8 Mei 2014

Mengidam Ketupat...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tiba-tiba di siang hari,angah lapar nak makan ketupat pulak.Betapa sedapnya ketupat yang mak angah masakkan di hari sebelum nak raya. Masih lagi ingat,sehari sebelum raya,sudah pastinya dekat rumah angah dah ada macam-macam bau. Bau ketupat,rendang,kuih raya.
Dan yang paling best bau baju raya baru. Hehe,memang best bila teringatkan raya. Tapi kalai ni angah nak bercerita pasal ketupat. Sememangnya angah lebih sukakan ketupat daun palas. Angah siap boleh balut lagi daun tu,sebab mak dengan ayah angah ajarkan.

Angah tak berapa gemar ketupat yang satu lagi tu,angah lagi suka ketupat pulut sebab lagi umphh. Tapi takpela,ikut orang juga. Bila time nak mencari daun palas tu,memang best. Kalau time dulu-dulu,pergi masuk hutan belakang rumah kat kampung semata-mata nak cari daun palas. Tapi sekarang dah boleh jumpa dekat pasar dah. Ada orng jual.
Ada lagi tak sesiapa yang tak pernah rasa ketupat daun palas? Kalau belumangah nak jemput anda semua untuk datang ke rumah angah time raya nanti :D 

6 ulasan:

  1. wah sedap!ketupat daun palas memang torbaikkk!nyummmyx3..

    BalasPadam
  2. singgah sini..smpai skrg fail lg nk anyam ketupat. daun palas ok je. hehee. tunggu raya la dpt mkn.

    BalasPadam
  3. Hehehe Angah ni buat akak teringat hari raya la pulak ...
    Main2 ketupat plak dia ...
    Kat sini tak kira raya ker tak rayer ker mmg ada la ketupat tu kalau nak makan ,....
    Ehh dah ajak pergi umah dia ..
    Bawak sini alamat angah kak lya nak terjah nak kutip duit raya tuk anak2 hahahaha..

    BalasPadam
  4. ketupat palas memang best....teringat arwah mak angkat buat memang terbaek!!!....cicah sambal rendang

    BalasPadam
  5. kurang suka ketupat..suka burasak..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.