5 Mei 2014

SABAR : Nak Kahwin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


SABAR

Sabar... Pertamanya angah perlu sabar dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.Dugaan yang diturunkan oleh Yang Maha Kuasa kepada seorang hambanya. Apa yang angah tahu,semua yang diberinya adalah setara dengan kemampuan hambaNya sendiri,maka sudah semestinya setiap hambaNya mampu hadapi setiap dugaan.
Sabar... Keduanya angah perlu sabar untuk mencapai cita-cita angah.Ya,setiap orang semestinya inginkan cita-cita mereka tercapai.Sama juga dengan angah,walaupun masih samar-samar lagi,tapi angah dah tahu hala tuju angah. Asalkan angah berusaha dan majukan diri,in shaa Allah,angah akan berjaya mendapatkan apa yang angah mahu,
Sabar... Ketiganya angah perlu bersabar sebelum berkahwin.Entah kenapa,angah teringin sangat mempunyai family sendiri,mempunyai anak dan isteri sendiri. Bukannya apa,angah malas nak bercintan-cintun sebelum kahwin. Sebab sudah semestinya akan ada maksiat walaupun sekelumit zarah kan?
Sabar... Keempatnya angah perlu bersabar sebelum dapat pergi ke tempat yang angah nak tuju. Huhu,impian angah adalah menjejakkan kaki di negara Jepun.Memang daripada kecil angah nak pergi negara tu.In shaa Allah suatu hari nanti,angah akan dapat juga pergi ke sana. 
Sabar... Kelimanya angah perlu bersabar untuk melayan orang-orang yang tak pernah nak sabar.Eh*? Macam pelik pulak? Haha,memang sebegitu. Orang-orang yang tak sabar,kita kena layan mereka dengan cara yang sabar.
Sekian.

1 ulasan:

  1. setiap ape yg kita lakukan ..mesti kne sabar untuk dpt kn hasil nye kann :)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.