24 Jun 2014

Muzik Melayu Asli :Memartabatkan Muzik Kita


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang angah nak story kali ini adalah tentang salah satu subjek kesukaan angah untuk semester kali ini. Untuk semeser kali ini, subjek Malaysian Music III , angah kena belajar untuk bermain dan menghayati lagu Muzik Melayu Asli.
Bagi angah ianya merupakan satu peluang yang terbuka luas untuk angah lebih menghayati Muszik Tradisional Melayu kita. Tetapi, pada awal-awal ini,angah merasakan agak sukar untuk angah mempelajari instrument dalam muzik ini.
Jadi,apa kata kita tengok antara alat muzik yang terdapat dalam muzik melayu asli. 
 
Accordian


Bagi anga sendiri,agak sukar untuk dimainkan,tetapi bila dah mula start prektis in shaa Allah,senang je nak main,lagipun ianya tidak mempunyai nota muzik yang  tetap.
 Electric Bass Guitar
Mungkin ada yang pelik,sebab kenapa ada alat muzik modern dalam Muzik Melayu asli,tapi sebenarnya bass guitar digunakan untuk dijadikan sebagai bunyi bass dalam muzik melayu asli.
 Acoustic Guitar

Acoustic guitar digunakan untuk menambah variety bunyi dalam muzik asli serta membuatkan bunyi kemelayuan bertambah asli.
 Flute


Salah satu elemen penting dalam muzik melayu asli. Kadang-kadang ada yang menggunakan seruling,tetapi penggunaan Flute yang lebih ke arah modern juga boleh digunakan.

Marwas


Salah satu alat tradisional yang unik,digunakan sebagai gendang dan cara bermain adalah dengan memukul permukaannya.

Rebana


Rebana merupakan salah satu alat wajib,menghasilkan bunyi seperti gong,mempunyai pelbagai teknik untuk bermain.
 Violin

Salah satu alat Barat yang digunakan secara meluas dalam muzik melayu asli.
Kesimpulannya, angah merasakan bahawa muzik melayu asli yang semakin dilupakan oleh kaum melayu sendiri perlu dinaikkan semula.Masih ingat lagi bagaimana Dato' Siti Nurhaliza berusaha memartabatkan muzik melayu asli,sehinggakan pada zamannya muzik melayu asli di jadikan salah satu muzik popular ketika itu.
Tetapi pada masa sekarang,penggunaan muzik melayu asli semakin kurang. Kebanyakan artis Melayu sudah tidak mahu menyanyikan lagu Melayu asli. Selain itu,kita hanya dapat mendengar muzik melayu asli di radio-radio milik kerajaan dan bukannya di radio swasta yang popular.
In shaa Allah,jika tiada yang menghalang,angah  dan rakan-rakan akan memartabatkan kembali muzik Melayu Asli,supaya generasi masa depan masih dapat mendengar dan menghayati kekayaan muzik melayu asli. 

3 ulasan:

  1. DJH ni berdarah seni orangnye. Lebih kepada muzik asli. Muzik melayu asli dah makin pupus. Bagus jugak kalau djh nak naikkan semula muzik2 melayu. Support djh..!

    BalasPadam
  2. Akak minat music...semua jenis akak minat...hihihihi

    BalasPadam
  3. Sha masih minat musik melayu... & irama asli... layan je :)

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.