5 November 2014

7 Wasiat Raja-Raja Melayu





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai seorang rakyat Malaysia,adakah anda tahu apakah wasiat yang telah dibuat oleh Raja- Raja Melayu terdahulu? Adakah anda tahu bahawa mereka telah membuat wasiat untuk masa depan rakyat masa kini?
Tidak.

Jika anda semua tidak tahu,apa kata kita lihat 7 Wasiat yang telah disampaikan oleh Raja-Raja Melayu ketika zaman dahulu untuk masa depan rakyatnya. 
Apa itu Wasiat Raja-Raja Melayu?
Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .


Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah daSarawak).

Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.


Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah.

Sekian. 

4 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.