31 Oktober 2014

Pemenang Bloglist November 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Untuk pengetahuan rakan- rakan semua,beberapa hari yang lalu, angah telah mengadakan satu pencarian bloglist di Fanpage Facebook Diari Jejaka Hangat. Alhamdulillah, angah mendapat sambutan yang hangat daripada semua rakan-rakan blogger.
Kini,angah nak umumkan pemenang untuk Bloglist DJH bagi bulan November 2014.
  1. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
  2. http://kucciecee.blogspot.com/
  3. http://farhana-mohamad.blogspot.com/
  4. http://mencarimifthahulraudhah93.blogspot.com/
  5. http://blogparihh.blogspot.com/
  6. http://natasya-pink.blogspot.com/
  7. http://cikgufarha.blogspot.com/
  8. http://hanaexotics.blogspot.com
  9. http://diarisihazimah.blogspot.com/
  10. http://yangbaik.blogspot.com/
  11. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/
  12. http://invisiblenote.blogspot.com/
  13. http://eurukaseven.blogspot.com/
  14. http://ceritamayapersada.blogspot.com/
  15. http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/
  16. http://jombercontest.blogspot.com
  17. http://sibodohjangankacau.blogspot.com
  18. http://www.schanazri.com/ 
Tahniah buat semua pemenang. Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada bloglist DJH untuk bulan November. Kalau-kalau ada yang sudi nak letak Blog DJH dalam bloglist blog anda juga sememangnya sangat-sangat dialu-alukan.
 
 Sekian.
Read more ...

Tazkirah Jumaat #18 : Kepanasan Neraka




"Saya tak merokok. Tapi saya sentiasa membawa sekotak mancis dalam poket. Apabila hendak buat satu dosa,saya akan nyalakan mancis tadi dan genggam. Kemudian saya akan berkata kepada diri saya sendiri 'Ali,api yang sebatang mancis ini pun tak dapat nak tahan,apatah lagi kepanasan neraka."
Sumber : Google
Read more ...

Ranking Alexa 31.10.2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Ranking Alexa untuk blog DJH semakin hari semakin bagus. Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong DJH sehingga ke hari ini. Kali ini angah nak update Ranking untuk hari ini.
Global Rank
425,991

Rank In Malaysia
1,530

Terima kasih kepada semua. 
Read more ...

30 Oktober 2014

Kabel Telefon Dicuri



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya angah dapat kembali berblogging. Selepas hampir seminggu tak dapat nak online. Bukannya apa,angah cuma geram dengan segelintir manusia. Angah tak dapat nak online disebabkan internet tak dapat connect.
Kenapa tak dapat connect? Hal ini disebabkan oleh kabel Telefon dicuri orang yang tak bertanggungjawab. Habis modem wifi tak dapat digunakan. Sememangnya sangat menyakitkan hati.
 Bila internet tak ada,angah tak dapat nak update blog,tak dapat nak search Google,tak dapat nak buat kerja. Tapi alhamdulillah akhirnya talian telefon rumah dah oke.
Terima kasih kepada pencuri kabel yang sanggup mencuri kabel. 
 

Read more ...

25 Oktober 2014

Google Plus : Penting atau tidak??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali,angah ingin bertanya,adakah anda semua sudah mempunyai akaun Google Plus? 
Secara jujurnya,angah yakin bahawa anda semua sudah memiliki akaun Google Plus ini,sebab ianya adalah sesuatu yang sangat penting pada masa kini. Semakain ramai blogger yang menyedari kepentingan Google Plus ini.
Kedua,adakah anda telah menguruskan akaun dengan betul-betul?
Apa yang dimaksudkan ialah,adakah anda dah gunakan ruangan itu secara betul dan tepat? Macam angah sendiri,bila angah search nama angah di Google iaitu Mohamad Khairil, akan keluar di Google akan google plus angah. 
Sememangnya angah jarang menggunakan Google Plus pada awal-awal kemunculannya. Tapi sejak akhir-akhir ini,angah merasakan ianya merupakan sesuatu yang wajib. Kalau dahulu,hanya widget Follower sahaja yang dianggap penting,kini widget Google Plus juga perlu dianggap penting.
Dengan adanya Google Plus ini, ia akan memudahkan kita untuk blogwalking kerana entry-entry baru daripada orang yang kita Follow akan kelihatan akaun kita. Apa yang angah suka ialah,ianya lebih menarik sebab semua akaun kita dilinkkan. Seperti akaun Youtube,Blogger dan juga emel.
Jadi,adakah anda merasakan bahawa ianya penting? 
 
 
 
 

Read more ...

Super Spontan 2014 : Johan Juara Super Spontan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Akhirnya,rancangan popular iaitu Super Spontan 2014 melabuhkan tirainya. Super Spontan episod akhir kali ini diadakan di MiTC Melaka.
Tahniah diucapkan kepada semua yang berentap di peringkat akhir ini iaitu Johan,Shahrul Shiro, Shuib,Achey,Yus dan juga Tauke. Permainan pada malam ini sungguh menarik. Angah paling suka part Lagu Spontan dan juga Pantun Dua Kerat.
Tempat Pertama

Johan : RM100,000 dan sebuah kereta Toyota beserta Trofi

Tempat Kedua

Shahrul Shiro RM50 000 dan sebuah trofi.

Tempat Ketiga

Shuib  : RM 25,000 dan sebuah trofi

Tempat Keempat

Achey : RM 5,000

Tempat Kelima

Yus :RM5,000

Tempat Keenam

Tauke : RM5,000

Tahniah diucapkan kepada semua pelawak-pelawak yang berjaya membuat semua rakyat Malaysia tertawa. Sememangnya kejayaan Johan telah diagak oleh angah sendiri. Tahniah!!
Sekian.
Read more ...

24 Oktober 2014

Tazkirah Jumaat #17 : Anak Perempuan



Sumber : Google

"Selangkah ANAK PEREMPUAN keluar dari rumah tanpa menutup aurat,maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka."

Read more ...

Tazkirah Jumaat #16 : Lelaki Dayus




RAMAI LELAKI DAYUS

Benarkan isteri,anak melakukan perkara tidak mengikut ajaran Islam.

"Antara perkara mudah yang membolehkan menjadi dayus adalah membenarkan isteri dan anak berpakaian tidak menutup aurat,sekali gus menjadi tatapan lelaki bukan muhrim." -Imam Besar Terengganu
Sekian.
Read more ...

23 Oktober 2014

Problem Dengan Iklan Nuffnang!!!





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pening bila memikirkannya!! Untuk pengetahuan rakan-rakan semua,seharian suntuk angah memikirkan tentang masalah ini.Iklan Nuffnang yang angah letakkan di beberapa tempat di dalam blog ini tidak kelihatan!!
Angah sedar akan problem ini bila mana angah sendiri tak dapat nak tengok iklan apa yg sedang bermain-main di blog ini. 

Tiga gambar yang terdapat dalam entry ini adalah apa yang angah dapat lihat sendiri daripada ketiga-tiga perletakan iklan itu. Secara jujurnya,angah sememangnya tak dapat lihat langsung iklan Nuffnang itu melainkan hanya sekadar logo sahaja.


Angah sudah menghantar ticket dan bertanya kepada pihak Nuffnang,tetapi angah rasa,baik angah tanya rakan-rakan blogger dahulu. Adakah anda tahu penyebabnya? Angah sudah beberapa kali tukar kode pada html,angah juga sudah beberapa kali edit tetapi tidak berhasil juga.
Kepada sesiapa yang tahu,harapannya semoga dapat membantu angah. 

Read more ...

"What did you do with your time?"




SUMBER : MUSLIM SHOW

Read more ...

Tak Ada Mood..





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejujurnya,hari Rabu semalam merupakan hari tak ada mood untuk angah. Angah takda mood nak update blog,takda mood nak hadapi kehidupan seharian. Yang angah tahu hanyalah tidur. Tetapi bila difikirkan balik,angah update 2 atau 3 entry juga.
Bukannya apa. Salah satu sebabnya ialah sepanjang hari hujan. Memandangkan cuaca redup ,mendung dan akhirnya hujan lebat,ia agak menyukarkan angah untuk berblogging.
HUJAN 
Ada satu kes di kawasan kediaman angah,modem Wifi terbakar akibat bermain internet ketika hujan lebat. Jadi,untuk mengelakkan kes sebegitu terjadi kepada angah,angah tak membuka internet Wifi ketika hujan.
BLOG ROSAK 
Selain itu,masalah tentang blog. Blog angah tidak memaparkan button send facebook. Selain itu,iklan Nuffnang juga tidak keluar. Jadi,ia sedikit sebanyak telah mengganggu mood angah untuk aktif blogwalking.
ALHAMDULILLAH

Akhirnya masalah dapat diselesaikan juga. Hujan juga sudah berhenti,maka angah boleh berblogging semula. In shaa Allah.
Sekian. 


Read more ...

22 Oktober 2014

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhirnya Kembali!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini Astro Gempak telah kongsikan kepada anda beberapa berita mengenai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).Tetapi ramai yang tertanya-tanya siapakah peserta dan pengacara bagi MLM 2014 yang bakal bersiaran pada 14 November ini di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134). 
MLM 2014 masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Dato' AC Mizal.
Di bawah Astro Gempak kongsikan senarai lengkap nama peserta yang bakal berentap untuk memenangi wang tunai RM500,000.

Senarai Perserta Fast Lane ( Layak Secara Automatik): 

  1.  Sepahtu – Jep, Shuib & Ilya
  2.  Shiro – Ajak & Shahrol
  3.  Bocey – Acey, Abam & Fad
  4.  Virus – Tauke, Yus & Zizan
  5.  Nabil
  6.  Comey – Suhaimi & Rophie
  7.  SYJ – Jihan Muse, Yassin & Yassin
  8.  Jalor – Along, Rahim & Joey
  9.  Sayot – Zam Jr (Skool Of Lawak), Filzah (Skool Of Lawak), One (Skool Of Lawak)
  10.  Kepoh – Izu, Pian & Kamal 

Selain 10 peserta di atas, terdapat 16 peserta lagi terpaksa bersaing dalam pusingan ‘Hot Seat’ (Kerusi Panas) untuk melayakkan mereka bersaing bersama peserta ‘Fast Lane’. Antara kumpulan yang bakal berentap dalam ‘Hot Seat’ pada 31 Oktober dan 7 November ini pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna ialah Wala, Zero dan Mamu. 

16 peserta ini perlu merebut empat tempat untuk melengkapkan 14 Finalis MLM 2014: 
  1.  Ekzos – Jon LNJ, Raja Azri & Lie (Kumpulan Cuit)
  2.  Mamu – Ajo & Abu
  3.  Sakan – Jelut, Ash & Pakku
  4.  Samurai – Arin, Man (Raja Lawak) & Acong
  5.  Cak – Azmir & Ikhtiaruddin
  6.  Spark – Mail, Yus & Azmi (Kumpulan Ketampi)
  7.  Qtaro – Munir, Chot & Syed Ali
  8.  Token – Radhi OAG, Wira (Kumpulan Wili), Ezad Lazim
  9.  Chilok – Chiwan, Achok, Wan Lopez
  10.  Badboy – Aboy & Bard
  11.  Zero – Sahrif, Syaiful & Sharif
  12.  Glory – Aziz Kota, Elly & Sathia
  13.  Shake – Amirullah, Bell Ngasri & Haszmi
  14.  Gap2 – Azlan, Rohaizat, CT Chubby
  15.  JBOND – Che Mat & Pak Cu
  16. Wala – Lopz & Wan

SUMBER : ASTROGEMPAK 

Pendapat angah  :

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang bakal beraksi dalam Maharaja Lawak Mega 2014. Beberapa kejutan telah kita saksikan walaupun rancangan itu belum bermula. Apa-apa pun angah harap agar rancangan ini akan terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Read more ...

Tutorial Centerkan Header Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kita bersama lagi dalam rancangan Tutorial Bersama DJH. Kali ini angah akan berkongsi tentnag cara-cara nak centerkan header blog. Seperti agah sendiri,header merupakan sesuatu yang penting. Kerana jika cantik headernya,maka in shaa Allah keseluruhan blog juga cantik.
Ada juga orang yang suka melihat header blog daripada melihat entri. Selain itu,kedudukan header yang tepat perlulah dititikberatkan. Jom sama-sama kita belajar... 


CARA PERTAMA

1. Dashboard > Design > Edit Html

2. Tekan Crtl + F , dan cari kod kat bawah ni :

#outer-wrapper {

3. Pastu , bawah kod yang anda carikan tadi tuh , ada kod ni kan ??
 background:#FFFFFF;
width: 1000px;

*Itu pun , sebagai contoh sahaja.
4. Makna nya , outer wrappertu . 1000px taw ?? Anda punya,mungkin berlainan.

5. Tapi , tak siap lagi ni . Kemudian , anda cari pulak kod ini..
#header-wrapper {

6. Dah jumpa kan,  Pastikan width dekat header dengan outer wrapper tu sama .Jadi anda punya header akan jadi center.

7 . Preview dahulu . Dah jadi , baru anda boleh SAVE.

CARA KEDUA

1. Dashboard > Design > Edit Html

2. Tekan Ctrl + F , cari :

/* Content

3.  Lepas tu , copy kod kat bawah ni , then paste ATAS kod yang korang carikan tadi tu  .

.Header img {
  margin-$startSide: auto;
  margin-$endSide: auto;
}

4. Paham ke tidak ?Jika anda tak paham , cuba tengok contoh ni :

.Header img {
margin-$startSide: auto;

margin-$endSide: auto;
}
/* Content
----------------------------------------------- */

5 . Preview dahulu . Kalau jadi ,anda boleh SAVE.
Sekian sahaja.
Read more ...

Meriah!! : Deepavali..




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Meriah!! Itulah perkataan yang dapat digambarkan apabila angah merasai pengalaman itu sendiri. Tepat 12 tengah malam kelmarin,bunyi mercun dan meriam kedengaran di seluruh pelusuk tempat kediaman angah.
Yang paling baik ialah sampai ke saaat angah update entry ini,masih lagi kedengaran bunyi meriam. Terbaik!! Bagaimana dengan Deepavali di tempat anda? 

Read more ...

Wordless Wednesday 40 : Bestfriend



Bestfriend

Read more ...

21 Oktober 2014

Segment Blog Review by Sally Samsaiman

Jom jom Segmen Ini..
Read more ...

Jodoh : Hidayah




Apabila bercakap soal hidayah, ramai yang memilih untuk menunggu walaupun sedar hidayah itu perlu dicari dan bukannya jatuh ke riba. 
Tapi, apabila bercakap tentang soal jodoh,ramai yang memilih untuk berusaha keras mencarinya walaupun sedar pada hakikatnya jodoh kita sudah ditentukan.

Read more ...

Yourself



"Do not underestimate yourself by comparing yourself with others. It's our differences that make us unique and beautiful."

Percaya atau tidak,sebenarnya tak perlu untuk kita membezakan antara diri kita dan orang lain. Sebab perbezaan yang ada pada diri kita membuatkan kita lebih unik.
 Macam angah sendiri,ada seorang kawan. Dia merupakan seorang yang bijak. Tapi dia ada satu kelemahan iaitu tidak boleh melihat orang lain lebih baik daripada dirinya. Bila dia lihat sahaja,dia akan rasa down dan terus patah hati.
Kenapa nak jadi sebegitu rupa? Bagi angah terima sahaja kelebihan orang lain.Yang penting kita berusaha untuk capai apa yang kita inginkan. Memanglah diri kita lemah tapi tanpa sebarang usaha sememangnya itu yang kita dapat.
 Percayalah...


Read more ...

Ranking Alexa 21.10.2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Pertama sekali angah nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menyokong DJH selama ini. Alhamdulillah,usaha yang berterusan sepanjang 2 minggu ini telah membuahkan hasil. Kini,blog DJH berada di ranking bawah daripada 2000. Terima kasih kepada semua!!
Global Rank
503,661

Rank In Malaysia
1,966 

Alhamdulillah. Kini angah sudah berada selangkah di hadapan. Terima kasih kepada semua blogger dan juga para pembaca kerana sudi datang dan berkunjung ke blog DJH.
Terima kasih. 


Read more ...

Review Blog #8


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah,kita bersama lagi dalam rancangan Review Blog #8.Kali ini sudah masuk siri ke 8 review blog. Bermakna,lebih daripada 35 blog telah direview sepanjang masa ini. Terima kasih kepada semua yang sudi direview oleh Diari Jejaka Hangat.
Apa yang angah boleh katakan ialah blog yang akan direview kali ini adalah hebat-hebat belaka!! 

1. http://cikgufarha.blogspot.com/


Blog pertama ialah blog Cikgu Farha. Sejujurnya ini merupakan kali pertama angah bertandang ke blog ini.
Saya Ustazah Farha. Mempunyai 2 orang anak. Bekerja di Sabah. Blog ini berkisar kehidupan saya sebagai seorang guru, ummi dan perantau di Sabah.  
Bagi angah sendiri,blog ini menarik kerana ada pelbagai entri menarik contohnya tutorial,entry giveaway. Selain itu,blog ini juga senang untuk kita scroll dan lihat entry-entry terdahulu,kerana adanya widget yg menarik. Jom terjah blog ini untuk lebih lanjut.. 

2. http://www.mamaniza.com/


Blog kedua yang direview memang tidak asing lagi dalam dunia blogger. Siapa yang tak kenal blogger Mamaniza?? Blogger yang sangat peramah dan best. Apa yang angah suka ialah,setiap entry di dalam blog ini akan dijelaskan sejelas-jelasnya. Selain itu,kita dapat lihat betapa ramainya jumlah orang yang mengomen di setiap entry blog ini.
Blog ini juga bagi angah adalah terbaik,kerana angah suka dengan gaya blog ini dihasilkan. Selain itu,gaya penulisan blogger ini turut menjadi kesukaan angah. Jom terjah blog ini!! 


3. http://ctfand.com/


Blog seterusnya ialah blog Inspired By Yanie. Apa yang angah dapat tahu ialah blogger wanita ini merupakan ibu kepada tiga orang anak. Beliau berasal dari negeri Sabah. Blog ini dihasilkan ketika tahun 2012.
Apa yang angah suka ialah blog ini sangat mesra pembaca. Kita boleh lihat terdapat widget Recents Post dan juga Weekly Popular Post yang membolehkan pembaca untuk membaca entry-entry lain. Thumbs up untuk blogger ini!! Jom terjah blog ini!! 


4. http://ourcityofdreams.blogspot.com/


Ini adalah blog yang keempat. Rasanya ini adalah blog yang sangat-sangat baru. Kerana apa? Kerana entrinya baru sahaja ada 2. Tahniah diucapkan kerana berjaya menjadi seorang blogger.
Takde apa yang angah nak cakapkan. Disebabkan ini adalah blogger baru,jadi jom ktia follow dan support blogger baru. Apa-apa pun selamat maju jaya!! 


5. http://lollista.blogspot.com/




Blog kelima ialah blog Lollista. Blog yang headernya dihiasi dengan gambar seorang gadis sedang menaiki motosikal vespa. Blog yang menarik ini agak ringan dan menjadikan loadingnya agak laju.
Apa yang anagh suka ialah widget di dalam blog ini. Boleh dikatakan sedikit sahaja widget yang terdapat dalam blog ini. Hanya widget yang perlu sahaja. Thumbs up! Apa lagi yang angah suka ialah blog ini cantik dan menarik dilihat. Jom terjah blog ini... 


6. http://hanaexotics.blogspot.com/



Blog terakhir yang akan direview ialah blog ini. Cantikkan header blog nya? Sudah terang lagi bersuluh bahawa pemilik blog ini meminati EXO iaitu sebuah kumpulan Korea.Beliau merupakan seorang blogger muda yang berusia 15 tahun.
Apa yang angah dapat perhatikan kebanyakan entri di dalam blog ini adalah entry Giveaway. Mungkin sebagai seornag pelajar sekolah agak sukar untuk update blog. Apa-apa pun teruskan berblogging. Thumbs Up! Jom terjah blog ini!! 


Read more ...

20 Oktober 2014

Review Blog #7


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini angah nak review lagi blog yang terpilih. Alhamdulillah. Untuk kali ini,4 blog terpilih untuk direview. Jom ita tengok blog mana yang cantik dan menarik.

1. http://cercitertashaqisha.blogspot.com/


Pujian harus diberikan kepada blog pertama ini. Loading blog yang cukup bagus. Blog yang dikenali dengan nama Ceciter Tasha Qisha ini dimiliki oleh seorang blogger perempuan.Beliau merupakan seorang blogger yang berasal daripada Langkawi dan berumur 21 tahun.
Apa yang angah suka ialah,kandungan entri yang pelbagai. Selain itu,mudah untuk agah mencari entri-entri menarik dengan adanya widget search dan juga widget entri popular. Thumbs up untuk blog ini. Nak tahu lebih lanjut? Jom terjah blog ini.. 


2. http://wwwqurratuainisnq.blogspot.com/


Blog seterusnya ialah blog berwarna purple ini. Apa yang angah dapat lihat adalah keadaan saiz header yang besar menyebabkan loading blog menjadi lambat. Selain itu,mungkin juga ada beberapa kesilapan dalam perletakan widget yang patut diberikan perhatian.
Mungkin beberapa edit lagi di dalam blog ini boleh menjadikan blog ini lebih menarik di masa akan datang. Jom terjah blog  ini :D 


3. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/


Blog ketiga ialah blog Kalam Mr IZS. Blog yang sangat cantik bagi angah. Header yang cantik menarik minat angah untuk terjah masuk ke dalam blog ini. Pelbagai perkara menarik terdapat dalam blog ini. 
Apa yang angah suka ialah,widget di dalam blog ini tidak banyak. Ia menjadikan blog ini ringan sahaja. Selain itu,entri yang senang dan jelas di baca. Banyak lagi perkara yang angah suka dalam blog ini. Jadi,jom terjah dalam blog ini... 


4. http://justforfund.blogspot.com/



Blog terakhir yang akan direview,juga merupakan salah satu blog yang cantik. Angah suka dengan gaya headernya. Selain itu,header ini menarik kerana mempunyai senarai menu disebelah kanan. Senang untuk sesiapa memlih tab yang disukai.
Bagi angah,blog ini merupakan salah satu blog yang berjaya kerana blog ini cantik dan menarik. Blog yang dihasilkan sejak tahun 2011 ini mempunyai loading yang bagus. Banyak juga entri-entri yang menarik. Jom terjah blog ini... 
Sekian.
Read more ...

Penjelasan Isu Anjing dan Isu Masyarakat Malaysia




ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA 
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.  
Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi. 

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut; 

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi. 
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut; 

Samakan Dengan Anjing 
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli. 
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176). 
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini. 
Islam Benci Anjing? 
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan? 
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18). 
Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.  
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari). 
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji. 
Bolehkah muslim memiliki anjing? 
Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4) 
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir. 
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi. 
Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing? 
Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing. 
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari). Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah? 
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat. 
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai. 
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman! 
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).  
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan. 
Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.


Pendapat angah :-

Jelas atau tidak huraian yang diberikan? Bagi angah sendiri,biarlah yang lebih mengetahui yang memberikan komen dan pendapat mereka.
Read more ...

Pageview Melepasi 400 000





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Akhirnya pageview Diari Jejaka Hangat berjaya sampai sehingga 400,000. Terima kasih kepada semua yang setia bersama Diari Jejaka Hangat. Sempat untuk angah print screen sebentar pageviewnya.


Masih angah ingat suatu masa dahulu,untuk sampai 100,000 pageview adalah tersangatlah susah. Dan angah begitu tak sangka bahawa pageview DJH mampu sampai ke tahap ini. Sekali lagi,jutaan terima kasih diucapkan buat semua pembaca dan juga blogger.
Terima kasih. 

Read more ...

Gempar : Isu Pegang Anjing



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isu Pegang anjing menjadi panas apabila berlaku pelbagai spekulasi. Ada beberapa pandangan daripada rakyat Malaysia berkenaan isu ini. Pada angah sendiri,angah lihat ramai orang mula bercakap tentng perkara ini.
Ada yang bercakap bahawa program ini menghina agama Islam seperti mana yang tertera di dalam akhbar tersebut. Ada juga yang berkata ianya adalah tidak menjadi satu kesalahan kerana untuk menunjukkan bahawa orang Islam tidak kejam terhadap binatang.
Pelbagai tohmahan dan kritikan diberikan terhadap penganjur program itu,manakala berlaku pergaduhan di ruangan komen apabila ada yang menyatakan persetujuan dan ada juga yang menyatakan hal sebaliknya. Siapakah yang benar? 

Pendapat angah :-

Angah merasakan bahawa kita perlu kembali kepada yang asal,yakni berpandukan al Quran. Rasanya ada kebenaran di dalam Al quran. Selain itu,ulama dan mufti juga perlu memainkan peranan penting dalam isu ini yang semakin dibesar-besarkan.
Sekian. 
 
 

Read more ...

Pesanan Buat Teman




Rabbighfirlii - Ya Tuhanku,Ampunilah aku, 
Warhamnii - Rahmatilah aku, 
Wajburni - Tutuplah aib-aibku, 
Warfa'nii - Angkatlah darjatku, 
Warzuqnii- Berilah aku Rezeki, 
Wahdinii - Berilah aku petunjuk, 
Wa'Aafinii- Sihatkanlah aku, 
Wa'fuannii.- Maafkanlah aku.

Read more ...

19 Oktober 2014

Review Blog #6




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita kembali lagi dalam rancangan Review Blog bersama DJH. Alhamdulillah,dah lima entri yang sudah dihasilkan dengan 25 blog telah direview. Alhamdulillah. Terima kasih kepada anda semua yang sudi tinggalkan link blog untuk direview. Baiklah kita teruskan dengan review :- 


Blog pertama ialah blog Norhana Marsom. Kalau nak mengenali dgn lebih lanjut tntg pemilik blog ini boleh KLIK SINI. Apa yang angah dapat ceritakan adalah blog ini banyak bercerita tentang tips-tips kesihatan. Contohnya seperti Tips Bekerja Ketika Hamil. Selain itu,terdapat juga entri-entri lain seperti entry Giveaway,entry pengalaman dan lain-lain.
Apa yang angah suka adalah kesederhanaan blog ini. Tak terlampau menonjol warnanya bagi angah sendiri. Selain itu,loading blog yang agak pantas menjadi perhatian angah. Jom terjah blog ini.. 


2. http://nora-norasyimahsaifullahoifficialblog.blogspot.com/


Blog kedua ini merupakan blog yang unik. Kerana tidak mempunyai gambar header. Hanya tulisan sahaja sebagai tajuk besar blog. Alhamdulillah,mungkin kerana tiada header yang besar,menjadikan loading blog ini laju.
Apa yang menarik adalah pemilik blog ini sudah berblogging sejak tahun 2009. Beliau juga minat anime. Apa yang angah nampak dari blog ini ialah scroll bar di sebelah kanan yang membuatkan angah keliru. Susah angah nak scroll sebab kesemuanya bewarna hitam.Untuk hal-hal lain,rasanya oke. Jom terjah blog ini. :D


3. http://www.akupenghibur.com/


Blog seterusnya ialah blog Aku Penghibur. Alhamdulillah,angah diberi kesempatan untuk review blog hebat ini. Blog ini pernah memenangi anugerah Bestlifestyle Blog MSMW 2014. Tahniah!!
Apa yang angah suka ialah pelbagai jenis entri yang terdapat dalam blog ini.Kebanyakan entri-entrinya semua menarik. Contohnya seperti Berblog Hanya Untuk Mendapat Publisiti? dan juga Batal Masuk Neraka Kerana Sahabat Soleh. Tiada apa lagi yang angah nak cakap. Blog ni bagi angah adalah terbaik. Jom terjah blog ini.


4. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/


Blog keempat yang direview ialah blog Kaki Travel Khairuddin. Untuk mereka yang sukakan travel,angah rasa inilah blog yang terbaik untuk anda kunjungi. Apa yang angah dapat lihat adalah,pelbagai info tentang tempat menarik boleh dilihat di dalam blog ini.
Angah suka dengan setiap entry yang dihasilkan. Lengkap dengan maklumat. Kalaulah angah boleh travel juga. Apa-apa pun good job. Blog ini terbaik. Jom ramai-ramai terjah blog ini. 


5. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/



Blog terakhir ialah blog favourite angah iaitu blog Akif Imtiyaz. Dahulu,angah ingatkan bahawa pemilik blog ini adalah budak kecil. Rupanya ianya ialah milik ibu kepada budak kecil tersebut.Apa yang angah pasti adalah blog ini kebanyakannya bercerita tentang anak-anaknya.
Apa yang angah suka ialah blog ini loadingnya sangat bagus. Selain itu,susunan widget yang menarik. Apa yang lagi bagus ialah pemilik blogger ini sangat peramah. Nak berkenalan lebih lanjut? Jom terjah blog ini. 

Sekian. 
Read more ...