-jiran anda. Kalau tak,buat rumah atas bukit,so jiran-jiran anda takde. 
 Sekian.
Read more ...

Nak Join Bloglist Secara Percuma?!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hari ini angah nak umumkan pencarian bloglist bulan Jun untuk Diari Jejaka Hangat.Sebenarnya,angah dah buat pencarian di dalam fanpage DJH. Jadi,kali ini angah nak buat pencarian di Blog pula. Ada yang nak join? Caranya mudah dan simple.
Cara-caranya :

Klik link dibawah sampai habis loading..

3. Link

Tinggalkan komen di entry ini.Komen url entry anda.

Contoh komen anda :

" done. http://diarijejakahangat.com. "

Siap.
Untuk pengetahuan anda semua,semua yang join akan dimasukkan ke dalam bloglist bulan Jun.Jadi bermakna sesiapa yang join,bermakna andalah pemenangnya. Berbaloi kan?
Tamat pada : 9.00 Malam 29.5.2014

Senang dan mudah kan??


Read more ...

Perginya Seorang Sultan Berjiwa Rakyat



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Perak berasa kehilangan yang teramat kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

Baru beberapa hari yang lalu angah dan sekeluarga ke Muzium Galeri Sultan Azlan Shah. Baru je kami semua tengok sejarah hidup,semuanya kat situ.
Al-Fatihah. 

Read more ...

28 Mei 2014

Widget Baru di Blog DJH



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau korang sedar atau tidak,di blog DJH ada satu widget baru iaitu widget Pengomen Tegar. Sebenarnya suatu masa yang dahulu,angah dah pernah letak dah widget ni dalam blog,tapi angah terpaksa buang,sebab widgete tu memberatkan blog angah.
Sekarang pulak,angah letak widget yang baru tapi tetap pengomen tegar jugak. Untuk pengtahuan semua lagi,nombor komen yg diletakkan di situ adalah dalam jangka masa sebulan. Jadi kita boleh tahu siapakah Pengomen Tegar untuk setiap bulan berdasarkan senarai itu.
Selain itu,untuk 5 Pengomen Tegar yang teratas,anda akan dimasukkan ke dalam blosglist yang berikutnya. Jadi bermakna,tak sia-sia anda komen di blog DJH.
Sekian. 

Persoalannya : Blog angah loading oke tak? Blog angah berat tak?
 
 

Read more ...

Wordless Wednesday 34 : Rahsia Orang GAGAL



Rahsia Orang Gagal

Read more ...

Babi : Apa itu Khinzir?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Babi atau khinzir  ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145)

Di dalam Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran buruk. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama babi turut dianggap bernilai sebagai mata wang dalam sesetengah masyarakat seperti puak asli di Papua New. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina, dimana Tahun Babi dimasukkan kedalam kalendar cina. Epik cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak babi yang dikenali sebagai Zhū Wùnéng.

Selain itu, babi juga dianggap sebagai hidangan istimewa oleh Orang Cina dan Orang Jerman yang menjadikannya sebagai hidangan istimewa. Ada pelbagai masakan ala Jerman yang mengutamakan daging babi.


Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.
Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.
Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.
Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.

Sumber : Wikipedia

Angah : Isu babi dalam coklat menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia. Yang tak pernah makan coklat tu pon turut meluahkan perasaan di dalam TV. Baguslah apabila ramai yang concern tentang isu babi ini. Tapi yang pelik,bukan babi je yg haram. 

Apa kata anda? 
Read more ...

Wordless Wednesday 33 : Isu BABI




"Bergomolan dengan Babi (Khinzir) itu adalah lebih baik 
berbanding dengan bersentuhan (Secara Sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."

Read more ...

Wordless Wednesday 32 : Paint and Space Pinball





Who remembers going on the computer just to use Pains and Space Pinball?

Read more ...

27 Mei 2014

Liebster Award #2



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Liebster Award kali ini di tag oleh blogger Muslimah . Sebelum ini,angah dah jawab satu Liebster Award. Terima kasih kerana tag angah. Jadi,sekarang adalah masanya untuk angah memjawab soalan-soalannya.
1. Sudahkan anda menjadi follower & tinggalkan jejak di sini? Kuang3..
 Rasanya macam belum,takpa2,lepas ni angah follow blog anda dan tinggalkan jejak.
2.Cadangan entry untuk dimasukkan dalam blog ini,ape ye?Bg idea sket..
Entry-entry yang penuh dengan ilmu,yang banyak nasihat,lepas tu,bagi ada gambar-gambar yang cantik tentu lagi meriah.  
3.Apakah yang anda harapkan/idamkan daripada pasangan anda ?
Amboi soalan. Takda nak harapkan apa pun,cuma kalau boleh yang setia,yang cantik,yang comel.Kalau ada jodoh,mungkin kekal lama,kalau tak,mungkin separuh jalan sahaja,lepas tu kahwin lagi. kehkehkeh. 
4.Pengalaman pahit dalam hidup anda?
Banyak pengalaman pahitnya. Yang first,bila minum kopi. First time angah minum kopi,angah ingat sampai sekarang.Sebab tu angah tak suka kopi. Sebab apa? Kopi tu pahit sangat. So,tu la pengalaman pahit angah yang paling pahit. 
5.Apakah TIGA perkataan yang anda suka? Selain I LOVE YOU.
Tiga perkataan yang angah suka? Sebenarnya perkataan I LOVE YOU angah tak suka. Sebab dalam bahasa inggeris,angah lagi suka kalau guna bahasa melayu.Lagilah berjiwa melayu. Btw,3 perkataan yang angah suka ialah DIARI JEJAKA HANGAT. 
6.Tips kuruskan badan yang pernah/masih anda amalkan.ce citerce citer..
Tips kuruskan badan pulak dah? Sebenarnya badan angah tak lah kurus sangat.Cuma angah ada tips nak menggemukkan badan je,senang je nak gemuk,makan banyak-banyak,lepas tu tak payah buang najis. Kahkahkah 
7.Apakah yang anda tahu tentang MINYAK KELAPA DARA? Adakah anda ingin mencubanya?
Apa tu? Minyak Kelapa Dara? Yang angah tahu,minyak ada macam2 jenis,ada minyak masak,minyak petrol,minyak gamat. Kelapa pulak buah yang ada kat atas pokok yang tinggi melayut. Dara pulak? Tak boleh nak explain sebab banyak budak under age kt sini. :D 
8.Di manakah tempat terindah untuk candle light dinner atau ala-ala romantic yang pernah anda hadiri atau idamkan?kuikuikui..
Tempat terindah? Angah rasa masih belum fikir,sebab angah tak ada komitmen lagi untuk bercinta atau bercandle light dinner. 
9.Anda suka masak tak?Meh share resepi dengan saya..
Yang ni memang favourite angah. Sebab apa? Angah langsung tak reti masak. Setakat makan je angah tahu haha.  So resepinya adalah,nganga mulut luas-luas,kemudian isikan mulut dengan makanan anda. 
10.Apa pandangan anda tentang blog picisan saya ni? Komen sket pls..heee
Blog yang comel,cuma lagu agak mengganggu,selain itu takda apa nak komen dah. Keep it up. 
Bonus : Siapakah lelaki/wanita idaman anda? 
Lelaki idaman,sudah semestinya orang dalam cermin,bila angah tengok cermin sorang-sorang.
Wanita idaman,sudah semestinya  [rahsia].

Untuk kali ini,angah tak rasa nak bag soalan dan tag anda semua,sebab angah rasa takde idea nak buat soalan.Jadi kalau korang rasa nak jawab soalan,cuba reka sendiri ye. Lepas tu dalam entry tu,tulis bahawa angah tag korang. Haha :D
Read more ...

New Baby in the house!!



New Baby in the house!!

Cuba teka apa yang angah dapat?

Read more ...

Pengumuman Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014





Pengumuman untuk semua blogger :-

"Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 akan ditamatkan pada 12.00 malam bertarikh 30 Mei 2014.Masih berbaki 3 hari sahaja lagi,sebelum Giveaway ditamatkan."
Anda dah nampak kenyataan di atas? Sememangnya Giveaway akan ditamatkan pada 30 Mei 2014.Iaitu pada hari jumaat ini. Kepada semua yang sudah menyertainya,jutaan terima kasih diucapkan kepada anda semua.
Kepada yang masih belum join,apa yang anda tunggu? Pelbagai hadiah menarik telah disediakan,syarat yang mudah dan simple,sememangnya senang je nak join. Cara nak join? Just klik gambar di atas dan anda akan terus ke entry itu.
Sekian. 

Read more ...

5 Review Blog Ohsem


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang adalah masanya untuk angah menampilkan 5 blog review yang terbaik. Terima kasih kepada mereka yang telah menjoinkan diri. Di bawah ini adalah 5 blog yang terpilih untuk direview.
Bagaimana angah memilih mereka? Angah menggunakan khidmat adik angah sendiri.Selain itu,angah telah membuat pilihan di blog dan juga di fanpage DJH. 





Kita mulakan review dengan blog pertama. Blog Cik Lyeen.First Impression,blog yang cantik.Kaler pink digabungkan dengan warna biru air.Cogan katanya :-
"kemanisan hidup milik mereka  yang percaya pada  kemanisan cupcakes" 

Blogger yang berumur 21 tahun da bakal menjadi cikgu!! Angah sarankan anda semua segera tengok blog hebat ni,sebab apa? Sebab jumlah followernya sudah beribu-ribu. Jadi,sudah semestinya blog ini mampu menarik ramai orang melihat. Apa lagi tunggu? Jom tgok blog ohsem ni!!



Blog seterusnya,first of all,kita tengok headernya dahulu.Menarik. Dengan ada gambar seorang wanita cantik.Juga dengan kata-kata nasihat yang sangat ohsem.Apa yang angah suka adalah semua entrynya best-best belaka. Semuanya ada fakta yang menarik.Selain itu,tulisan yg jelas membolehkan kita membaca dengan senang.
"Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan 
dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian."

Dah takda apa angah nak cakap,sebab blog ni memang terbaik.Angah suka dengan blog ini.Memang terbaik!!




Blog yang seterusnya,first impression,misteri. Sebab tiada header.Then,baru angah perasan rupanya ada gambar kecil diruangan di sebelah kiri blog. Di situlah tempat untuk kita lihat entry-entry lama dan juga button2 lain.

"She loves chocolates, cotton candy, cakes, and ice-cream. She admired people that were good in photography and hoping to have that advantage too. Her current hobby is fangirling over her bias. She had also addicted to anime, vintage and DIY. She likes to make graphics and posters. Hates(?) Too much to be listed."  
And then,bila dah selongkar punya selongkar,rupanya pemilik blog baru berumur 16 tahun.Wow,blog dah cantik.Memang menarik blognya. Apa-apa pun angah suka dengan blog yang ringkas dan simple macam ni.Senang untuk kita blogwalking sebab loading sangat cepat.



First impression,wow cantiknya header.Sangat bercahaya headernya.Dengan font tulisan yang besar dan jelas,memang senang nak baca entry. Cuma angah tak berapa suka dengan cara senarai entry-entry lama,agak panjang kebawah dan meleret.
Apa-apa pun secara keseluruhannya,angah rasa blog ni hebat sebab entry yang hebat.Kadang-kadang ada je blog yang biasa-biasa tetapi entrynya sangat berkualiti sehingga entrynya dicopypaste oleh ratusan blogger lain. 



Blog yang terakhir. First impression,wow,blog yang cool. Cantik dan elegan sebab menggunakan warna purple sebagai warna temanya.Dengan susunan widget yang teratur,sememangnya pemilik blog ini mampu tersenyum riang kerana memiliki blog yang cantik ini.
 "A blog about bussines online,printing, books
 motivation.personal life,as a grafik designer,cat lover and product review."
Angah suka dengan blog yang sebegini.Sebab apa? Angah rasa blog ni memang ohsem,dan senang loading.Loading yang cepat memang membantu.

Sekian.

Read more ...

Family Bonding Time : Penang


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Anda perasan tak semalam angah hanya update satu entry sahaja. Sebenarnya bukannya angah malas nak update,bukan jugak sebab mood blogging dah hilang,cumanya angah tak cukup masa nak update blog. 
Memandangkan sekarang dah start cuti sekolah,bermakna masa untuk angah online juga sudah dipotong. Angah terpaksa berkongsi waktu online bersama adik angah.Ini bermakna angah tak dapat nak online dengan lebih masa.
Selain itu,bila time adik beradik dah balik rumah,inilah masanya untuk satu family keluar jalan-jalan. Sekaligus telah menyebabkan masa untuk blogging terus hilang. Tapi angah rasa,bonding dalam family adalah lebih penting. Sebab tu angah lebihkan keluarga.

Untuk pengetahuan semua,semalam angah sekeluarga telah ke Gurney Plaza,Pulau Pinang.Kemudian kami berehat di Padang Kota Lama. Memang best bila dapat hirup bau laut. Dah lama angah tak bau bauan laut yang sungguh tak sedap. Hahaha. Lepas tu,kami naik feri untuk pulang ke tanah besar.
Benarlah kata orang bahawa bersama family adalah lebih nikmat berbanding bersama awek.
Sekian. 
 
Read more ...

26 Mei 2014

Rezeki di bulan Mei.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sungguh angah tak sangka,rezeki di bulan Mei. Angah berjaya menjadi antara pemenang dalam Giveaway yang dijalankan oleh blogger Mamaniza. Giveaway yang angah rasa sangat ohsem tu,akhirnya angah menang jugak hadiahnya.
Tapi sebenarnya sampai sekarang angah masih belum tahu apakah hadiahnya.Sebab apa? Dekat entry pemenang tu,ada tulis angah menang hadiah misteri. Hadiah misteri apakah?Sangat misteri.
Walau apa pun,angah harap Giveaway angah yang sedang hangat berlangsung ni mendapat sambutan daripada anda semua. Harapannya semoga ramai-ramai join,sekaligus dapat eratkan hubungan sesama blogger.

 KLIK SINI untuk join Giveaway angah!! :D
 
Read more ...

25 Mei 2014

"Blogging Sekadar Menghabiskan Masa!!"


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"Blogging ni buang masa je tau,buat benda lain,lagi berfaedah,lagi bagus."
"Apa yang kau dapat bila berblogging ni? Macam takde apa pun!. "

Di atas adalah antara ayat-ayat daripada seseorang yang buta atau tidak tahu langsung tentang kemeriahan dunia blogging. Ianya seperti seekor lembu yang bercakap tentang hal-hal manusia. Semuanya serba tak kena,bila difikirkan balik,hanya mereka yang benar-benar di dalam dunia blogging sahaja yang tahu akan tahap keseronokkan blogging.
Macam angah sendiri,alhamdulillah,setakat ini angah cukup bersyukur bila dapat masuk ke dalam dunia yang penuh warna warni ini.Walaupun kadang kala ada naik dan turun nya nafsu untuk blogging dan update entry,bagi angah ianya tetap menarik.
Yang paling menarik bagi angah adalah tentunya bila kita dapat berkenal-kenalan dengan blogger lain. Ye,bila kita dah berkenal-kenalan barulah blog kita akan dikunjungi orang.Bila blog dah ada pengunjung setia bermakna anda sudah boleh dikatakan berjaya.
Selain itu,bagi angah sendiri,menjadi seorang blogger bukannya mudah. Bukannya setakat ada blog,kemudian update blog. Semestinya bila dah menjadi blogger,apa yang kita perlu tahu adalah tujuan kita ada blog. Kalau setakat untuk diri sendiri sahaja,memang dibolehkan.Tetapi kalau untuk tontonan umum,sememangnya kena belajar jugak cara-cara nak share dan berkongsi maklumat dengan orang lain
Sekian. 
 
 
 

 
Read more ...

Pengumuman : Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengumuman untuk semua peserta Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014. Perhatian,anda semua diminta untuk mengikut semua syarat dengan sebetul-betulnya. Ada yang angah dapati,anda tidak melakukan syarat yang diwajibkan.
Apa yang angah harap,anda jujur dan ikhlas dalam melakukan syarat-syarat nya.
Kepada anda yang belum join,inilah masanya untuk anda turut serta menyertai Giveaway ini. Syarat mudah sahaja. In shaa Allah anda akan menang. 


 

Read more ...

24 Mei 2014

Gambar Untuk Dilihat..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah,kali ini angah hanya nak paparkan gambar-gambar yang mencuit hati,akal dan fikiran angah. Jom sama-sama kita tengok.

This Oleander Hawk Moth caterpillar bears quite a resemblance to Iron Man!


Embedded image permalink

Embedded image permalink

Sekian sahaja.



Read more ...

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?




MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?


Jangan Pandang Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.



Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain.

Wallahualam..

Angah : Angah jumpa artikel ni dalam Facebook,jadi kredit kepada facebook. Cuma apa yang angah nak sampaikan adalah,apa yang benar jadikanlah panduan,yang mana yang salah tk perlu diikut. Sebab kadang-kadang ada artikel dalam facebook yang tidak benar. 
Read more ...

CPUV NUFFNANG : Sanofi Lactacyd



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru je beberapa hari yang lepas angah membebel pasal Nuffnang. Akhirnya dapat jugak seketul iklan CPUV. Syukur alhamdulillah. Dah lama angah tunggu..Akhirnya..
Entry bebelan angah : http://www.diarijejakahangat.com/2014/05/bosan-dengan-nuffnang.html
Alhamdulillah,akhirnya dapat juga rezeki.Jadi kalau anda nampak iklan tu sedang menari-nari rancak,tolong klik ye.In shaa Allah..
Sekian, 
 
 

Read more ...

23 Mei 2014

Review Blog : Terima Kasih




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada anda yang join Pencarian Review Blog di blog DJH kali ini. Alhamdulillah. Masih mendapat sambutan. Jadi,selepas ini ,angah perlu review blog-blog yang terpilih.
Kepada yang tidak terpilih,minta maaf,mungkin diwaktu yang lain baru anda akan terpilih.Dibawah ini adalah peserta review blog :-

Terima kasih diucapkan,in shaa Allah angah akan umumkan pemenang review blog pada esok hari.

Sekian.


 

Read more ...

Pageview Menghampiri 300,000...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,pageview DJH semakin menghampiri angka 300,000. Tak sangka,begitu cepat pageview meningkat. Seingat angah dahulu,hanyalah sekitar 10,000 sahaja.
Terima kasih kepada semua yang menyokong DJH sehingga ke hari ini. Jadi,jika ada sesiapa yang berjaya Printscreen Pageview angah ketika bernombor 300,000,anda akan diberi penghargaan!!
Apa  apa pun,jom join Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014... 
 

Read more ...

Tazkirah Jumaat #6 : Nasihat Untuk Adam Dan Hawa



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Nasihat Untuk Adam Dan Hawa

1. Jangan Tinggal Solat
2. Tutup Aurat Dengan Sempurna
3.Solat Dhuha & Tahajud

Bila dah jadi amalan,in shaa Allah kita akan berasa janggal jika kita tinggalkannya.Lakukannya selama 40 hari,in shaa Allah. ia juga dapat mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik...

Fikir-fikirkanlah.. 
Read more ...

Durian Oh Durian


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam ayah angah beli berlambak-lambak buah durian masa nak ambil adik angah yang belajar kt MRSM. Punyalah banyak durian sampaikan kereta dengan rumah penuh dengan bau-bauan yang harum ni.
Sebenarnya angah memang suka buah durian ni,orang kata,pantang nampak,mesti nak makan. Cuma sekarang ni angah tak berapa suka,kalau makan pun hanya satu atau dua ulas sahaja. Mungkin sebab badan tak sihat kut.
Keluarga angah sememangnya merupakan hantu durian. Tambah-tambah time satu family dah berkumpul,sudah semestinya buah durian jadi satu kemestian. Ada yang nak durian jugak?
Sekian. 
 
 

Read more ...