31 Ogos 2014

Selamat Hari Merdeka Malaysia : 57 Tahun



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh bersejarah bagi semua rakyat Malaysia. Hanya sesiapa yang tidak sayangkan negara sahaja yang akan menganggap bahawa tarikh ini adalah biasa-biasa sahaja.
Sebagai seorang rakyat Malaysia,angah rasa bersyukur kerana dilimpahkan rahmat dan rezeki yang banyak di bumi bertuah ini. Alhamdulillah. Dengan nikmat kemerdekaan ,maka dapatlah kita semua bersama-sama di muka bumi Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Keunikan Malaysia?

Bagi angah sendiri Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Walaupun berbilang kaum,tetapi masih boleh hidup bersama-sama dalam keadaan sejahtera. Meskipun ada masalah-masalah kecil,ianya umpama adik beradik yang bersengketa tetapi hanyalah sementara.
Malaysia merupakan negara yang unik kerana banyak ciri-ciri yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di muka bumi ini.
Apa yang kurangnya?

Kita boleh lihat pada masa kini,remaja khususnya lebih menunjukkan erti kemerdekaan dengan merempit,berzina dan juga perkara-perkara maksiat lain di waktu malam sebelum tanggal 31 Ogos. Selain itu,ada banyak lagi hal-hal merepek yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia yang pada angah adalah tidak wajar dijadikan sebutan ramai.
Kesimpulannya.

Angah rasa yang paling penting adalah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana hidup di dalam negara bertuah ini. Itulah yang paling penting. Meskipun ada masalah yang berlaku yakinlah bahawa Allah. swt bersama anda. Saling hormat menghormati sesama kita, in shaa Allah kita semua dapat hidup dalam keadaan harmoni.
-Angah 
 
 
 
 
 

1 ulasan:

  1. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua blogger di Malaysia..:)

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.