20 Mei 2014

Result Kolej Kediaman..




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap hari,angah akan check Portal Student UiTM untuk melihat sama ada angah dapat atau tidak keputusan Kolej Kediaman. Sememangnya hal yang paling merisaukan adalah TEMPAT KEDIAMAN untuk angah tinggal.
Ye lah,sebab situasi sekarang ini,angah masih belum tahu di mana angah akan tinggal. Sudahlah tempat angah belajar nun jauh di Shah Alam sana. Rumah angah pulak di Kedah.Bukankah ianya merupakan perbezaan yang nyata dan tidak perlu diungkapkan lagi? 
Sama ada angah akan still tinggal di Kolej Kediaman Jati atau pun Kolej Kediaman Meranti. Angah harap angah dapatlah antara kedua-duanya. Angah malas untk menyewa rumah di luar kerana kos yang mahal.Dengan taraf hidup yang tinggi di Selangor,sememangnya mampu membuatkan kepala angah botak dalam masa beberapa saat.
Angah still berdoa supaya dapat Kolej,sebab banyak kemudahan yang telah disediakan. Antara yang paling berguna sudah tentunya WIFI percuma. Di tambah lagi dengan katil,bilik air,sememangnya sudah mencukupi untuk seseorang yang bergelar Student.
PrayForMe

*Jom sertai Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 yang sedang berlangsung... 


2 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.