5 Mei 2014

Belum apa-apa lagi sudah pandai berlagak



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Panjang pula tajuk entry kali ini. Sebenarnya angah nak bercerita tentang menjadi seorang pemuzik.Ya,sememangnya bila kita masih di tahap bawah,kita sepatutnya tidak perlu berlagak atau bercakap besar kerana sesungguhnya ada lagi orang yang lagi hebat daripada anda.
Kalaupun anda sudah menjadi pemuzik hebat,tak bermakna itu sudah menjadi suatu tiket untuk anda menjadi terlampau berlagak. Ingatlah bahawa orang yang berlagak selalu rugi. Ye lah,dia akan rugi apabila ramai orang bercakap tentang perangai buruknya,akhirnya menyebabkan dia kehilangan rakan-rakan.
Macam dalam situasi kawan angah ni,walaupun dia masih baru,tetapi perangainya yang berlagak dan sifat seperti sudah menjadi seorang PEMUZIK handalan menyebabkan ramai senior-senior bercakap hal-hal buruk tentang dirinya. Angah sebagai seorang kawanya turut merasa sedih apabila mendengar cerita buruk yang sememangnya bagi angah adalah sesuatu yang tidak betul.
Semuanya berpunca apabila,kawan angah ini bersikap berlagak dan sombong. Apabila kita bersikap baik dan berkawan dengan semua,in shaa Allah kehidupan kita akan lebih lancar tanpa sebarang gangguan daripada orang lain. In shaa Allah,kita juga boleh atur jadual harian dengan lebih senang.
Menjadi seorang pemuzik ini bukannya senang. Kita perlukan masa untuk berlatih dan belajar muzik sekiranya mahu menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Tiada masa untuk bermain-main atau melakukan sebarang perkara yang akan membuat kita leka. In shaa Allah apabila kita fokus dalam mencapai apa yang kita mahukan,kita akan berjaya juga akhirnya.
Sekian. 

2 ulasan:

  1. Kadang-kadang bila kita menyendiri pun dikatakan berlagak. Tafsiran orang berbeza-beza.

    BalasPadam
  2. Berlagak ni mmg satu sifat yg tak elok utk kita..
    Moral of the story tak payah nak berlagak sgt lahh

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.