17 Oktober 2014

Tazkirah Jumaat #15 : Kebaikan Berpuasa



Fakta : Kebaikan Berpuasa Dari Sudut Sains.

"Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik/racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.."
Menurut Dr. Mac Fadon,seorang doktor dari Amerika,"Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut."
Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjutkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi,ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan,otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan.
Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang,otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa,tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak.
Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Sekian.

1 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.