1 Jun 2014

Rumah Sewa Di Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Nampaknya angah terpaksa mencari rumah sewa di Shah Alam. Sebab apa? Sebab keputusan kolej masih belum keluar. Kawan-kawan angah semuanya sudah gagal dalam keputusan kolej,manakala angahs sendiri pula keputusannya masih dalam proses.
Apa yang angah risaukan adalah sekiranya angah tak dapat kolej,di mana angah nak tinggal?Sebab tu angah rasa angah lebih perlukan rumah sewa untuk masa ini. In shaa Allah angah sedang mencari rumah buat masa ini.
Ada juga beberapa kawan angah menawarkan rumah untuk disewa,tetapi angah memikirkan tentang jarak antara rumah itu dengan fakulti,juga dengan transport.Angah harap sem depan akan berjalan lancar seperti biasa.
Ada orang tanya, angah sambung belajar apa?

Sebenarnya,angah sekarang nak masuk semester yang  ketiga. Semester ketiga untuk diploma Seni Muzik di UiTM Shah Alam. Dah hampir 3 semester angah belajar di IPTA.
 
 

2 ulasan:

  1. Goodluck DJH. :) lgpun tak susah pun kan nak carik rumah sewa kat shah alam. Sebab dia mmg peruntukkan utk student cam DJH.

    BalasPadam
  2. semoga urusan angah dipermudahkan..:)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.