29 Jun 2014

Deactivated Facebook



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk pengetahuan semua,angah baru sahaja meng DEACTIVATED kan facebook angah yang lama. Facebook angah yang lama ialah KHY AERILL HASSAN,manakala FB yang baru ialah Mohamad Khairil Hassan.
Kenapa angah tukar facebook baru?
Sebab angah rasa facebook lama penuh dengan perkara-perkara yang angah tak suka. Contohnya politik yang melampau,orang yang batak-batak,and bermacam-macam lagi.Angah tak suka bila perkara yang tak penting muncul di wall Facebook kita.
Facebook baru?

Apa yang angah rasa serkarang ini adalah,lebih baik dengan facebook yang baru sebab lagi senang. Lagipun angah tak akan add sesiapa untuk menjadi friends angah, angah hanya akan approve sahaja. Malas ak ada kawan beribu,tetapi yang bertegur hanya seorang.
Jadi kepada sesiapa yang nak add FB baru angah,bolehlah klik link di bawah ini.

 
 
 

Read more ...

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Di pagi 1 Ramadhan yang mulia ini,agah nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua rakan-rakan bloggers sama ada yang angah kenal mahupun tidak. Semoga ramadhan kali ini dapat menjadikan diri kita lebih baik berbanding sebelum ini.
Semoga mereka yang tidak cukup puasanya pada Ramadhan lepas dapat mencukupkan puasanya. Selain itu,berpuasalah mengikut apa yang telah ditetapkan dan bukannya sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga sahaja.
Sekian. 
 
Read more ...

27 Jun 2014

Sampai Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Akhirnya sampai jugak angah di rumah angah tercinta. Di mana? Di Kulim Kedah Darul Aman.Bagi sesiapa tak tahu Kulim di mana,cuba search tentang airport baru yang akan dibina di Kedah.Itulah tempat tinggal angah.
Sebenarnya angah nak sangat balik rumah bukan sekadar nak sambut first puasa sahaja. Tetapi untuk menghilangkan stress yang terlampau banyak.Angah stress bila berada di Shah Alam,sebab apa? Sebab asyik teringat tentang assignment dan juga rakan-rakan.
Bila balik rumah,walaupun sekejap sahaja,angah rasa amcam terus stress hilang bila dapat jumpa keluarga,kucing dan segala-galanya. 
 

Read more ...

25 Jun 2014

Penat.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Dikesempatan waktu yang ada,angah sempat menaip entry ini. Sekadar untuk menceritakan betapa penatnya hidup sekarang ini. Angah terpaksa prektis untuk segala macam. Ditambah lagi dengan assignment yang berlambak. Kemudian angah stress,tapi in shaa Allah,stress dan penat akan hilang,bila dah masuk bulan Puasa.
Tak sabar tunggu bulan puasa,bulan yang dinanti-nantikan. In shaa Allah angah akan kembali seperti biasa di bulan puasa. 
Read more ...

24 Jun 2014

Muzik Melayu Asli :Memartabatkan Muzik Kita


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang angah nak story kali ini adalah tentang salah satu subjek kesukaan angah untuk semester kali ini. Untuk semeser kali ini, subjek Malaysian Music III , angah kena belajar untuk bermain dan menghayati lagu Muzik Melayu Asli.
Bagi angah ianya merupakan satu peluang yang terbuka luas untuk angah lebih menghayati Muszik Tradisional Melayu kita. Tetapi, pada awal-awal ini,angah merasakan agak sukar untuk angah mempelajari instrument dalam muzik ini.
Jadi,apa kata kita tengok antara alat muzik yang terdapat dalam muzik melayu asli. 
 
Accordian


Bagi anga sendiri,agak sukar untuk dimainkan,tetapi bila dah mula start prektis in shaa Allah,senang je nak main,lagipun ianya tidak mempunyai nota muzik yang  tetap.
 Electric Bass Guitar
Mungkin ada yang pelik,sebab kenapa ada alat muzik modern dalam Muzik Melayu asli,tapi sebenarnya bass guitar digunakan untuk dijadikan sebagai bunyi bass dalam muzik melayu asli.
 Acoustic Guitar

Acoustic guitar digunakan untuk menambah variety bunyi dalam muzik asli serta membuatkan bunyi kemelayuan bertambah asli.
 Flute


Salah satu elemen penting dalam muzik melayu asli. Kadang-kadang ada yang menggunakan seruling,tetapi penggunaan Flute yang lebih ke arah modern juga boleh digunakan.

Marwas


Salah satu alat tradisional yang unik,digunakan sebagai gendang dan cara bermain adalah dengan memukul permukaannya.

Rebana


Rebana merupakan salah satu alat wajib,menghasilkan bunyi seperti gong,mempunyai pelbagai teknik untuk bermain.
 Violin

Salah satu alat Barat yang digunakan secara meluas dalam muzik melayu asli.
Kesimpulannya, angah merasakan bahawa muzik melayu asli yang semakin dilupakan oleh kaum melayu sendiri perlu dinaikkan semula.Masih ingat lagi bagaimana Dato' Siti Nurhaliza berusaha memartabatkan muzik melayu asli,sehinggakan pada zamannya muzik melayu asli di jadikan salah satu muzik popular ketika itu.
Tetapi pada masa sekarang,penggunaan muzik melayu asli semakin kurang. Kebanyakan artis Melayu sudah tidak mahu menyanyikan lagu Melayu asli. Selain itu,kita hanya dapat mendengar muzik melayu asli di radio-radio milik kerajaan dan bukannya di radio swasta yang popular.
In shaa Allah,jika tiada yang menghalang,angah  dan rakan-rakan akan memartabatkan kembali muzik Melayu Asli,supaya generasi masa depan masih dapat mendengar dan menghayati kekayaan muzik melayu asli. 
Read more ...

23 Jun 2014

Stress : Arghh!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Stress dengan kehidupan? Bukanlah sebenarnya angah agak tertekan dalam melakukan banyak perkara dalam satu masa.Tekanan yang datang daripada lecturer,rakan-rakan dan juga diri sendiri.
Mungkin angah perlukan masa untuk angah lebih rasa tenang. Angah perlukan rakan-rakan untuk sentiasa mendoakan angah supaya sentiasa selamat dunia dan akhirat. 
Read more ...

22 Jun 2014

Keputusan Finale Wind Orchestra SBP 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada tanggal 20 dan 21 Jun 2014,telah berlangsungnya sebuah pertandingan Wind Orchestra terulung dan paling berprestij di negara ini. Pertandingan ini ialah Finale Wind Orchestra SBP 2014 di Dewan Agong Tuanku Canselor,UiTM Shah Alam.
Pada bulan Mac yang lalu,pertandingan awal telah diadakan di Kolej Tunku Kurshiah,Bandar Enstek,Negeri Sembilan.5 sekolah yang terpilih dan layak ke Finale ialah sekolah-sekolah berikut :-

Sekolah Menengah Sains Machang,Kelantan

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Kolej Tunku Kurshiah,Bandar Enstek,Negeri Sembilan

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak

Sekolah Dato' Abdul Razak,Negeri Sembilan.

Di peringkat awal,25 sekolah telah menyertai pertandingan itu. Sekolah yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada sekolah berasrama penuh dan juga sekolah cluster.
Keputusan Finale Wind Orchestra SBP 2014

Juara

Sekolah Menengah Sains Machang,Kelantan.

Naib Juara

Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh,Perak.

Ketiga

Kolej Tunku Kurshiah,Bandar Enstek,Negeri Sembilan.

Saguhati

Sekolah Dato' Abdul Razak,Negeri Sembilan

Saguhati

Sekolah Sultan Alam Shah,Putrajaya.

Tahniah diucapkan kepada sekolah yang memenangi pertandingan ini. Kepada sekolah yang tidak bernasib baik,cuba lagi dalam Festival Wind Orchestra 2015!!

 
 

Read more ...

Lama Tak Update!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya sudah beberapa hari angah tak update blog,bukannya apa,sebab angah tak sempat nak update blog,sama ada untuk buat auto publish atau entry segera.
Di hujung-hujung minggu lepas,angah agak sibuk dengan pelbagai event. Memandangkan pelajar degree exam,bermakna pelajar diploma terpaksa menguruskan event di fakulti ini.
Selain itu,angah juga perlu menghadiri satu aktiviti wajib di Shah Alam,yang dijalankan oleh pihak fakulti. Kemudian aktiviti yang memenatkan dicampur lagi dengan cuaca panas Shah Alam,memang membuatkan segala-galanya tergendala.
Sekian. 

Read more ...

18 Jun 2014

Musim Sakit.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya sekarang ni dah start musim ramai orang sakit. Macam di kawasan angah sendiri,cuaca yang panas,di tambah lagi dengan keadaan yang kering,memang ramai kawan angah yang sakit-sakit. Sama ada deman atau selesema dan juga batuk.

Pembelajaran semester tiga yang baru masuk minggu kedua benar-benar membuatkan angah rasa sedih dan letih. Betapa sibuknya setiap hari,nak kena prektis lagi. 
Letih. 
Read more ...

Kutip Daging Isteri



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Betapa sayunya hati angah bila membaca artikel akhbar ini. Sungguh sedih dan sayu. Betapa seorang suami sayang akan isterinya. Angah turut berasa sedih dgn kejadian ini.
Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Sekian. 

Read more ...

17 Jun 2014

Segmen Klik Dan Menang by Diari Jejaka Hangat




Segmen terbaru dari DJH. Tak perlu buat entry,hanya perlu kejujuran dan kerajinan anda sahaja.

Syarat-syarat :-

Blogger.
Seorang yang jujur.
Terima segala keputusan kelak.

Cara-cara  :-

Klik link-link berikut sehingga habis loading.


Kemudian,Like Fanpage dan Follow blog Diari Jejaka Hangat

Seterusnya, apabila semua cara-cara di atas telah diikuti dengan tepat dan jujur, tinggalkan url blog anda di ruangan komen entry ini.

Contoh komen anda :-

"Saya jujur dalam segmen ini. Url blog : http ://diarijejakahangat.com."

Sekian.

Segmen akan berlangsung selama 5 hari sahaja. Bermula dari hari ini iaitu 13.6.2014 sehingga 17. 6.2014.
Hadiah untuk pemenang :-

Topup RM 5
Review Blog
Ruangan Iklan Sebulan



Read more ...

Segmen Tamat Hari ini!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang angah nak cakapkan adalah,bahawasanya segmen klik dan menang akan tamat pada hari ini. Anda masih mempunyai masa untuk menyertainya.
Kenapa perlu sertainya?

Sebab utamanya,tak perlu buat entry,tak perlu follow dan like banyak2 blog. Tak perlu post gambar,dan kumpul like terbanyak.  
Jadi?

Apa yang perlu adalah anda klik 5 link sahaja. Kemudian,komen di ruangan komen di dalam entry tersebut. Secara rasminya anda sudah sertai segmen itu.
Mudah kan? 


Read more ...

16 Jun 2014

BREAK UP




Break Up

Perbezaan Lelaki dan Wanita

Read more ...

Shopping Sakan!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam angah dan kakak angah serta boyfriendnya bershopping sakan.Sebenarnya memang dah rancang dah sebelum ini.Dah memang bila angah keseorangan di rum,ah sewa,jadi memang sesuatu yang angah nantikan.
Perjalanan dimulakan dengan pergi ke Mid Valley,kami pergi tengok wayang lepas tu jalan-jalan.Terserempak pulak dengan Izzue Islam. Lepas tu kami jalan-jalan lagi sekitar shopping komples itu.
Bila di sebelah petang,kami pergi ke Giant ,beli barang-barang keperluan. Lepas tu disebelah malam,kami pergi Uptown Seksyen 24,Shah Alam. Beli baju kemeja dan juga baju t shirt.
Best bila dapat habiskan duit untuk diri sendiri. Angah rasa tak berbaloi bila habiskan duit untuk orang yang tak tentu-tentu lagi akan menjadi isteri kita. Macam apa yang angah selalu buat,belanja orang yang dekat dengan kita sahaja.
Sekian. 
 

Read more ...

15 Jun 2014

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



Sumber : Facebook

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


Sekian.
Read more ...

Minggu Pertama : Semester 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


In this entry angah akan tulis tentang apa yang berlaku semasa minggu pertama dalam semester ketiga. Bagi angah sendiri,minggu in merupakan minggu yang mengejutkan.Sebab apa? Selalunya orang akan ingat minggu pertama boleh rileks lagi,tak perlu risau,tetapi jauh bezanya apabila dengan situasi yang angah hadapi.
Pertama,hari isnin angah menerima kejutan apabila subjek Forum,students akan start perform bermula minggu hadapan.Selain itu,subjek Keyboard Skills 1 memerlukan angah untuk prektis piano setiap hari,untuk membolehkan angah lulus dengan cemerlang.
Kedua,subjek Performance Studies memerlukan angah untuk membuat research yang banyak terhadap perfomance dan juga composer.Bagi subjek Theory 3,angah hampir-hampir tak dapat nak fokus disebabkan pertukaran lecturer,daripada lecturer cina kepada lecturer mat salleh.Angah tak faham!!
Ketiga,subjek Malaysian Music3, semua students perlu kuasai muzik tradisional asli melayu. Jadi bermakna angah kena kuasai antara Accordian,Rebana,,Maruas,Gitar Akustik,Violin,Flute. Ini bermakna semakin bertambah alat untuk angah prektis.
Keempat,subjek Bel 311,semester kali ini kena buat term paper,yang mana perlukan angah untuk buat research.Selain itu,ianya kerja berkumpulan,jadi angah kena pilih kumpulan yang benar-benar boleh bekerjasama.
Kelima,subjek orchestra.Semester ini dapat lagu baru,jadi bermakna kena prektis lagu orchestra la pulak.Selain itu,subjek Aural Skills 3,dapat lecturer baru,yang bermakna agak susah untuk angah belajar di awal semester ini.
Keenam,subjek Principal Study,kelas hanya setengah jam setiap minggu tetapi lagu yang diberikan adalah banyak. Dengan scale lagi. Memang nak kena prektis clarinet selalu.Ditambah lagi dengan subjek Music Technology,kena buat lagu menggunakan software,dan perlukan masa yang banyak.
Ketujuh,sekali lagi angah dilantik untuk mengajar junior semester 1 dan 2 dalam subjek Theory Music. Bermakna,angah perlu mengambil masa untuk mengajar mereka. 
Kesimpulannya :-
Semester ini angah tak boleh nak main-main lagi. I have to stay in the right path. Memang banyak benda nak kena prektis,dan banyak juga benda-benda yang angah kena hadapi. Sngat susah bagi angah untuk semester ini. Baru first week tapi angah dah dapat rasakan betapa banyaknya tekanan yang ada.
Sekian. 
 
 
 
 
 
 
Read more ...

14 Jun 2014

Bila Seorang Diri..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hujung minggu kali ini,angah keseorang di rumah sewa baru.Housemate angah yang lain semuanya balik ke rumah masing-masing.Kenapa angah tak balik? Sebab utamanya ialah rumah angah sangat jauh. Memakan kos yang banyak. Jadi,angah rasa membazir kalau balik rumah hanya untuk 2 hari sahaja.
Apa yang membuatkan angah sakit hati adalah apabila seorang kawan angah kononnya nak balik rumah sewa pada hari sabtu,tetapi apabila angah tunggu,masih tinggal angah seorang.Rupanya dia tak jadi datang pada hari sabtu ( Hari ini ) And i was like.. -_-
Bosan bila tinggal sorang-sorang. Dengan takde TV,yang ada cuma laptop. Laptop pun jadi boring. Angah malas nak keluar jalan-jalan memandangkan angah tak cukup duit untuk keluar,jadi angah rasa better duk kat rumah je. Tapi jadi terlampau bosan,sebab tak bercakap dengan sesiapa langsung.
Dah la kecewa dan terasa hati dengan seorang kawan.Mood nak study hancur lebur. Angah perlukan sesuatu untuk cheer up angah. Rasa macam nak jerit kuat-kuat kat kawasan perumahan ini. Tapi tak boleh sebab,nanti semua marah angah sebab ganggu kawasan kejiranan.
 Sekiab.
 
Read more ...

Ranking Alexa 14.6.2014




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Global Rank
298,588


Rank in Malaysia
1,692

Ranking Alexa untuk blog DJH sekarang ini berada di laluan terbaik. Angah rasa cukup gembira kerana sudah berada di bawah 2,000. In shaa Allah di masa akan datang angah akan improve kan lagi ranking ini.
Sekarang ini,angah mengamalkan konsep ,setiap hari ada update entry. Walaupun satu entry. Kalau macam angah tak sempat nak update,angah akan auto publish. Sebab sememangnya susah nak curi masa utk update blog.
Terima kasih. 

Read more ...

Myanmarsia : Negara Maju




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Saya pergi ke sebuah kedai runcit di salah satu negeri termaju di Malaysia. Sebuah kedai yang nampak biasa sahaja,tetapi dibuka selama 24 jam. Saya merupakan seorang Melayu tulen dan rakyat Malaysia.
Apabila saya masuk sahaja kedai tersebut,saya mengambil barang yang ingin saya beli. Saya lihat di sekitar terdapat beberapa orang pekerja di dalam kedai itu. Yang pelik,mereka semua adalah bangsa asing,iaitu orang Myanmar. Apabila saya nak membayar duit untuk barang yang saya beli,juruwang langsung tidak mengendahkan saya,kemudian boleh pula membenarkan rakan senegaranya membayar dan potong line saya.
Saya terfikir adakah ini maknanya negeri maju atau negara maju?Apabila semua tempat dimonopoli oleh rakyat negara lain. Disebabkan tidak diendahkan,saya terus letak barang dan pergi ke kedai lain. Sambil saya pergi,sempat saya menggeleng kepala.
Nampaknya bidang peruncitan telah diambil alih oleh rakyat negara lain. Mungkin dalam masa 5 tahun lagi,negara Malaysia akan bertukar namanya. Ya,apabila rakyatnya sudah tiada. Apabila rakyatnya masih lagi hidup bersenang lenang ketika ini,akibatnya di masa hadapan,terhasillah sebuah negara yang kononnya maju,tetapi maju akibat rakyat negara lain."

Sekian. 
 
Read more ...

Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 14 Jun 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

CPUV Nuffnang 2 & 3



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berita gembira untuk angah sendiri. Hari itu,angah excited kerana satu iklan CPUV Nuffnang akhirnya melekat setelah bertahun menunggu. 
Beberapa hari sebelum ini,ada dua lagi iklan CPUV Nuffnang  yg melekat di blog Diari Jejaka Hangat.
uMobile Prepaid Free
Whisper Mesh & Cotton

Kalau anda nampak iklan tu sedang diputarkan dalam blog ini? Boleh tolong klik tak? Huhu.. terima kasih.

Sekian.


 



Read more ...

13 Jun 2014

Tazkirah Jumaat #10 : Bersyukur




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Manusia tak pernah bersyukur.

Sebagai seorang hamba yang sentiasa mencari ke redhaan Ilahi,memang penting untuk kita rasa bersyukur dengan terhadap kurniaan-Nya. Bersyukur kerana kita masih hidup pada hari ini. Kadang-kadang ada hamba-Nya yang tidak diberikan umur yang panjang seperti kita.
Bersyukur kerana diberikan rezeki yang cukup. Kebanyakan orang asyik merungut kerana rezeki atau hasil yang didapatkan hanyalah sedikit dan tidak mencukupi. Sebaliknya,bersyukur dengan anugerah atau rezeki yang dikurniakan. In shaa Allah,apabila kita bersyukur,nescaya rezeki itu akan diberkati bahkan mungkin akan ditambah lagi.

Sekian. 

Read more ...

Single Sex or what??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pertama
Berkaitan dengan tajuk entry ini,angah ingin bertanya kepada anda adakah sekolah yang hanya sejantina lebih bagus atau sekolah yang mempunyai lelaki dan perempuan??
Bagi angah sendiri,angah tiada idea untuk itu,memandangkan angah sendiri belajar di sekolah dua jantina.
Kedua 

Masih berkaitan dengan hal single sex, mengapakah kebanyakan sekolah yang lebih ke arah keagamaan  Islam masih lagi membuat sistem dua jantina di sekolah,sedangkan agama lain sudah mempunyai sekolah yang hanya berasaskan satu jantina sahaja.
Sekian.

*Actually, this is for my research. Yes,i am doing all this for my research only. I hope that no such bad comment or others. This is for us to share about our opinion only. :D
Thanks 
Read more ...

12 Jun 2014

Nak cemerlang?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadang-kadang angah selalu tengok kawan-kawan angah sendiri,apabila berbicara,mereka inginkan kecemerlangan,kononnya mahu dapatkan result yang terbaik untuk semester kali ini. Bagi angah itu merupakan sesuatu yang bagus dan wajar diberikan pujian.
Tetapi yang tidak bagusnya adalah apabila mereka tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelum. Mungkin mereka ingat bahawa KECEMERLANGAN akan jatuh bersama dengan hujan di waktu musim yang panas ini.
Sangat menyedihkan,kemungkinan di awal semester,semuanya merasakan bahawa masih banyak masa lagi,dan kononnya inilah masanya untuk kita enjoy kan diri.
Sekian. 
 
 

Read more ...

Kena Samun!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam,angah dikejutkan dengan berita bahawasanya kawan angah telah di samun oleh sekumpulan orang,di tengah hari yang panas terik.Kejadian berlaku di Seksyen 2,Shah Alam.
Apa yang menakutkan bagi angah ialah,semakin berleluasa jenayah samun ini. Bayangkan,di siang hari,masih ada yang sanggup untuk menyamun orang lain. Mengapakah? Adakah kerana terlampau miskin sehingga sanggup menyamun orang lain?
Kesian kawan angah. Alat muziknya di samun,begitu juga dengan duit di dalam dompetnya. Apa yang angah takut adalah apabila angah keseorangan pulang ke rumah sewa di waktu malam. Bukannya apa,angah selalunya prektis di fakulti sehingga lewat malam.
Lepas habis prektis,angah akan pulang dengan menaiki bas RapidKL.Jadi,apabila keseorangan diri,tanpa sesiapa yang dikenali,angah sendiri agak khuatir.
Sekian. 
 
 

Read more ...

11 Jun 2014

Wordless Wednesday 39 : Family




*Tak cukup lagi 2 org.

Angah rindukan family angah.

Read more ...

Wordless Wednesday 38 : Cadburry sangat!




KKM keluarkan kenyataan Cadburry haram,terus ramai tak makan tak beli.

Al quran beritahu dedah aurat haram dari dulu,kenapa tak tutup lagi?

Read more ...

Lets Be Happy




Lets Be Happy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semester baru yang mencabar bagi angah. Setiap subjek sepertinya sangat susah untuk dapat A+. Bagi angah sendiri,dua hari pertama dalam semester ketiga ini,umpamanya seperti waktu final exam. Sangat kelam kabut dan penuh dengan rasa risau.
Apa yang angah boleh bayangkan adalah,betapa serabutnya kalau angah tak bertindak dari awal,maksudnya bersedia dengan segala assignment,dengan segala practise. I have to make my own schedule. 
Memandangkan ini baru sahaja minggu pertama,angah percaya akan ada banyak lagi dugaan yang akan datang. In shaa Allah selagi angah mampu,angah akan bertahan.
Jadi,lets be happy. 
 
Read more ...

10 Jun 2014

Pendidikan diutamakan...




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bukankah angah sudah memberitahu tempoh hari bahawa,sekarang angah sedang belajar di UiTM Shah Alam?
Ye,angah sekarang sedang belajar di UiTM Shah Alam,dalam bidang Muzik. Sekarang angah di semester ketiga dimana masih berbaki dua sahaja semester lagi untuk mencukupkan 5 semester kesemuanya.
Kemudian angah akan sambung degree dalam bidang muzik juga selama 4 tahun.Mungkin di dalam Malaysia,mungkin juga di luar negara.Tetapi angah harap pada ketika itu angah belajar di dalam Malaysia sahaja.
Kemudian di peringkat Master Muzik pula,angah berharap agar angah dapat menyambung pengajian di luar negara. Angah nak kutip pengalaman dan budaya muzik luar negara tanpa meninggalkan sebarang unsur-unsur agama  Islam dalam diri angah. 
Macam yang senior angah cakap..

"Ambil bidang muzik,kita ubah muzik sekarang,kita buat muzik atau lagu-lagu yang memuji tuhan,memuji Nabi-nabi dan memartabatkan agama Islam."

In syaa Allah.



 
 
Read more ...

Panas.. Panas.. Panas..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca sekarang sangat panas. Apa yang memeritkan kehidupan angah di Shah Alam ini adalah cuaca yang panas. Bayangkan,sampaikan waktu malam,masih lagi dalam keadaan panas. Nak tidur pun susah. Sememangnya angah tak boleh tidur dalam keadaan panas dan berpeluh.
Macam dalam keadaan angah semalam,kami satu rumah tak dapat tidur pada masanya,sebab keadaan yang begitu panas,sedangkan kipas sudah dibuka dan dibuka pada paras paling laju. Akhirnya kami terpaksa pergi ke 7 Eleven di waktu tengah malam,dan membeli air mineral sejuk.
Alhamdulillah,keadaan selepas itu kembali normal dan akhirnya semua boleh tidur dengan lena.
Sekian. 
 
 


Read more ...

9 Jun 2014

Antara Kucing Belaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Baiklah,untuk entry kali ini ialah, angah nak tunjuk gambar 
beberapa ekor kucing belaan angah sekeluarga.


Read more ...

Semester Baru Bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semester baru baru sahaja bermula pada hari ini iaitu tanggal 9 Jun 2014.
Tak sangka sudah setahun angah menyambung pengajian di peringkat yg lebih tinggi.
Angah start belajar di universiti ialah pada Jun 2013. Dan kini telah masuk Jun 2014. Alhamdulillah.
Sekian
Read more ...

8 Jun 2014

Dah Sampai...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya angah dah sampai Shah Alam.

Buat apa angah dtg Shah Alam?

Sebenarnya angah datang Shah Alam untuk sambung pengajian yg tertangguh disebabkan cuti semester.

Maka selepas ini, angah akan kembali belajar di UiTM Shah Alam.

UiTM Dihatiku.

Sekian

Read more ...

Tutorial Letak Lagu Dalam Blog



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita bersama lagi dalam rancangan Tutorial Bersama DJH. Baiklah,kali ini angah akan ajar anda bagaimana nak letak lagu dalam blog. Cara yang simple sahaja,tetapi hasilnya memang hebat.
Cara-caranya :-

Tekan LINK ini.Kemudian anda akan dibawa ke page SCM PLAYER.

Seterusnya,anda pilih jenis Player yang anda suka.Tetapi jangan tekan done lagi.


Kemudian anda klik Edit Playlist,seperti dalam gambar diatas.

: Tak tahu nak cari url lagu macam mana?

Buka YOUTUBE


Search lagu yang anda inginkan,kemudian copy url lagu tersebut.


Dah copy kan?Kemudian paste pada ruangan Song Url tersebut.

Seterusnya,pergi pula ke Configure Setting


Anda boleh ubah mengikut kesesuaian dan juga keinginan anda.

Lepas dah habis membuat pengubahsuaian,tekan Done.


Seterusnya akan keluar seperti dalam gambar di atas,just copy yang terdapat dalam box itu.

Macam mana nak letak dalam blog pula?

Log in > Dashboard >Design > Add Gadget > HTML/Javascript

Paste kan kod tadi ke dalam ruangan itu.

Save dan buka blog anda.

Siap.

Menjadi atau tidak? Angah harap menjadi. Kalau tak jadi,anda boleh buat berulang kali.

Sebenarnya angah sendiri tak letak lagu dalam blog,sebab angah tak berapa gemar lagu dalam blog. Tetapi bagi sesetengah blogger pula,ada yang suka apabila lagu berkumandang dalam blog. Jadi,ini lah caranya.
Sekian.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen. 

Read more ...

Gambar Sangat Lucu



 

Sumber : Twitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First time angah tengok gambar ni,angah rasa macam "Is that real??".Rupanya memang real.Gambar ini adalah gambar alpaka yang telah diambil bulu-bulunya.
Bukankah sangat comel? Dengan kepala yang bulat sebegitu. Sememangnya menarik perhatian angah untuk terus update entry. :D
Sekian. 

Read more ...

Lesson Of Time : KARMA




Lesson Of Time : KARMA

When a bird is alive.. It eats Ants. When the bird s dead.. Ants eat the bird. Time &Circumstances can change at any time. Don't devalue or hurt anyone in life. You may be powerful today. But remember. Time is more powerful than you! One tree makes a million match sticks.. Only one match stick needed to burn a milion tress... So be good and do good.

Sekian.

Sumber : Twitter 

Read more ...

7 Jun 2014

"Adakah Puasa kami sah?"




Klik Gambar Untuk Lebih Besar


Seorang Mufti Besar Arab Saudi menangis teresak-esak setelah menerima soalan melalui telefon dalam sebuah rancangan Tv live. Panggilan tersebut datang daripada seorang saudara Islam dari Somalia dengan pertanyaan :

"Adakah puasa saya (dan kami) sah dan diterima Allah SWT sedang kan saya (kami) tidak dapat bersahur atau berbuka?"

Saudara kita di Somalia tiada apa-apa untuk bersahur dan berbuka sedang kita enak menjamu selera dan aman damai. Fikir-fikirkanlah.
Read more ...

Respect Them




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Respect Them

Walaupun mereka begitu daif tetapi mereka tetap tekun menuntut ilmu.Bagaimana dengan kita?

Renung-renungkanlah..

Read more ...