25 Ogos 2014

Kerja Buat Blog!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah dalam masa yang masih ada ni angah dapat juga update blog. Sekarang ni memang susah untuk angah update blog walaupun sekali sehari. Memandangkan angah adalah pelajar yang sibuk di fakulti.
Jadi,apa yang angah nak ceritakan adalah angah diminta oleh pensyarah dan rakan-rakan angah untuk menyiapkan satu blog berkenaan satu recording team production. Angah diminta untuk membuat satu blog yang penuh dengan informasi dan pelbagai input tentang recording proses.
Sememangnya salah satu subjek angah di fakulti muzik memerlukan kita untuk merekod lagu dan juga bunyi. Jadi angah diminta untuk menyiapkan satu dokumentasi di alam maya iaitu Blog.
Alhamdulillah angah rasa seronok kerana dapat buat blog dan bermain dengan coding semua di dalam subjek yang angah tak berapa minat. Nasib baik dapat juga buat apa yang angah minat. Alhamdulillah.Sekarang ni angah kena siap sedia hasilkan blog yang cantik dan canggih. 
 Selain itu,assignment yang semakin banyak memandangkan sekarang ini dihujung semester. Manakala abang-abang dan akak-akak degree akan kembali ke fakulti. Nampaknya bilik studio untuk prektis akan semakin berkurang.
Terpaksalah berebut. Fakulti Muzik adalah antara fakulti terkecil di UiTM. Jadi,bilik studio terpaksa berebut antara pelajarnya.Walaubagaimanapun angah harap angah taklah sampai terlampau sibuk sangat dengan pelajaran tanpa sedar akan perkara-perkara lain. 
 
 

7 ulasan:

  1. Good luck angah...
    do your best...
    InsyaAllah blh manage masa...
    that's student life..

    BalasPadam
  2. Salam kenal angah...

    Mama kaori dtg singgah dr blog mia liana..

    BalasPadam
  3. Hehe..biasalah la tu kan..bila sibuk memang kena lalui perkara macam ni..belajar tu penting..hehe

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.