15 Oktober 2014

Review Blog #1




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Review blog kali ini adalah sangat menarik kerana ada 5 blog terbaik yang akan direview oleh angah. Macam mana nak kena review? Nantikan sahaja update di fanpage DJH.


Blog yang dikenali dengan nama Faceblogisra dimiliki oleh seorang blogger lelaki iaitu Isra Ismail. Pada mulanya,angah rasakan blog ini mempunyai suatu daya tarikan. Ternyata angah tertarik dengan kandungan di dalam blog ini. Pelbagai entry menarik yang terdapat dalam blog ini seperti Puteri | Animasi Terbaru , Dato Siti | Frozen dan lain-lain.
Rasa-rasanya pemilik blog ini menyukai penyanyi wanita popular negara iaitu Dato Siti Nurhaliza,betul tak? Sebab apa,kebanyakan entri yang angah baca adalah berkenaan Dato Siti. :) Apa-apa pun kalau nak tahu lebih lanjut,jom terjah blog ini. 


2. http://natasya-pink.blogspot.com/


Blog kedua merupakan blog yang comel berwarna kelabu. Pemiliknya adalah seorang perempuan.
Aku memang bukan anak yg baik diseluruh dunia.  
Tetapi aku bersyukur Tuhan berikan aku orang-orang terbaik didalam hidupku. 
Aku mohon teguran yang baik jika salah, 
bukan hinaan dan sindiran. Aku juga manusia. 

Bagi angah sendiri,blog ini adalah salah satu blog yang simple. Kerana apa? Kerana blog ini tidak mempunyai widget yang banyak. Selain itu,warnanya yang kelabu membuatkan kita tidak terasa mahu berganjak dari blog ini. Walau bagaimana pun , angah rasa kalau ada beberapa penambahbaikkan,mungkin lagi menarik blog ini. Jom terjah blog cantik ini. 

3. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/

Blog ketiga yang akan direview adalah sebuah blog yang dimilik oleh seorang yang berumur 12 tahun. Muda kan? Tak sangka sungguh. Apa apa pun,bagi angah blog ini menarik kerana mempunyai pelbagai warna yg menjadikan blog ini menarik.

  • Blog yang mempunyai entri yang banyak dengan giveaway. 
  • Blog yang mempunyai background lagu. 
  • Mempunyai pelbagai widget. 
Pertama sekali,apabila angah nak buka blog ini,loadingnya agak lambat. Angah rasa mungkin disebabkan oleh widget yang banyak seperti kelopak bunga berguguran,dan juga widget yang lain. Selain itu,dengan adanya lagu membuatkan angah rasa sedikit ralat untuk teruskan membaca. Mungkin sebab angah tak suka lagu itu. Yang lain-lain rasanay dah cukup bagus.Jom terjah blog ini!! 



4. http://dia-honey.blogspot.com/

Seterusnya,angah akan mereview sebuah bog yang berwarna pink. Blog yang penuh dengan corak kartun Hello Kitty ini dimiliki oleh seorang wanita. Pertama kali masuk ke blog ini,angah sudah membuat tanggapan bahawa pemilik blog ini minat akan Hello Kitty. Dan ternyata ialah benar. Untukpeminat-peminat watak kartun Hello Kitty bolehlah kunjungi blog ini.
Secara jujur boleh angah katakan bahawa blog ini menarik dan terbaik. Kerana apa? Pelbagai entry yang menarik di hasilkan. Selain itu,terdapat juga pelbagai tab di bawah header yang membolehkan pengunjung untuk memilih bacaan mereka.
Jom terjah blog ini untuk ketahui selanjutnya.. 
5. http://dingraphic.blogspot.com/


Teruja sebentar kerana angah dapat review blog yang menarik ini. Tengok header sahaja sudah tahu,semestinya blog ini menarik. Pertama sekali,blog ini bagi angah adalah blog yang simple. Selain itu,kebanyakan entrynya berkisarkan tentang graphic atau seni lukisan grafik.
Sememangnya blog yang cepat loading ini akan dikunjungi ramai pembaca kerana banyak entry menarik mesikpun entri yang telah dihasilkan pada tahun 2014 ini adalah sebanyak 6 entri sahaja. Jom terjah dan follow blog ini. 

Sekian.


12 ulasan:

  1. Tahniah kepada semua..akan slowly terjah mereka

    BalasPadam
  2. Terima Kasih, akhir tercapai juga hajat untuk di review oleh blogger lain... Terima Kasih Angah @ Diari Jejaka Hangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Angah, saya memang meminati Dato' Siti Nurhaliza dan juga menggunakan produk keluaran beliau iaitu SimplySiti.. kepada semua yg nak tahu tentang produk Simplysiti, Boleh la datang ke blog saya.. sebarang komen dan endapat amat di alu-alukan

      Padam
  3. Terima kasih.Akan saya perbaiki blog saya. :)

    BalasPadam
  4. Lama tak terjah sini. Nak terjah blog kat atas jugak.

    BalasPadam
  5. Tahniah buat anda yang telah direview

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.