10 Mei 2014

Soksek Aku Datang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mesti kebanyakan orang pelik bila tengok tajuk entry ni kan? SOKSEK?? Apakah itu? Untuk pengetahuan semua,Soksek merupakan singkatan nama bagi sekolah angah yang dulu. Iaitu Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.
Sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di negeri Pulau Pinang. Hari sabtu,bersamaan hari ini iaitu tanggal 10/5/2014,angah telah menjejakkan kaki sekali lagi ke sekolah angah.
Kenapa angah datang sekolah pulak time tengah cuti semester? Kan tengah bercuti,jadi angah rasa baik angah pergi sekolah. Lagipun angah boleh mengajar mereka tentang Muzik. Untuk pengetahuan semua,angah belajar muzik daripada sekolah itu, dan sekarang bila angah dah sambung belajar di UiTM Shah Alam,angah rasa macam dah tanggungjawab angah untuk ajar balik budak-budak sekolah.
Lagi pula,angah boleh luangkan masa yang terlampau banyak terbuang dengan mengajar student. Rasa macam oke je. Hehe, tetiba angah rasa rindu dengan sekolah. Boleh angah tengok balik atau mengimbau kenangan lalu kan?
Sekian. 
 
 
 

2 ulasan:

  1. Mesti best dpt jejakkan ke sekolah kembali ..
    Wah angah nak mengajar ....
    Ok la tu ajar budak2 hehehe ..

    BalasPadam
  2. Bestnyaaaa kembali ke sekolah. Bagus angah ni. Ajar budak2. hehe

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.