31 Ogos 2014

Pencarian Bloglist September 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pencarian Bloglist bermula lagi!! Perhatian kepada semua blogger!! Tawaran menarik untuk anda semua. Senang je nak masuk dalam bloglist DJH. Hanya perlu tinggalkan link blog di ruangan status di dalam fanpage DJH sahaja!
Mudah kan?
KLIK SINI  

Klik link di atas untuk terus ke status tersebut. Angah hanya akan menerima penyertaan di dalam status tersebut sahaja. Di tempat lain tidak akan dilayan!!
Sekian. 
 



Read more ...

Ranking Alexa DJH 31.8.2014




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama rasanya angah tak update tentang Ranking Alexa DJH. Alhamdulillah ,hari ni angah berkesempatan untuk update ranking semasa Alexa untuk hari ini. Beberapa minggu lepas angah check ranking Alexa DJH untuk di dalam Malaysia adalah di dalam lingkungan 15 0000, manakala ranking di global adalah 600 0000.
Alhamdulillah,ranking pada masa sekarang semakin bagus. Alhamdulillah. Sebenarnya angah dah agak bahawa ranking akan jatuh disebabkan angah tak update blog dalam jangka masa yang lama. Tetapi in shaa Allah angah akan kembali lagi dalam masa terdekat. Buat masa sekarang angah akan maintainkan ranking di bawah 10 000 dahulu.

Global Rank

586,508

Rank In Malaysia 

9,834
 Sekian terima kasih.

 

Read more ...

Selamat Hari Merdeka Malaysia : 57 Tahun



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh bersejarah bagi semua rakyat Malaysia. Hanya sesiapa yang tidak sayangkan negara sahaja yang akan menganggap bahawa tarikh ini adalah biasa-biasa sahaja.
Sebagai seorang rakyat Malaysia,angah rasa bersyukur kerana dilimpahkan rahmat dan rezeki yang banyak di bumi bertuah ini. Alhamdulillah. Dengan nikmat kemerdekaan ,maka dapatlah kita semua bersama-sama di muka bumi Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Keunikan Malaysia?

Bagi angah sendiri Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Walaupun berbilang kaum,tetapi masih boleh hidup bersama-sama dalam keadaan sejahtera. Meskipun ada masalah-masalah kecil,ianya umpama adik beradik yang bersengketa tetapi hanyalah sementara.
Malaysia merupakan negara yang unik kerana banyak ciri-ciri yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di muka bumi ini.
Apa yang kurangnya?

Kita boleh lihat pada masa kini,remaja khususnya lebih menunjukkan erti kemerdekaan dengan merempit,berzina dan juga perkara-perkara maksiat lain di waktu malam sebelum tanggal 31 Ogos. Selain itu,ada banyak lagi hal-hal merepek yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia yang pada angah adalah tidak wajar dijadikan sebutan ramai.
Kesimpulannya.

Angah rasa yang paling penting adalah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana hidup di dalam negara bertuah ini. Itulah yang paling penting. Meskipun ada masalah yang berlaku yakinlah bahawa Allah. swt bersama anda. Saling hormat menghormati sesama kita, in shaa Allah kita semua dapat hidup dalam keadaan harmoni.
-Angah 
 
 
 
 
 

Read more ...

27 Ogos 2014

Rindu Wind Orkestra



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Rindu. Kenapa tiba-tiba rindu ni? Sebenarnya malam semalam angah ada sembang dengan kak Iqa di Instagram. Dalam gambar tu ada sembang pasal orkestra. And then bila angah tidur semalam,sampai angah termimpi kan tengah main wind orkestra. Bayangkan,betapa rindunya angah nak berwind orkestra lagi?
Lol

Memang angah rindu dengan wind orkestra sebagaimana angah rindu nak bersama Tun Syed Band. Siapa yang tak rindu akan kenangan manis kan?  Tambah2 lagi bila kenangan tu hanya boleh dilakukan ketika di zaman sekolah sahaja.
Sekian. 

Read more ...

26 Ogos 2014

Tak Sabar!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang angah tak sabar sangat? Sebenarnya angah rasa tak sabar untuk main bass clarinet semula. Untuk pengetahuan semua, semester yang lepas angah dah diberi peluang untuk main bass clarinet untuk Konsert Debut Perwira.
Kali ini angah diberi peluang yang sama lagi memandangkan pada hujung semester ini angah akan  berpeluang untuk bermain bass clarinet sekali lagi untuk konsert kali ini. Perasaan angah tersangatlah tak sabar memandangkan angah teringin nak main bass clarinet.
Sememangnya angah lebih menyukai bass clarinet berbanding clarinet biasa sebab angah lebih kepada alat yang mempunyai bunyi bass. Sememangnya angah sangat suka dan teruja untuk bermain bass clarinet sekali lagi.

Selain itu,angah turut teruja dengan konsert pada kali ini. Kerana apa? konsert kali ini menggabungkan dua orkestra sekaligus iaitu Orkestra Symphony UiTM dan juga Wind Orkestra UiTM. Sememangnya angah sangat teruja untuk beraksi di atas pentas kali ini.
Konsert yang akan diadakan pada 11 September 2014 akan menjadi suatu lagi sejarah dalam hidup angah kerana dapat bermain di konsert yang angah sangat idamkan. Rasanya pilihan yang angah buat pada masa kini adalah pilihan yang tepat.

Sekian Terima Kasih. 
Read more ...

25 Ogos 2014

Kerja Buat Blog!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah dalam masa yang masih ada ni angah dapat juga update blog. Sekarang ni memang susah untuk angah update blog walaupun sekali sehari. Memandangkan angah adalah pelajar yang sibuk di fakulti.
Jadi,apa yang angah nak ceritakan adalah angah diminta oleh pensyarah dan rakan-rakan angah untuk menyiapkan satu blog berkenaan satu recording team production. Angah diminta untuk membuat satu blog yang penuh dengan informasi dan pelbagai input tentang recording proses.
Sememangnya salah satu subjek angah di fakulti muzik memerlukan kita untuk merekod lagu dan juga bunyi. Jadi angah diminta untuk menyiapkan satu dokumentasi di alam maya iaitu Blog.
Alhamdulillah angah rasa seronok kerana dapat buat blog dan bermain dengan coding semua di dalam subjek yang angah tak berapa minat. Nasib baik dapat juga buat apa yang angah minat. Alhamdulillah.Sekarang ni angah kena siap sedia hasilkan blog yang cantik dan canggih. 
 Selain itu,assignment yang semakin banyak memandangkan sekarang ini dihujung semester. Manakala abang-abang dan akak-akak degree akan kembali ke fakulti. Nampaknya bilik studio untuk prektis akan semakin berkurang.
Terpaksalah berebut. Fakulti Muzik adalah antara fakulti terkecil di UiTM. Jadi,bilik studio terpaksa berebut antara pelajarnya.Walaubagaimanapun angah harap angah taklah sampai terlampau sibuk sangat dengan pelajaran tanpa sedar akan perkara-perkara lain. 
 
 
Read more ...

20 Ogos 2014

Nak LINK BLOG Anda DIPROMOTE?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada tanggal 18 Ogos 2014 yang lalu,angah telah mengupdate satu status di fanpage DJH berkenaan seperti di dalam gambar di atas. Angah memerlukan 100 blog untuk dipromotekan. Senang dan mudah sahaja.
Tidak perlu tekan link atau buat entry. Hanya sekadar tinggalkan  link blog anda di ruangan komen status itu. Tetapi sebelum itu,anda mestilah LIKE dahulu fanpage DJH.Kemudian klik gambar di atas atau LINK INI dan anda akan terus ke LINK STATUS tersebut.

Pencarian 100 Blog akan tamat pada 22 Ogos 2014.
Sekian Terima Kasih 



Read more ...

14 Ogos 2014

Promote Fanpage Blog Terbaik!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Musim mempromote sudah bermula. Alhamdulillah. Terima kasih kepada mereka yang memberikan link fanpage mereka di fanpage DJH. Jadi,sekarang adalah masanya untuk anda semua LIKE fanpage2 di bawah ini. 

Jom Like!!



Macam mana nak join?

Anda hendaklah sentiasa alert di FANPAGE DJH. Angah akan update sesuatu pada bila-bila masa. Dan yang paling best,semua yang memberikan link akan dipromotekan di blog!!
Read more ...

12 Ogos 2014

Kelahiran Semula



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Hari ni angah agak down pada di sebela petang sebab rasa terkilan tak dapat buat exam theory music dengan lancar. Sebab apa? Sebab kurangnya study. Benar apa yang orang kata. Semester ke 3 adalah SUSAH. Apa yang angah dapat rasakan sekarang ni adalah tekanan yang semakin memuncak. What i have to do? 
Nothing. Angah kena fokus jugak. Bila dah masuk separuh semester ke dua,semuanya jadi gila. Datangnya assignment yang banyak. Datangnya exam yang sangat susah. Dengan kerenah manusia yang pelik.
2.  Secara halusnya angah rasa sedikit akward memandangkan ramai kawan angah dapat result UPU hari ini. Ya,mereka akan masuk degree tak lama lagi. Angah? Angah takda result UPU. Sebabnya angah still dalam diploma. Ada 5 semester kesemuanya. Jadi,angah lambat sikit masuk degree berbanding yang lain.
Perasaan? Mestilah agak jeles sebab  ramai kawan yang dah nak masuk degree. Tapi bila angah fikirkan balik,sebenarnya angah bertuah sebab dapat belajar dalam bidang yang angah nak. Tentang masa semuanya belakang kira. Yang penting belajar dengan suasana yang sepatutnya.
Angah secara jujurnya rasa bahawa bidang yang angah belajar sekarang adalah yang sebetulnya. Jadi,tak perlu nak jeles dengan orang lain. Betul tak?
Sekian. 
 
 
 
 
 

Read more ...

10 Ogos 2014

Manusia.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1.Manusia yang menjengkelkan.

Seorang sahabat atau rakan,tetapi lama kelamaan baru kita sedar akan sifatnya yang sebenar. Betapa perangai sebenarnya hanya ditonjolkan setelah lama berkenalan. Seseorang akan terasa akan sifat rakan nya yang tersangat teruk itu. 
2. Manusia yang SERBA TAHU

Sifat nya yang seperti ensiklopedia bergerak.Seakan-akan semua perkara dia tahu. Sering kali bersuara lantang tentang perkara-perkara yang kononnya dia tahu. Perangainya membuatkan anda berasa tersangat BOSAN. Padahal segala fakta yang dikeluarkan adalah bohong belaka.
3. Kononnya Alim.

Perangai atau sifatnya yang berlagak alim tetapi bila bersama orang lain,keluarlah perangainya yang sebenar. MUNAFIK!! 
 
Read more ...

4 Ogos 2014

Hari Raya : Kuliah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Yeah!! Akhirnya cuti hari raya dah habis. Dan sekarang ni angah berada di Shah Alam. Angah kena sambung balik kuliah. Its a good!! Memang angah rasa gembira sangat!!
Sebenarnya tak la gembira sangat sebab kena teruskan study. Dengan assignment yg macam2. Tapi nak buat macam mana. Selagi tak dapat ijazah dalam tangan ,selagi tu kena berusaha. Selain itu,angah juga nak buktikan dekat masyarakat bahawa musician boleh berjaya!! :D
Sekian. 
 

Read more ...