14 Oktober 2014

Harga Tambang Bas Naik Melampau!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apa yang angah nak ceritakan kali ini adalah tentang tambang tiket bas untuk perjalanan angah dari Shah Alam ke Kulim.Sememangnya sudah menjadi kebiasaan untuk angah pulang ke Kulim dengan menaiki bas.Apa yang angah kesalkan adalah tambang yang semakin mahal.
Kalau dulu,angah pernah naik bas dari Shah Alam ke Kulim dengan tambang berharga RM38. Kemudian saban tahun,harganya naik kepada RM40. Kemudian,naik lagi kepada RM44. Dan kini harganya melambung tinggi kepada RM48.
Kenaikan yang boleh dikatakan sangat melampau. Bagi angah sendiri,takkanlah sampai beringgit-ringgit.Kalau perkhidmatan itu dinaiktaraf macam,dalam bas ada peti ais ke,ada televisyen sorang satu ke,atau WIFI laju ke,oklah jugak. Tapi dari dulu sampai sekarang sama sahaja.
Janganlah gunakan alasan minyak naik 20 sen untuk naikkan tambang bas beringgit-ringgit. Jangan sampai nanti ramai-ramai boikot naik bas pulak.
Mood : Geram. 
 
 
 

3 ulasan:

  1. Tak patut boleh buat aduan tu..

    BalasPadam
  2. effect minyak naik 20$. hurmm. itu baru tambang bas. barangan lain pun akan turut naik jugak nanti. dah tahun depan ada gst pulak.

    BalasPadam
  3. Ish banyak juga beza.dah lama tak naik bas sejak 2006.

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.