14 Jun 2014

Myanmarsia : Negara Maju




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Saya pergi ke sebuah kedai runcit di salah satu negeri termaju di Malaysia. Sebuah kedai yang nampak biasa sahaja,tetapi dibuka selama 24 jam. Saya merupakan seorang Melayu tulen dan rakyat Malaysia.
Apabila saya masuk sahaja kedai tersebut,saya mengambil barang yang ingin saya beli. Saya lihat di sekitar terdapat beberapa orang pekerja di dalam kedai itu. Yang pelik,mereka semua adalah bangsa asing,iaitu orang Myanmar. Apabila saya nak membayar duit untuk barang yang saya beli,juruwang langsung tidak mengendahkan saya,kemudian boleh pula membenarkan rakan senegaranya membayar dan potong line saya.
Saya terfikir adakah ini maknanya negeri maju atau negara maju?Apabila semua tempat dimonopoli oleh rakyat negara lain. Disebabkan tidak diendahkan,saya terus letak barang dan pergi ke kedai lain. Sambil saya pergi,sempat saya menggeleng kepala.
Nampaknya bidang peruncitan telah diambil alih oleh rakyat negara lain. Mungkin dalam masa 5 tahun lagi,negara Malaysia akan bertukar namanya. Ya,apabila rakyatnya sudah tiada. Apabila rakyatnya masih lagi hidup bersenang lenang ketika ini,akibatnya di masa hadapan,terhasillah sebuah negara yang kononnya maju,tetapi maju akibat rakyat negara lain."

Sekian. 
 

1 ulasan:

  1. Gapo huduh sgt name myanmarsia. Huhu. Pekeje asing mmg centu.

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.