8 Jun 2014

Tutorial Letak Lagu Dalam Blog



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita bersama lagi dalam rancangan Tutorial Bersama DJH. Baiklah,kali ini angah akan ajar anda bagaimana nak letak lagu dalam blog. Cara yang simple sahaja,tetapi hasilnya memang hebat.
Cara-caranya :-

Tekan LINK ini.Kemudian anda akan dibawa ke page SCM PLAYER.

Seterusnya,anda pilih jenis Player yang anda suka.Tetapi jangan tekan done lagi.


Kemudian anda klik Edit Playlist,seperti dalam gambar diatas.

: Tak tahu nak cari url lagu macam mana?

Buka YOUTUBE


Search lagu yang anda inginkan,kemudian copy url lagu tersebut.


Dah copy kan?Kemudian paste pada ruangan Song Url tersebut.

Seterusnya,pergi pula ke Configure Setting


Anda boleh ubah mengikut kesesuaian dan juga keinginan anda.

Lepas dah habis membuat pengubahsuaian,tekan Done.


Seterusnya akan keluar seperti dalam gambar di atas,just copy yang terdapat dalam box itu.

Macam mana nak letak dalam blog pula?

Log in > Dashboard >Design > Add Gadget > HTML/Javascript

Paste kan kod tadi ke dalam ruangan itu.

Save dan buka blog anda.

Siap.

Menjadi atau tidak? Angah harap menjadi. Kalau tak jadi,anda boleh buat berulang kali.

Sebenarnya angah sendiri tak letak lagu dalam blog,sebab angah tak berapa gemar lagu dalam blog. Tetapi bagi sesetengah blogger pula,ada yang suka apabila lagu berkumandang dalam blog. Jadi,ini lah caranya.
Sekian.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.