20 Oktober 2014

Review Blog #7


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini angah nak review lagi blog yang terpilih. Alhamdulillah. Untuk kali ini,4 blog terpilih untuk direview. Jom ita tengok blog mana yang cantik dan menarik.

1. http://cercitertashaqisha.blogspot.com/


Pujian harus diberikan kepada blog pertama ini. Loading blog yang cukup bagus. Blog yang dikenali dengan nama Ceciter Tasha Qisha ini dimiliki oleh seorang blogger perempuan.Beliau merupakan seorang blogger yang berasal daripada Langkawi dan berumur 21 tahun.
Apa yang angah suka ialah,kandungan entri yang pelbagai. Selain itu,mudah untuk agah mencari entri-entri menarik dengan adanya widget search dan juga widget entri popular. Thumbs up untuk blog ini. Nak tahu lebih lanjut? Jom terjah blog ini.. 


2. http://wwwqurratuainisnq.blogspot.com/


Blog seterusnya ialah blog berwarna purple ini. Apa yang angah dapat lihat adalah keadaan saiz header yang besar menyebabkan loading blog menjadi lambat. Selain itu,mungkin juga ada beberapa kesilapan dalam perletakan widget yang patut diberikan perhatian.
Mungkin beberapa edit lagi di dalam blog ini boleh menjadikan blog ini lebih menarik di masa akan datang. Jom terjah blog  ini :D 


3. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/


Blog ketiga ialah blog Kalam Mr IZS. Blog yang sangat cantik bagi angah. Header yang cantik menarik minat angah untuk terjah masuk ke dalam blog ini. Pelbagai perkara menarik terdapat dalam blog ini. 
Apa yang angah suka ialah,widget di dalam blog ini tidak banyak. Ia menjadikan blog ini ringan sahaja. Selain itu,entri yang senang dan jelas di baca. Banyak lagi perkara yang angah suka dalam blog ini. Jadi,jom terjah dalam blog ini... 


4. http://justforfund.blogspot.com/



Blog terakhir yang akan direview,juga merupakan salah satu blog yang cantik. Angah suka dengan gaya headernya. Selain itu,header ini menarik kerana mempunyai senarai menu disebelah kanan. Senang untuk sesiapa memlih tab yang disukai.
Bagi angah,blog ini merupakan salah satu blog yang berjaya kerana blog ini cantik dan menarik. Blog yang dihasilkan sejak tahun 2011 ini mempunyai loading yang bagus. Banyak juga entri-entri yang menarik. Jom terjah blog ini... 
Sekian.

4 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.