31 Julai 2014

Lagu Raya : Dulu & Sekarang?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap kali hari raya ,antara perkara yang paling menarik adalah sudah semestinya Lagu Raya. Suasana hari raya mestinya tidak akan dirasai sekiranya tiada lagu-lagu raya yang berkumandang di corong-corong radio mahupun di dalam kaca tv.
Macam angah sendiri ,bila angah dalam mood raya walaupun masih ada kuliah yang banyak,angah akan dengar lagu raya menggunakan senarai MP3 di dalam phone angah sendiri. Bukannya apa,cuma barulah suasana hari raya dapat dirasai dengan lebih awal.
Lagu raya?

Apa yang angah dapat lihat,lagu raya sekarang sudah tidak mempunyai sifat malar segar. Maksudnya seperti lagu-lagu raya yang dihasilkan pada masa kini sudah tidak mampu untuk melawan atau mengatasi lagu-lagu raya di zaman dahulu.
 Selain itu,apa yang angah dapat perhatikan adalah kebanyakan lirik-lirik di dalam lagu raya hampir 80% adalah sama. Jadi,ia menjadikan lagu tersebut tidak mempunyai originality yang cukup bagus.
Lagu raya yang best?
Angah suka lagu raya yang penuh dengan warna warni dan juga cukup menggambarkan kemeriahan aidilfitri. Contohnya macam lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma. Selain itu lagu Sesuci Lebaran nyanyian Siti Nurhaliza.
Sebab apa? Sebab lagu2 tersebut mempunyai sifat malar segar. Bermakna lagu2 tersebut sudah semestinya akan dimainkan setiap tahun. Dan yang paling penting lagu2 nya senang untuk dihafal dan dinyanyikan.

Kesimpulannya :-

Kesedapan atau kelunakan sesuatu lagu itu adalah suatu yang objektif. Sesiapa sahaja boleh memberikan pendapat,begitu juga dengan angah sendiri.Pendapat di atas adalah daripada angah sendiri. Mungkin ada yang akan berbalah pendapat dengan angah. Tapi percayalah bahawa setiap orang di dunia ini mempunyai pendapat yang berbeza.
Sekian. 
 
 
 
Read more ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di kesempatan waktu yang ada ini,angah ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan blogger. Angah ingin memohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Sebenarnya angah susah nak update blog sekarang ni disebabkan internet di rumah yang tiada akibat kabel telefon dicuri.Terus satu taman angah tak dapat nak berinternet.
Apa-apa pun nasib baik henset angah boleh dijadikan wifi,so angah update entry ni pun guna wifi henset je.
Akhir kata :-

SELAMAT HARI RAYA!!! 
 
 
Read more ...

23 Julai 2014

Selesai Exam!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya selesai juga exam pertengahan semester untuk semester ketiga ini. Alhamdulillah,bersyukur sangat semuanya hampir selesai sudah. Nampaknya tahap kestressan selepas ini sudah tiada.
Akhirnya angah boleh nak fokus untuk RAYA pula. Memandangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum raya. Angah masih belum tahu sama ada family angah di rumah sudah membuat persiapan untuk raya atau pun tidak.
Macam angah sendiri,baju raya pun belum di beli,sebab apa? Sebab sebelum ni angah bizi dengan exam dengan study bagai.Tapi lepas sahaja daripada exam siang tadi,angah rasa segala-galanya sudah selesai.
Alhamdulillah. 
 
 

Read more ...

20 Julai 2014

Pisang



Pisang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa yang tak suka pisang? Angah ada seorang kawan,dia tersangat suka dengan pisang. Kononnya dia excited bila setiap kali nampak pisang. Anda bagaimana?

Read more ...

19 Julai 2014

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

16 Julai 2014

The Curse of Anak Biawak



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama rasanya tak mengarang entry. Baiklah. Hari ni angah nak citer pasal Biawak. Kenapa biawak? Sebab secara rasminya malam semalam,angah tidur dengan binatang reptilia ini.
Roomate angah merupakan seorang pencinta haiwan.Dia suka bela haiwan2 eksotik macam kura2,tikus,tupai,biawak. Dan yang paling best,dia bawak binatang2 tu ke rumah sewa. Angah sebilik dengan dia. 
Cuba anda bayangkan,betapa comel dan kiutnya binatang ni?
Geram!!
Actually,angah tak suka dia bawak binatang masuk rumah. Ini rumah sewa,bukannya zoo nak simpan haiwan. Bukannya angah anti-haiwan,tapi rasanya consider lah,rumah sewa,bilik untuk rehat.
Dah banyak kali angah cakap,yang angah tak suka,dia boleh lagi tinggalkan binatang tu kat bilik. Obviusly dalam sangkar.Nak cakap yang angah geli dengan binatang biawak tu,memang tepat sekali.Tapi dia buat derk je. Bayangkan kalau binatang tu keluar daripada sangkar time angah tengah tidur. Tak ke something bad akan jadi?
Entahlah,buat masa sekarang ni angah dengan roomate angah tu dah jadi tak mesra. Hanya kerana masalah binatang. Kalau kucing boleh lah jugak,ni BIAWAK? Motif? Seriusly angah cakap,angah tak suka.
Rasa macam tidur dalam zoo,sekali dengan buaya.Stress hidup. 
 
 
 
 
Read more ...

10 Julai 2014

Lama Tak Blogwalking.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Rasanya dah lama angah tak blogwalking ke blog rakan-rakan. Sekarang ni dah susah nak blogwalking sebab masa sangat lah terhad. Kalau dulu rajin komen di blog rakan-rakan,tapi sekarang dah tak rajin.
Bukannya sebab angah tak nak,tapi sebab angah takda waktu yang cukup untuk blogwalking. Selain itu,sebab internet yang terhad.Di rumah sewa angah takda internet jadi,memang susah untuk berblogging di rumah.
Macam sekarang ni angah update blog pun di fakulti. Menggunakan internet fakulti.Sebab apa? Sebab ianya free walaupun tak lah laju sangat haha.
Sekian. 
 
 

Read more ...

Bersyukur Dengan Apa yang diberi.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Entry kali ini angah just nak cerita tentang apa yang berlaku sekarang di sekeliling angah. Rasanya angah dah takda tempat nak luahkan segala-gala yang terbuku dalam otak dan fikiran angah selain adanya blog ni.
1. Penat Sangat 

Kenapa angah kata penat? Sebab banyaknya perkara nak di beri tumpuan,boleh dikatakan setiap malam,sebelum tidur,angah akan habiskan masa dua jam untuk membuat assignment. Banyak lagi yang belum dibuat. Ada assignment yang angah buat siap-siap supaya di amsa akan datang tiada sebarang masalah. Selain itu,semester ketiga ni sangat mencabar sebab macam-macam dugaan dan cabaran nak kena hadapi.
2. Masalah Anoyying

Masalah kecil yang membawa kepada kebosanan terhadap diri angah. Seorang kawan yang mungkin sudah tidak patut dipanggil sebagai kawan lagi. Kalau kawan rasanya dia tak patut nak buat macam tu kat angah kut. I think better we just be kawan biasa sahaja. Ada banyak lagi kawan yang boleh dibuat kawan baik. Sebab apa? Angah tak suka kawan dengan orang yang tak pentingkan masa depan,pentingkan akademik,pentingkan apa yang patut dipentingkan.
Mungkin cara angah lain,tapi memang itu yang angah nak. Sekarang rasanya angah dah jumpa dengan  kawan yang tidak seanoyying kawan lama tu. Great!
3. Markah tak full!!

Angah baru je dapat markah untuk kuiz 1 Theory untuk semester kali ini. Alhamdulillah,angah dapat markah yang memberangsangkan. 90/100 alhamdulillah. Cuma yang sedih,kenapa markah tak penuh. Sepatutnya angah boleh dapat markahpenuh tetapi disebabkan satu soalan menyebabkan 10 markah hilang begitu sahaja.
4. Stress dengan exam.
Midterm studio exam + midterm exam sedang menanti. Tak sangka dah hampir separuh semester sudah angah belajar di semester tiga. Tapi yang memeritkan lagi keadaan adalah bila midterm studio di bulan Ramadhan. Bukannya angah nak menjadikan ramadhan sebagai alasan untuk mendapat keputusan teruk. Tapi angah ingin menyataka bahawa midterm studio exam memerlukan prektis yang banyak.
Mampukah angah untuk prektis ditambah lagi dengan keadaan yang begitu menyesakkan hidup? Apa yang angah boleh katakan,setakat ini angah masih mampu lagi untuk melakukan segala-galanya mengikut jadual.
Kesimpulannya

Jangan ingat bahawa bila dah habis belajar di sekolah,belajar di universiti akan menjadi senang. Sebaliknya akan menjadi 100% lebih susah. Sebab apa? Sebab pengaruh rakan lebih banyak. Kalau berkawan dengan rakan yang malas belajar,maka habislah hidup anda. Tetapi sebaliknya terjadi,apabila anda berkawan dengan orang yang rajin,maka hidup anda akan selamat di universiti.
Sekian. 
 
 
 
 
 
Read more ...

9 Julai 2014

Pray For Gaza!!


Assalamualaikum dan sejahtera







SPEECHLESS

Read more ...

8 Julai 2014

Saya nak kad raya by cik akak


Siapa nak kad raya dari cik akak??

Jom lah join "Giveaway 12jam : Saya nak kad raya by cik akak".


Read more ...

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

klik banner


**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014


Tamat : 14 Julai @3pm

Read more ...

7 Julai 2014

Ranking Alexa Diari Jejaka Hangat 7.7.2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ranking terbaru Diari Jejaka Hangat. Alhamdulilah. Makin buruk nampaknya ranking kali ini. Kalau dulu ranking DJH di sekitar 2000 kali ini,di sekitar 3000 pula. Apa yang pasti angah bersyukur kerana ranking ini tidaklah sejauh mana. Ranking Global menunjukkan konsistensi apabila ianya memang dari dulu lagi berada di sekitar 200 000 sehingga 300 000.
Global Rank
274,543
Rank in Malaysia
3,193

Punca ranking jatuh? Sudah semestinya disebabkan oleh kurangnya angah menghasilkan entry dalam blog DJH. Apabila kurangnya entry,bermakna kurang juga pembaca yang datang baca.Walau bagaimanapun angah rasa,buat masa sekarang ini angah agak bizi dengan pelajaran. Tetapi bila ada waktu lapang,angah akan update juga blog ini,supaya ianya tidak ditinggalkan terlampau lama.
Sekian. 
 

Read more ...

6 Julai 2014

I'm officially 19 years old!!! ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah,umur angah sudah menjangkau 19 tahun. Muda kah itu? Bagi angah sendiri 19 tahun brmakna tahun terakhir untu angah berumur dalam belasan tahun. Lepas ni dah menginjak ke 20 tahun la pulak.
Tak sangka tahun ni birthday dalam bulan puasa.Tapi macam biasa,bila tak defamily,rasa lain.Sememangnya selama ni angah tak sambut pun birthday dengan kek bagai,buat majlis. Selalunya just wish2 macam tu je,tak perlu kut nak hadiah2 bagai.
Macam yang mak angah selalu kata,sepatutnya bila birthday kita,kita kena wish kat mak kita,sebab dia yang lahirkan kita.
Sekian. 
 
 
 

Read more ...

5 Julai 2014

Merayau Di KLCC


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar tiada kena mengena.

"This is so bosan bila kita seorang diri di dalam KLCC dengan bertemankan duit RM50."

 Sekarang ni angah berada di Kuala Lumpur City Centre,KLCC. ah Entah apa angah nak buat di KLCC. Dari pukul 11 pagi sehinggalah time angah update entry ini.
Macam mana anga update entry ni?Angah guna internet phone. Tethering Hotspot. Angah just update pasal KLCC ni je. Banyak orang yang tak puasa,sebab kebanyakan yg datang KLCC adalah warga asing dan juga bukan Muslim.
Tapi ada juga orang Islam yang datang juga. Tapi mampukah bertahan dengan cabaran,bila ramai yang makan + bau makan yang banyak dan sedap2 belaka.
Wallhualam.

Sekian. 
 
Read more ...

2 Julai 2014

Lori Tong Gas Terbalik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Lori muatan tong gas terbabas dan terbalik di KM90.1 PLUS Arah Selatan (Gurun) 2.23 petang semalam (1.7.2014). Pemandu lori selamat.

This is very menakutkan.Apa yang angah bayangkan adalah semua tong-tong gas itu meletup. Masya Allah. Tetapi tak meletup. Alhamdulillah. Nasib baik semuanya selamat. 

Read more ...

Leteran : Bulan Puasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa yang angah nak cakapkan adalah berkenaan cara rakyat Malaysia (Muslim) berpuasa. Apa yang angah tengok adalah kebanyakannya berpuasa dan seronok apabila berbuka bersama-sama keluarga dan juadah yang pelbagai.
Tetapi di satu hal yang lain pulak,angah lihat sendiri,ada yang menjadikan puasa itu sebagai sebab untuk mereka tidak aktif di dalam kelas atau semasa bekerja. Mengapakah? Bukankah ini masanya untuk kita mencabar diri kita untuk menjadi lebih bersemangat?
Ada juga yang sibuk set JAM untuk bangun dan masak untuk sahur,selain menunggu waktu untuk berbuka.Tetapi malangnya solat langsung tidak dilakukannnya. Bukankah solat itu tiang agama? Bukankah solat itu rukun Islam yang penting dan selepas itu barulah puasa.Jadi,disini dapat dilihat bahawa puasa yang dilakukannya hanyalah sia-sia.
Ada juga yang sibuk berpuasa dan membeli juadah di bazar ramadhan. First of all,bagus sebab itu adalah masanya untuk orang Islam mencari rezeki lebih dengan berniaga di bulan Ramadhan,tetapi ada juga yang datang ke bazar ramadhan dengan memakai pakaian yang tidak senonoh. Berhimpit-himpit sesama lelaki dan wanita ketika waktu di akhir-akhir,adakah itu yang kita mahukan?
Bagi angah sendiri,adalah lebih baik sekiranya kita memasak sendiri lauk daripada berhimpit sebegitu rupa sehingga menyebabkan pahala puasa terus hilang,akibat kejadian sebegitu.
Satu lagi hal yang memalukan adalah apabila penganut agama lain melihat orang Islam lemah ketika di bulan Puasa.Ini adalah akibat daripada sikap dan tutur bicara yang diungkapkan ketika sedang berpuasa. Sebagai contohnya. "Saya penat berpuasa,jadi saya tak dapat bekerja dengan baik.","Saya tak dapat buat latihan Fizik ini,sebab saya berpuasa."
Perlukah? Menjadikan puasa itu sebagai alasan untuk segala-galanya. Memalukan apabila penganut agama lain melihat bahawa betapa susahnya orang Islam untuk menghadapi bulan puasa.
Sekian. 
 
 
 
 

Read more ...

1 Julai 2014

Muzik : Stress : Blogging


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bila angah stress dengan muzik,angah akan berblogging sepuas hati.Sama ada update blog,buat entry sedih,or online dan blogwalking ke blog rakan-rakan. Rasanya sekarang adalah waktunya bila angah stress dengan muzik. Benda yang angah buat tentang muzik semuanya tidak menjadi.
Apa yang angah tahu adalah sekadar terima segalanya dengan rasa sedih. 


Semalam angah kena perform untuk subjek forum.Dalam subjek tu,semua orang kena perform berseorangan diri di dalam Orchestra Hall dan ditonton oleh semua rakan dan juga para lecturer. Hari Isnin,30 Jun 2014,tibalah giliran angah untuk perform di hadapan khalayak ramai.
Apa yang menyedihkan adalah persembahan angah tidak berjalan seperti yang angah mahukan. Angah main clarinet lepas tu,bunyi squeak di merata-rata alam.Sangat sedih. End up,angah terpaksa repeat lagi persembahan di waktu yang lain.
Perasaan

Mestilah sedih dan stress. Lepas penat lelah prektis,sampaikan angah balik Kulim pun angah prektis lagi lagu-lagu tu. Tapi nak buat macam mana,bila sampai time nak perform,reed dan menjadi sejuk,mulut angah pun dah sakit sebab prektis terlampau kuat sangat. End up,gagal membuat persembahan terbaik.
Angah tak mahu salahkan sesiapa melainkan salah diri angah sendiri. Performance hancur akibat salah angah sendiri. Ini adalah petanda bahawa angah perlukan usaha yang kuat lagi dalam usaha untuk menjadi seorang performer yang berjaya.

Kenapa Stress?
Stress sebab segala-galanya serba tidak menjadi. Mungkin kerana angah sendiri tak cukup rehat.Tahap kestressan angah adalah sehingga angah merasakan mahu berhenti daripada belajar muzik dan terus goyang kaki di rumah. Tapi bila difikikan balik,ianya hanyalah sekadar fail untuk persembahan semalam,dan bukannnya fail untuk subjek itu. Untuk pengetahuan semua,angah tidak pernah fail dalam mana-mana subjek buat setakat ini,jadi kegagalan kali ini membuat angah rasa sangat-sangat down.
Sekian. 
 
 
 

Read more ...

Pengomen Tegar Blog DJH Bulan Jun 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini angah nak umumkan blogger yang selalu komen di blog DJH ini.Alhamdulillah,walaupun angah update blog tidaklah sebanyak mana,tetapi masih ada beberapa rakan blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog DJH ini. 

Untuk bulan Jun ini,10 blogger yang tersenarai dalam carta ialah :- 



Tahniah diucapkan kepada blogger-blogger diatas kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog DJH yang hanya diupdate bila angah rasa perlu dan bila angah ada mood untuk update blog sahaja.
Selain itu,angah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana masih sudi berada di blog DJH,kerana buat masa sekarang ini angah agak tidak kerap update blog,kerana kekangan masa. 
Sekian. 

Read more ...

Marhaban Ya Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Marhaban Ya Ramadhan

Read more ...