30 September 2014

Pemenang Bloglist DJH Oktober 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Baiklah. Entry pertama pada hari ini angah nak cerita tentang Pemenang Untuk Bloglist DJH bagi bulan Oktober. Untuk pengetahuan semua,angah telah mengadakan pencarian bloglist di blog dan juga fanpage. Alhamdulillah,angah mendapat sambutan yang cukup baik bagi kedua-dua platform.
Sebelum kita tengok siapa yang menang,apa kata kita blogwalking dulu para peserta. 

Blog

  1. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
  2. http://jmbelog.blogspot.com/
  3. http://measleymedley.blogspot.com/
  4. http://bluepinkiey.blogspot.com
  5. http://www.kakitravelkhairuddin.blogspot.com
  6. http://sukabolatv.blogspot.com/
  7. http://zianaeunos.blogspot.com
  8. http://cahayaalammaya.blogspot.com/
  9. http://sayapejuangbahasa.blogspot.com

Fanpage

  1. http://jmbelog.blogspot.com/
  2. http://theycallmeam.blogspot.com/
  3. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/
  4. http://sallyadan.blogspot.com/
  5. http://fluffypocoyogirl.blogspot.com/
  6. http://ctfand.com/
  7. http://yangbaik.blogspot.com/
  8. http://bakaljenazah94.blogspot.com/?m=1
  9. http://craxyfille.blogspot.com
  10. http://www.mummysupplementshop.blogspot.com/
  11. http://www.suesopian.com/
  12. http://kanvasdakwat.blogspot.com
  13. http://jnjikita.blogspot.com/
  14. http://cikernyassmien.blogspot.com/
  15. http://officalmissyana.blogspot.com/
  16. http://www.akupenghibur.com/
  17. http://cammylia.blogspot.com/
  18. http://syiralokman.blogspot.com/
  19. http://mardiahdiana.blogspot.com/
  20. http://ourrandomrainbow.blogspot.com/
  21. http://peningkah.blogspot.com/
  22. http://sheilashahfiekry.blogspot.com
  23. http://lollista.blogspot.com/
  24. http://cercitertashaqisha.blogspot.com/
  25. http://farhana-mohamad.blogspot.com/
  26. http://dingraphic.blogspot.com/
  27. http://ceritamayapersada.blogspot.com/
  28. http://syaza-applemints.blogspot.com/
  29. http://www.ciksiti.com/
  30. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com 

Pemenang bagi Bloglist Oktober DJH 2014 ialah :-

 
 Diharap kepada semua pemenang bolehlah meletakkan blog DJH ke dalam bloglist anda. Barulah ada situasi menang-menang. Sekian Terima Kasih..
Read more ...

29 September 2014

Balik Ke Shah Alam Semula...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Memandangkan cuti dah berakhir,maka angah perlu balik Shah Alam. Angah exam pada hari Khamis dan Jumaat,lepas habis je exam hari jumaat tu angah akan bertolak balik ke Kulim semula.
Huhu,tak sangka sekejap je dah habis cuti,tak takpa angah akan kembali semula ke Kulim. Angah sebenarnya dah malas nak duduk kat Shah Alam lama-lama. Sebab apa?
Nanti angah ceritakan... 
 

Read more ...

28 September 2014

Kenapa Saya FOLLOW Sesuatu Blog itu?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tak dinafikan bahawa ramai blog yang mengamalkan sikap ingin mencari FOLLOWER seramai mungkin.Apabila ramai Follower blog itu,maka blog itu boleh dikatakan hebat dan bagus. Tetapi,sedar atau tidak,jumlah Follower yang ramai langsung tidak menggambarkan apa-apa.Lantas,mencari Follower bagi pendapat angah adalah sesuatu yang tidak dikatakan sangat penting.


Kenapa Saya Follow Sesuatu Blog itu?




1. MENGIKUT KEHENDAK GIVEAWAY & SEGMEN - Kebanyakan syarat dalam Giveaway dan Segmen memerlukan kita untuk Follow beberapa Blog penaja. Tetapi bagi angah ,ianya adalah sesuatu yg adil,kerana mereka menaja hadiah atau barangan,jadi dengan menambah Follower maka itu adalah bonus buat penaja.
2. FOLLOW JIKA BLOGGER LAIN FOLLOW BLOG KITA - Kebanyakan blogger sering beranggapan bahawa jika ada blogger lain yg Follow kita,kita sepatutnya Follow balik blog itu. Tetapi  bagi angah sendiri,ianya bukanlah suatu kemestian. Sebab ada masanya kita tidak mempunyai masa untuk Follow kembali.
3. FOLLOW BLOG LAIN KERANA BLOG ITU BEST - Ini adalah perkara yang sering angah lakukan. Angah akan Follow mana-mana blog yang angah anggap blog itu menarik. Angah tak mengharap blogger itu akan Follow angah balik,cuma yang pasti angah hanya berminat dengan gaya penulisan blog itu.
4. FOLLOW BLOG ITU KERANA INGIN TAMBAH KAWAN- Ini adalah satu kemestian,dengan mengfollow blog lain,sudah semestinya blog itu akan tersenarai di dashboard blogger kita. Jadi,sudah semestinya kita kan mendapat input dan entry-entry terbaru dari blogger yang sudah kita follow.

Bagaimana pula dengan anda? Untuk pengetahuan semua,angah tidak pernah UNFOLLOW mana-mana blog. Semuanya angah Follow sejak dari dahulu lagi. Mungkin pada masa sekarang angah hanya akan Follow sesuatu blog itu sekiranya blog itu aktif dan menarik di mata angah. Tetapi angah juga akan Follow blog itu kembali sekiranya blogger itu ada menyatakan bahawa dia telah Follow angah di Shoutbox.
Bagaimana pula dengan anda? 
 
 
 
Read more ...

SHARE IF YOU LOVE YOUR MOTHER





SHARE IF YOU LOVE YOUR MOTHER

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry hari ahad ini dimulakan dengan gambar yang menyentuh perasaan. Tentang bagaimana seorang ibu menjaga anaknya sehinggalah anaknya pula yang menjaganya pula.
Saya sayang mak saya, anda bagaimana? 

Read more ...

27 September 2014

Apakah Berat Blog Anda?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Anda dah check berat blog anda? 
Kenapa perlu check berat blog? 
Macam mana nak check?

Sebenarnya kita kena check berat blog kita.Sebabnya ianya adalah untuk memastikan blog kita sentiasa ringan.Bila blog dah ringan,maka cepatlah untuk sesuatu blog itu loading.Bila blog itu cepat loading,maka ramai blogger boleh berblowalking di blog anda tanpa ada rasa ragu-ragu lagi.Faham kan?
Apa yang angah tahu,kita hendaklah memastikan blog kita beratnya di bawah daripada 150.00KB. Macam blog angah sendiri,masih ada sesuatu yang perlu diperbaiki sebab masih lagi diatas 150.00 KB.
Anda juga boleh check berat blog anda menggunakan form di bawah. Ianya akan membawa anda terus ke page yg memaparkan berat blog anda.Selamat mencuba! 


Domain / URL Yang Ingin Disemak 


Masukkan satu URL dalam satu baris (Maksimum sehingga 10)





(contoh : www.diarijejakahangat.com)


Kredit :  Mialiana
Read more ...

Nak Masuk Dalam BLOGLIST DJH?




Mencari Blog Untuk Dimasukkan ke dalam BLOGLIST.
1. Follow Blog DJH
2. Like Fanpage DJH
3. Tinggalkan di ruangan komen link blog anda.

Contoh komen :
4. Selesai.
20 blog dicari untuk dimasukkan di dalam senarai blog di blog DJH.
Tamat 29 September 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pencarian Bloglist untuk Bulan OKTOBER sudahpun bermula. Kepada anda yang berminat untuk masuk ke dalam senarai blog di blog DJH bolehlah mengikuti syarat-syarat dan arahan di atas.
Senang dan mudah bukan? Hanya perlu LIKE dan FOLLOW sahaja. Yang penting tiada banyak syarat yang dikemukakan. Kalau melebihi daripada 20 blog,angah akan lakukan pengundian.
Untuk pencarian kali ini,angah melakukan pencarian di dua tempat iaitu di FANPAGE dan juga di BLOG. Jadi kepada mereka yang belum join lagi,boleh turut serta dengan menghantarkan komen link blog anda di ruangan komen entry ini. 
Sekian Terima Kasih. 


Read more ...

Super Spontan 2014: Fad Mangsa Di Minggu Keempat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah seminggu berehat bagi memberi laluan kepada Anugerah Lawak Warna minggu lalu, program komedi Super Spontan 2014 kembali bersiaran seperti biasa dengan aksi yang lebih hebat.Sekali lagi, kumpulan Mawas Berduri terpaksa akur selepas tewas kepada kumpulan Biawak Laser sebentar tadi dengan beza peratusan undian yang tidak begitu jauh.
Ahli kumpulan Mawas Berduri diwakili oleh Yus (Sugar Kane), Rahim (Underteko), Jihan (Jihan Everdeen), Fad (Shawn Mail) dan  Johan (Abe Macho) terpaksa membuat undian bagi memilih siapakah ahli kumpulan mereka yang terpaksa disingkirkan.
Fad atau Shawn Mail tidak bernasib baik selepas menerima undian penyingkiran tertinggi menerusi ahli kumpulan Mawas Berduri sendiri. Penyingkiran Shawn Mail menyaksikan Mawas Berduri hanya tinggal empat orang peserta dan harus memberikan saingat sengit buat ahli kumpulan Biawak Laser yang terdiri daripada Reza selaku pengurus dan diwakili oleh Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung), Michael Ang (Angpaou Man), Achey (Acik Gelek) dan Abam (Johnny Bear). 
 Sumber : AstroGempak
 Pandangan Angah :-
Buat pertama kalinya angah tengok cerita ni secara live di rumah. Dengan family,bagi angah,rancangan ni best. Itu saja. huhu.. 
 
 
Read more ...

26 September 2014

Konsert Sinfonia Notturna : Orchestra UiTM



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada tanggal 11 September 2014 yang lalu,telah berlangsung sebuah konsert yang gilang gemilang.Konsert Sinfonia Notturna yang dibarisi pemain Symphony Orchestra UiTM dan juga Wind Orchestra UiTM telah berlangsung dengan jayanya. Kebanyakan pemain muzik di dalam persembahan kali ini terdiri daripada pelajar UiTM jurusan muzik.
Acara dimulakan dengan persembahan daripada pasukan Symphony Orchestra UiTM.Konduktor yang terlibat kali ini ialah Juan Daniel Montoya Valencia. Sebanyak 3 lagu dimainkan oleh pasukan Symphony Orchestra.
Pada sebelah kedua waktu persembahan pula,Wind Orchestra UiTM beraksi. Sebanyak 5 lagu dimainkan.4 lagu terdiri daripada lagu yang berentak melayu manakala satu lagu berentak muzik Hollywood.
Beauty And The Beast
Jauh-Jauh
Ibu
Enigma
Malay Folks Dances 

Persembahan pada malam itu sangat berjaya apabila mendapat sorakan ramai daripada para penonton. Bertempat di Dewan Anexe,Dewa Seri Budiman,UiTM Shah Alam,persembahan itu mendapat tempat di hati para penonton apabila ramai yang bersorak ketika lagu IBU dimainkan.
 
 Pendapat angah :-


Gambar diatas adalah gambar angah ketika sedang membuat persembahan bersama Symphony Orchestra UiTM.Orang yang pakai cermin mata dan bermain clarinet itu adalah angah.


Manakala gambar ini pula angah sedang bermain Bass Clarinet. Angah boleh dilihat di bahagian tepi sebelah kanan gambar itu.
Secara keseluruhannya,angah dapat rasakan bahawa konsert kali ini membawa erti yang baru bagi angah.Ini merupakan konsert kedua agah bersama UiTM. Alhamdulillah,angah dapat rasakan semangat yang semakin membara untuk terus berada di dalam bidang Muzik dan memajukan industri Muzik pada masa akan datang.

 
Sekian Terima Kasih.


Read more ...

Tazkirah Jumaat #12 : Muhasabah Diri


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hati manusia sering kali diuji. Hanya bertemankan iman untuk mengharungi perasaan yang Allah anugerahkan ini. 

Saat hati diuji dengan kecintaan pada manusia, airmata menjadi peneman setia. Hanya Allah tempat meluah segala, hanya Dia mengetahui isi hati hambaNya. Sungguh, perasaan ini fitrah. Allah hadiahkan buat semua hambaNya, sebagai satu nikmat tatkala ia digunakan ditempat yang betul,juga sebagai ujian tatkala ia bukan pada masa dan orang yang selayaknya. Kerisauan menerpa, andai perasaan ini menjadikan kecintaan pada Allah itu bukan yang utama.

Aku hamba Tuhanku, bukan hamba cinta manusia..!

Seringkali berdoa agar Allah hilangkan perasaan yang bukan pada tempat dan waktunya, supaya dapat terus mengharungi kehidupan seperti biasa. Dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Andai diberikan lagi ujian menguji hati, lebih hebat dan perlunya ketahanan Iman yang lebih mantap untuk mengharungi ujian ini.

Sungguh, Dia menguji dengan hikmah. Setiap darinya diselitkan pengajaran, bukan sekadar ujian kosong. Berdiri hari ini, meneruskan langkah, berbekal keyakinan yang tinggi padaNya, berserah segala padaNya. Meniti hari dengan tanda tanya yang hanya Allah akan beri jawapan suatu hari nanti.

Antara bertemu cinta manusia, atau lebih pasti untuk bertemu janji denganNya di akhirat sana.!


Aku hanya manusia biasa, kita hanya manusia biasa, yang sedang sentiasa cuba perbaiki diri. Mengagumi srikandi Islam dahulu,mengagumi sahabat-sahabt Nabi terdahulu, namun jauh sekali dibandingkan dengan mereka.  Mendidik diri, mendidik jiwa, mentarbiyah hati agar terus kuat melangkah dengan pasti, penuh keyakinan pada janji Ilahi. Berpegang teguhlah dengan tali Allah, agar kita tahu bahawa Allah sedang melakar sesuatu yang indah sebagai jalan kehidupan kita walau ia ujian sukar buat kita.

“Rabbi Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair”
Ya Allah, permudahkanlah jangan kau susahkan, semoga segalanya berakhir dengan baik

“Hasbunallah wa ni’mal wakil”
Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik baik penjaga
Read more ...

25 September 2014

BLOGGER yang saya jadikan contoh ialah....



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa yang angah nak ceritakan kali ini adalah berkenaan seorang blogger yang angah jadikan sebagai contoh dalam bidang blogging ini.Sememangnya dalam dunia blogging ini,kita sepatutnya mempunyai seorang role model untuk kita jadikan sebagai contoh.
Macam angah sendiri,apa yang penting,angah belajar daripada blogger ini. Angah belajar cara untuk hasilkan blog yang mantap,cara berinteraksi dengan pengomen,cara untuk urusakan blog dengan betul.
Siapakah blogger itu?


Tidak lain tidak bukan adalah blogger Mialiana. Seorang blogger yang bagi angah adalah otai.Blogger yang tak pernah sombong dan membangga diri.Angah suka cara Kak Mialiana uruskan blognya meskipun dia busy dengan kerja lain.Boleh dikatakan setiap hari pasti ada entry-entry menarik yang dihasilkan.
Selain itu,Kak Mialiana juga pernah mengajar angah beberapa perkara dalam coding blog,dalam uruskan blog dan juga lain-lain lagi. Angah juga suka dengan blog http://www.mialiana.com/ sebab dari segi reka bentuk blog yang menarik.Kalau diperhatikan,blog angah ini adalah mirip seperti blog Kak Mialiana,tetapi angah edit beberapa bahagian untuk jadikan seperti blog angah sendiri.
BUKANlah kita tiru blog itu semata-mata tetapi kita hanya ikut segala tips yang diberikan oleh blogger yang dijadikan sebagai contoh. Jadi,bagaimana dengan anda pula? Siapakah blogger yang menjadi contoh bagi anda? 
Read more ...

Soal Selidik 3 : Anda Berasal Dari Mana?





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah baru sahaja selesai menyiapkan soal selidik di fanpage diari jejaka hangat. Soal selidik berkenaan Anda Berasal Dari Mana?. Soal selidik yang dijalankan untuk melihat blogger dari manakah yang paling ramai yang aktif di fanpage DJH.
 Terdapat 15 jawapan yang boleh dipilih oleh semua blogger.Alhamdulillah,seramai 55 blogger telah turut serta dalam soal selidik kali ini. Jadi,mari kita tengok apakah hasil dari soal selidik kali ini.



Terengganu menjadi negeri paling ramai blogger yang mengunjungi fanpage DJH. Manakala tiada blogger dari negeri Perlis mahupun Pahang. Untuk negeri-negeri yang lain,negeri Johor dan Negeri Sembilan antara negeri yang mempunyai blogger yang agak ramai yang memberikan respond dalam soal selidik kali ini.


Terengganu : 18%
Johor : 15
Negeri Sembilan :11
Kelantan :11%
Kedah : 9%
Selangor : 7%
Sabah : 7%
Pulau Pinang : 5%
Perak : 5%
Melaka : 4%
Sarawak : 4%
Kuala Lumpur : 4%
Labuan : 2%
Perlis : 0%
Pahang: 0%

Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam soal selidik kali ini.Ada blogger yang tidak memberikan link blognya,maka tak dapatlah angah nak letakkan linknya di sini.Apa-apapun jom kita blogwalking peserta-peserta soal selidik kali ini.


  1. http://cercitertashaqisha.blogspot.com/
  2. http://husnazahidi.blogspot.com
  3. http://diarisihazimah.blogspot.com/
  4. http://www.mummysupplementshop.blogspot.com/
  5. http://enciktuanbesar.blogspot.com/ 
  6. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/
  7. http://sakuraungu92.blogspot.com/
  8. http://diarionlinenurul.blogspot.com/
  9. http://dingraphic.blogspot.com/
  10. http://sallyadan.blogspot.com/ 
  11. http://www.cekgunorazimah.com/
  12. http://nisashahrien.blogspot.com/
  13. http://ceritamayapersada.blogspot.com/ 
  14. http://www.mieyaatiera.com/
  15. http://bittersweetmemoryofme.blogspot.com
  16. http://narbana97.blogspot.com/
  17. http://cikernyassmien.blogspot.com/
  18. http://adnan-daughter.blogspot.com/
  19. http://anagurlz87.blogspot.com/
  20. http://ourrandomrainbow.blogspot.com/
  21. http://www.mialiana.com 
  22. http://satujanjikita.blogspot.com/ 
  23. http://cikmatahariku.blogspot.com/ 
  24. http://nurfarahudahud.blogspot.com/
  25. http://kathyrbain.blogspot.com/
  26. http://jnjikita.blogspot.com/
  27. http://theonlygirl98.blogspot.com/ 
  28. http://cammylia.blogspot.com/
  29. http://keranaakumalu.blogspot.com/
  30. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/
  31. http://amirahamer.blogspot.com
  32. http://hajarashikin.blogspot.com/
  33. http://wan-sarah.blogspot.com/
  34. http://ummisyafiqahfarhana.blogspot.com/
  35. http://fluffypocoyogirl.blogspot.com 
  36. http:/pinkiesmemo.blogspot.com
  37. http://eyranasrin.blogspot.com/
  38. http://shairadiaries.blogspot.com/
  39. http://zanahassan-zana.blogspot.com/
  40. http://farhana-mohamad.blogspot.com/
  41. http://namakuroza.blogspot.com/
  42. http://kathyrbain.blogspot.com/
  43. http://mardiahdiana.blogspot.com/
  44. http://murnimohdyusof.blogspot.com/
  45. http://bakaljenazah94.blogspot.com.es/?m=1
  46. http://sayasukaimaginasi.blogspot.com/ 
  47. http://craxyfille.blogspot.com 
  48. http://syaza-applemints.blogspot.com/
  49. http://www.published2u.com/ 
Klik sini untuk lihat Soal Selidik terdahulu :-


Read more ...

Sampai Ke Rumah Sendiri : Kulim



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah,perjalanan dari Shah Alam ke Kulim selamat dilalui. Perjalanan yang mengambil masa sebanyak 5 jam lebih akhirnya berbaloi juga bila kita dapat tengok rumah kita sendiri. Lebih dua bulan angah tak balik rumah,akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke bilik sendiri.
Ada banyak benda baru kat rumah,contohnya anak kucing baru. Comel sangat. Bulu yang gebu. Pula lah lama angah duduk kat Shah Alam,sampaikan ada kucing baru kat rumah. Apa lagi yang baru? Ada banyak aksesori baru kat halaman rumah.
Yang penting tiada ahli keluarga baru,yakni adik beradik masih sama dan ibu bapa masih yang sama. Sukur alhamdulillah.
Kenapa Angah Balik?

Pertama sekali adalah sebab angah sedang bercuti selama seminggu.Sebenarnya sekarang adalah minggu peperiksaan akhir. Tapi disebabkan ruang hari yang banyak antasa setiap paper,jadi angah pilih untuk balik rumah dahulu. Masih ada 3 lagi paper yang beum angah duduki.
Sebab kedua,angah nak lari dari kesibukan Shah Alam. Entahlah,semakin lama angah tinggal di sana,semakin tension dengan pelbagai kerenah manusia. Lagi pun dapatlah angah bersama family di rumah.
Sekian. 
Read more ...

23 September 2014

I Love Music



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sayang muzik. Saya sememangnya minat muzik sejak dari kecil. Saya seorng pemuzik. Banyak alat muzik yang dapat dimainkan oleh saya.Antaranya :-
Euphonium
Tuba
Trombone
Clarinet
Flute
French Horn
Xylophone
Marimba
Glokenspiel
Piano
Rebana


Ini adalah antara alat yang saya boleh main. Selepas ini angah perlu belajar lagi banyak lagi alat. :D 

Read more ...

Demam + Stress : Examination



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya buat masa sekarang ni angah sedang di dalam keadaan stress.Sebab apa? Esok ada examination utk subjek BEL 311.Subjek yang agak susah disebabkan 3 jam kredit.Nyawa pointer angah bergantung kepada kertas ini.
BEL 311
Angah merupakan antara orang yang bertuah. Sebab apa?Untuk semester angah,ianya adalah kali terakhir BEL 311 akan dijalankan.Maknanya selepas ini,dah tiada BEL 311 untuk pembelajaran junior2 angah selepas ini.
Tapi bagi angah sendiri,paper ini adalah sangat susah untuk difahamkan. Memang dah jadi tradisi sejak dari sekolah rendah lagi,subjek yang teruk adalah Bahasa Inggeris. Jadi,sampai ke menara gading,subjek inilah yang masih menjadi suatu igauan angah.
Sekian. 
 
 

Read more ...

Kawan atau Lawan? : Pilihan Terbaik




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Baiklah. Kali ini angah nak berbicara tentang Kawan. Semestinya setiap orang mempunyai kawan atau sahabat. Iaitu seseorang yang sering berada di keliling anda semua yang mana mereka sentiasa akan membantu anda atau menolong serta akan bersama-sama anda dalam setiap apa yang anda lakukan.
Walaubagaimanapun terdapat segelintir kawan atau sahabat yang tidak sepatutnya dijadikan sahabat sejati atau dalam erti kata lain kawan yang rapat. Kerana apa? Kadang-kadang ada yang hanya mahu dapatkan sesuatu sahaja daripada kita.
Jenis-jenis kawan :-

Pertama sekali adalah kawan yang hanya berkawan dengan kita bila dia di dalam kesusahan. Mengikut apa yang pernah angah lalui sendiri,ada beberapa kawan yang hanya datang kepada angah semata-mata untuk dapatkan pertolongan apabila dia di dalam kesusahan. Walaubagaimanapun,angah tetap membantu dia juga,tetapi mungkin sebagai seorang manusia,angah rasa tak perlulah hanya ketika dalam kesusahan sahaja mahu mencari angah. Ia boleh diumpamakan sebagai kawan yang tidak berhati perut.

Kedua adalah kawan yang jenis mencari kita semata-mata untuk mengaut keuntungan. Ia adalah berbeza dengan jenis kawan yang pertama. Kawan jenis ini adalah lebih kepada mengambil jalan mudah untuk berjaya dengan berkawan dengan kita. Angah pernah berada di dalam situasi di mana pelru menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah,kemudian ada beberapa orang yang ingin bersama dalam kumpulan dengan angah,malangnya hanya angah sahaja yang bekerja,yang lain sekadar menumpang nama sahaja. Jadi,boleh di katakan di sini bahawa ianya adalah satu jenis kawan  yang tidak boleh diharap. 

Jenis kawan yang ketiga pula ialah kawan yang sentiasa baik dengan kita hanya di hadapan kita,tetapi bila di belakang kita,dia akan mengutuk kita. Jenis sebegini adalah lebih bahaya daripada kawan-kawan yang seperti di atas. Dapat angah katakan bahawa kawan seperti ini merupakan kawan yang paling celaka.Sebab apa? Sebab dia memburukkan kita dihadapan kawan kita yang lain.

Keempat ialah jenis kawan yang rapat dengan kita untuk masa-masa tertentu.Kawan sebegini adalah kawan yang boleh dikatakan agak bagus. Tetapi yang penting ialah kita tak peru terlampau mengharap atau berharap kepada kawan kita yang jenis seperti ini. Hal ini kerana kawan sebegini pastinya mempunyai masa-masa tertentu sahaja untuk bersama kita.Jadi sememangnya tidak perlu terlampau rapat dengan kawan yang sebegini atau dalam erti kata lain janganlah berkongsi rahsia yang melampau-lampau dengan kawan yang sebegini.

Kelima dan terakhir ialah kawan yang sentiasa bersama kita di saat susah mahupun senang. Kawan sebegini adalah kawan yang sememangnya perlu diberi perhatian. Kerana apa? Kerana kawan sebegini mampu untuk menolong kita dimana kita di saat kesusahan.Selain itu,kita juga boleh berharap kepada kawan jenis ini.
Kesimpulannya,fikir-fikirkanlah,jenis apakah kita sebagai seorang kawan. Bagi angah sendiri,biarlah kita berkawan dengan semua orang,tetapi untuk kawan yang rapat,angah perlu menilai dulu,adakah angah seorang yang boleh dipercayai atau tidak.Selain itu angah juga pelru menilai adakah dia orang yang sesuai untuk dijadikan kawan rapat. 
 Sekian Terima Kasih.
Read more ...

22 September 2014

Senarai Blog 1000



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah. Kali ini angah nak update pasal Senarai Blog untuk  blog yang mempunyai 1000 Follower ke atas dan juga 1000 ke bawah. Kenapa angah buat macam ni?
Sebab utamanya adalah angah nak mencari blog yang mempunyai Follower ramai dan juga Follower yang kurang sedikit. Apa salahnya kita Follow sambil berblogwalking?Angah nak jelaskan bahawa angah bukan nak buat sesuatu yang racist tetapi angah nak lakukan perkara yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Jadi apa kata kita Follow dulu blog-blog yang terpilih.
Blog mempunyai 1000 Follower Ke bawah  :-

  1. http://cercitertashaqisha.blogspot.com/
  2. http://melangkaugarisan.blogspot.com/
  3. http://jmbelog.blogspot.com/
  4. http://anabiha.blogspot.com/
  5. http://ceriteracintadia.blogspot.com/ 
  6. http://dila79inperson.blogspot.com/
  7. http://fluffypocoyogirl.blogspot.com
  8. http://storybudakfanty.blogspot.com/
  9. http://tiramisusweetsour.blogspot.com/
  10. https://tintakembarailmu.blogspot.com/
  11. http://peningkah.blogspot.com/
  12. http://www.dikbee.com/
  13. http://kathy78rbain.blogspot.com/
  14. http://listen2myblog.blogspot.com/
  15. http://diarisihazimah.blogspot.com/
  16. http://bakaljenazah94.blogspot.com
  17. http://ajrunjasnihere.blogspot.com/
  18. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/
  19. http://www.cikkmira.com/
  20. http://worldeddyobby.blogspot.com/
  21. http://sakuraungu92.blogspot.com/
  22. http://faceblogisra.blogspot.com/
  23. http://nilamsyapina.blogspot.com/
  24. http://norniwanie.blogspot.com/
  25. http://anagurlz87.blogspot.com/
  26. http://faizolhafizi.wordpress.com/
  27. http://www.suesopian.com/
  28. http://bittersweetmemoryofme.blogspot.com
  29. http://mujiburpinkykelaut.blogspot.com/
  30. http://narbana97.blogspot.com
  31. http://amirahamer.blogspot.com/
  32. http://tiefiqs34.blogspot.com/
  33. http://www.cekgunorazimah.com
  34. http://coklatmusicalhatiku.blogspot.com/
  35. http://keranaakumalu.blogspot.com
  36. http://www.zukidin.com/
  37. http://heartdairies.blogspot.com/ 
  38. http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/
  39. http://myafarisha.blogspot.com/
  40. http://www.mummysupplementshop.blogspot.com/
  41. http://ummisyafiqahfarhana.blogspot.com/
  42. http://fadzlinahamali.blogspot.com/
  43. http://www.iuzira.com/
  44. http://www.budakbandunglaici.blogspot.com
  45. http://nisashahrien.blogspot.com/
  46. http://dingraphic.blogspot.com/ 

 



Blog yang jumlah Followernya melebihi 1000

  1. http://www.aimisyahirah.com/
  2. http://worldeddyobby.blogspot.com 
  3. http://natasya-pink.blogspot.com/ 
  4. http://zanahassan-zana.blogspot.com/
  5. http://www.kisahsidairy.com/
  6. http://nurfarahudahud.blogspot.com/
  7. http://www.mamaniza.com/
  8. http://walkstatic.blogspot.com/
  9. http://www.lamanprincess.blogspot.com/
  10. http://kathyrbain.blogspot.com/  
  11. http://dia-honey.blogspot.com/ 
  12. http://www.ashyastories.blogspot.com

Alhamdulillah,sebanyak 46 blog untuk kategori bawah daripada 1000 Follower dan juga 12 blog bagi kategori atas daripada 1000 Followernya. Jadi,sekarang ni,apa kata kita blogwalking dahulu ke semua blog-blog yang tersenarai? :D 
 


Read more ...

Ranking Alexa Diari Jejaka Hangat : 22.9.2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,hari ini angah dah selesai exam tradisional. Apa yang pasti sekarang ni angah rasa bertuah dan bersyukur sebab dapat buat exam dengan baik.
Berbalik kepada tajuk asal,angah nak tunjuk ranking semasa untuk Alexa bagi DiariJejaka Hangat . Alhamdulillah,ranking yang semakin bagus. Ada peningkatan dari segi ranking dalam Malaysia. Blog DJh melonjak ke tangga yang lebih tinggi.
Global Rank 
828,816

Rank In Malaysia
6,995 
 
Alhamdulillah,angah harap agar ranking akan menjadi lebih bagus selepas ini. Jadi,sememangnya angah harapkan anda dapat menyokong DJH lagi...


Read more ...

21 September 2014

Sakit Tekak : Practice


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ni just nak update tentang apa yang angah buat untuk hari ini. Memandangkan esok iaitu hari isnin merupakan tarikh untuk angah dan rakan sekelas menduduki exam tradisional,makanya hari ini memerlukan angah untuk prektis sehabis baik.
Tetapi yang merungsingkan angah adalah,untuk exam kali ini,angah kena main FLUTE iaitu sejenis alat yang ditiup. Angah perlu memainkan alat ini bersama-sama rakan yang lain dalam bentuk ensemble muzik melayu asli.
Lagu-lagu yang akan dimainkan oleh kumpulan angah adalah Hati Kama nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris,kemudian lagu Ya Maulai nyanyian Siti Nurhaliza dan juga lagu terakhir iaitu Tidurlah Nanda nyanyian Normadiah.
Disebabkan angah hanya berlatih flute hanya ketika nak exam sahaja,jadi ianya agak sukar untuk angah dapatkan rentak dan juga rhythm yang betul.Sebab apa? Angah kena belajar main flute dahulu. Sememangnya angah tak pernah terfikir yang angah akan bermain flute,tetapi rupanya untuk exam kali ini angah kena main flute.
Apa-apapun angah harapkan dapat buat yang terbaik esok hari. Tolong doakan angah ye! :D 
 
 
Read more ...

Profile Picture


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Just nak post gambar sendiri je. Haha. Sebenarnya angah takde idea nak tulis,jadi angah harap dengan adanya gamabr angah kat sini,maka meriahlah sikit blog angah ni?. Eh? haha
Angah masih mencari mood untuk berblogging seperti dulu. Memandangkan sekarang sudah dipenghujung semester,angah kena bekerja keras untuk naikkan balik ranking blog DJH yang semakin teruk ni. 
Read more ...

20 September 2014

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014



Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori:

Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) :Oh My English April Fool

Pengarah komedi terbaik (TV): Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin

Siri komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Karoot Komedia Raya

Pengarah komedi terbaik (FILEM): Sejoli – Osman Ali

Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna: Dato Jamali Shadat & Hamid Gurkha

Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)

Segmen Komedi Radio Paling Popular: Johara Pagi Era – Sketsa Johara

Rancangan komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Bila Joyah Dah Goyah

Filem komedi terbaik: Sejoli (PrimeWorks Studio)

Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman: Kumpulan Senario

Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem: Maya Karin

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem: Bront Palare

Pelakon komedi wanita terbaik (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV): Kazar Saisi

Anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular ( Anugerah utama): Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular ( Anugerah utama): Jep SepahTu
Berdasarkan keputusan di atas, Jep Sepahtu dilihat berjaya mempertahankan popularitinya dua tahun berturut-turut sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular.Begitu juga dengan Jasmin Hamid, Johara Pagi Era, Maharaja Lawak Mega dan Karoot Komedia yang berjaya mempertahankan kategori masing-masing.


Sementara itu, kemenangan Sharifah Sakinah sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular agak mengejutkan kerana ramai yang meneka Jihan Muse akan diangkat sebagai pemenang.Filem Sejoli dan drama Bila Joyah Dah Goyah pula berjaya mengungguli ALW 2014 apabila menraih kemenangan terbesar.

Sejoli menang besar apabila berjaya merangkul kesemua enam  kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).

Manakala drama Bila Joyah Dah Goyah menang lima kategori iaitu Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Kazar Saisi), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Jasmin Hamid), Rancangan Komedi Terbaik (Bukan Bersiri), Skrip Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Jamal Khan).

Antara filem lain yang tercalon ialah Bikers Kental, Adnan Sempit 3, Kami Histeria dan Hantu Tok Mudim manakala drama pula ialah Osman Baku, Yem Rempit, Projek Memikat Suami dan Benci Vs Cinta.

Rancangan komedi lain yang tercalon pula ialah Warna Raya, Fuyoo Raya Zizan, Kaunter Kaboom Raya, Lari-Lari Raya, Jihan Tak Nak Balik Raya dan Pengancam Perkahwinan. 

Anugerah Lawak Warna 2014 mempertandingkan 21 di mana 15 daripadanya adalah bagi kategori filem dan drama, tiga kategori popular manakala tiga adalah anugerah khas juri.


Pandangan angah : Tahniah kepada semua!! :D
Read more ...

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....
Read more ...

Kadar tol CIQ: Malaysia akan adakan pertemuan dengan Singapura



JOHOR BAHRU: Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan Singapura bagi membincangkan isu kadar tol yang dikenakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar dan Woodlands dalam tempoh terdekat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini bagi memperbetulkan salah faham republik berkenaan mengenai kenaikan kadar tol yang dikenakan di CIQ.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Cina, di sini, hari ini.
Sumber : Berita Harian

Pandangan Angah :

Kadar tol? Buat masa ini angah tak menggunakan lagi mana2 tol, sebab sekarang ni hanya parents sahaja yang menggunakan tol. 
Read more ...

19 September 2014

Tema Konsert Ketiga #AF2014



Menerusi Diari AF, rata-rata pelajar #AF2014 agak gementar untuk membawakan lagu-lagu popular senior mereka.
Bagaimanapun, sudah pasti akan ada kelaianan dari segi nyanyian kerana masing-masing perlu mempersembahkan lagu-lagu tersebut dengan gaya dan identiti mereka sendiri.
Berikut merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka:
1. Firman- Relakan Jiwa (Hazama)
2. Azwan - Izinku Pergi (Kaer)
3. Zarif - Aduh Saleha (Mawi)
4. Aman - Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
5. Farez - Awan Nano (Hafiz)
6. Ewal - Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)
7. Muna - Percayalah (Indah)
8. Nina - Ilusi (Adira)
9. Ziha - Hatiku Milikmu (Nera)
10. Adel - Jahat (Stacy)
11. Nuha - Aku Lebih Tahu (Mila)
Bagaimana agaknya persembahan mereka ya? Lagu-lagu yang diberikan juga semuanya mantap-mantap! Sama-sama kita nantikan di konsert ketiga Ahad ini ya. 
Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum konsert  bermula dan pastinya pelajar-pelajar #AF2014 kini sibuk dengan latihan.
Tema bagi minggu yang ketiga ialah Hits Fantasia di mana mereka akan membuat persembahan dengan mengambil kembali lagu-lagu yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar senior Akademi Fantasia.
 Sumber : Astro Gempak
Pandangan Angah :

Mungkin AF kali ni lebih hebat dari AF tahun lepas. 
Read more ...