9 Mei 2014

Jepun Oh Jepun




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah menjadi impian angah sejak sekolah rendah lagi.Angah nak sangat pergi ke negara Jepun.Angah memang nak sangat pergi negara matahari terbit,selepas angah belajar bahasa jepun ketika di sekolah menengah.
Memang time sekolah menengah,wajib ambil bahasa asing sebagai salah satu matapelajaran.Ada tiga pilihan iaiu bahasa Jepun,bahasa Perancis dan bahasa Arab.Tapi bukan pilihan pun sebenarnya,pihak sekolah dah tetapkan sendiri kelas mana yang ambil bahasa itu.
Kenapa angah nak sangat pergi Jepun? Sebab angah suka dengan suasana di sana. Dengan udara yang nyaman.Rakyat yang pembersih. Tambah-tambah angah ada tengok dalam youtube tentang orchestra hebat di Jepun iaitu Tokyo Kosei Band. Memang itu dah menjadi minat angah.
Selain itu,syarikat pembuat instrument alat Muzik terkenal juga berasal dari Jepun iaitu YAMAHA. Angah sungguh excited.Bila lah masanya angah akan dapat pergi ke Jepun.Nampaknya angah kena kerja keras untuk ke sana. In shaa Allah.
Sekian 


7 ulasan:

  1. Teringin nak melancong kat sana

    BalasPadam
  2. Wah nak g Jepun ker ???
    Insyaallah ada rezeki murah rezeki panjang umur sampai la Angah kat sana,..

    BalasPadam
  3. tingin sangat nak pergi tapi....................budget tak cukup lagi

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.