27 September 2014

Super Spontan 2014: Fad Mangsa Di Minggu Keempat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah seminggu berehat bagi memberi laluan kepada Anugerah Lawak Warna minggu lalu, program komedi Super Spontan 2014 kembali bersiaran seperti biasa dengan aksi yang lebih hebat.Sekali lagi, kumpulan Mawas Berduri terpaksa akur selepas tewas kepada kumpulan Biawak Laser sebentar tadi dengan beza peratusan undian yang tidak begitu jauh.
Ahli kumpulan Mawas Berduri diwakili oleh Yus (Sugar Kane), Rahim (Underteko), Jihan (Jihan Everdeen), Fad (Shawn Mail) dan  Johan (Abe Macho) terpaksa membuat undian bagi memilih siapakah ahli kumpulan mereka yang terpaksa disingkirkan.
Fad atau Shawn Mail tidak bernasib baik selepas menerima undian penyingkiran tertinggi menerusi ahli kumpulan Mawas Berduri sendiri. Penyingkiran Shawn Mail menyaksikan Mawas Berduri hanya tinggal empat orang peserta dan harus memberikan saingat sengit buat ahli kumpulan Biawak Laser yang terdiri daripada Reza selaku pengurus dan diwakili oleh Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung), Michael Ang (Angpaou Man), Achey (Acik Gelek) dan Abam (Johnny Bear). 
 Sumber : AstroGempak
 Pandangan Angah :-
Buat pertama kalinya angah tengok cerita ni secara live di rumah. Dengan family,bagi angah,rancangan ni best. Itu saja. huhu.. 
 
 

4 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.