25 September 2014

Sampai Ke Rumah Sendiri : Kulim



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah,perjalanan dari Shah Alam ke Kulim selamat dilalui. Perjalanan yang mengambil masa sebanyak 5 jam lebih akhirnya berbaloi juga bila kita dapat tengok rumah kita sendiri. Lebih dua bulan angah tak balik rumah,akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke bilik sendiri.
Ada banyak benda baru kat rumah,contohnya anak kucing baru. Comel sangat. Bulu yang gebu. Pula lah lama angah duduk kat Shah Alam,sampaikan ada kucing baru kat rumah. Apa lagi yang baru? Ada banyak aksesori baru kat halaman rumah.
Yang penting tiada ahli keluarga baru,yakni adik beradik masih sama dan ibu bapa masih yang sama. Sukur alhamdulillah.
Kenapa Angah Balik?

Pertama sekali adalah sebab angah sedang bercuti selama seminggu.Sebenarnya sekarang adalah minggu peperiksaan akhir. Tapi disebabkan ruang hari yang banyak antasa setiap paper,jadi angah pilih untuk balik rumah dahulu. Masih ada 3 lagi paper yang beum angah duduki.
Sebab kedua,angah nak lari dari kesibukan Shah Alam. Entahlah,semakin lama angah tinggal di sana,semakin tension dengan pelbagai kerenah manusia. Lagi pun dapatlah angah bersama family di rumah.
Sekian. 

2 ulasan:

  1. Leganya bila dah sampai kat rumah..tenang rasa kan

    BalasPadam
  2. bila dah sampai rumah mesti rindu nak tito kat hostel kan

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.