14 September 2014

Nuha Dipilih Sebagai Pelajar Terbaik




Diam tak diam sudah masuk minggu kedua Diari #AF2014 bersiaran dengan memaparkan pelbagai aktiviti pelajar AF di dalam kelas buat tatapan penonton setia Akademi Fantasia.Diari #AF2014 episod 9 dimulakan dengan kelas tarian bersama Cikgu Linda Jasmine. Semua pelajar dikehendaki menari secara spontan mengikut rentak lagu. Farez menjadi pilihan Cikgu Linda diatas kelincahannya menari.

Namun masih ada lagi pelajar yang malu-malu untuk menari seperti Aman dan Nuha yang dikehendaki menari bersama untuk mengelakkan rasa malu kedua-duanya.Selepas kelas tarian, pelajar mula berlatih lagu masing-masing dan kemudiannya diikuti dengan aktiviti bersenam bersama Jurulatih Kecergasan Felda Wellness bagi meningkatkan prestasi pelajar sewaktu melakukan persembahan.

Menurut pemerhatian jurulatih tersebut ada beberapa pelajar yang staminanya berada dalam keadaan baik seperti Ewald an Azwan manakala tidak kurang juga yang suka curi tulang daripada membuat senaman seperti Farez.Selain itu, terdapat juga berita gembira apabila pengetua mengumumkan Nuha adalah Pelajar Terbaik bagi konsert #AF2014 minggu pertama.


Disebabkan itu juga pihak #AF2014 menampilkan Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai kejutan buat Nuha.Pak Nil telah memberi kata-kata semangat supaya Nuha lebih berkeyakinan semasa membuat persembahan. Bukan itu saja, malah wang saguhati juga telah diberikan kepada Nuha sebagai ganjaran diatas persembahan terbaik semasa Konsert Minggu Pertama #AF2014.

Sumber : Astro Gempak 


Pendapat angah : Sebenarnya Nuha ni adalah kawan angah di fakulti Muzik.

1 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.