6 November 2014

Blogger Dimalukan Di Media Sosial ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Gempar seketika isu Buli di negara kita.Apa yang paling memeranjatkan ialah masih lagi berlarutan isu buli di dalam asrama di kebanyakan sekolah seluruh negara. Maka ,apabila ramai yang bercakap-cakap tentang hal buli ini,maka ramailah blogger-blogger yang berpusu-pusu menulis tentang hal buli ini.
Sebagai seorang blogger yang ingin menyebarkan dan memberi pendedahan kepada orang ramai,maka blogger itu pun teruslah menulis dan sebarkan di merata tempat. 


Yang menjadi hal ialah apabila sumber berita yang diterima itu hanyalah palsu belaka. Sebagai contoh gambar di atas ini yang disiarkan oleh satu fanpage kononnya mereka ini ialah mereka yang menjadi dalang di dalam video buli tersebut.
Maka ramailah orang menyebarkan gambar ini,kononnya mereka sudah diberkas. Kononnya inilah mereka yang tidak bertanggungjawab dan sanggup melakukan hal buli tersebut. 


Padahal hakikatnya,ianya hanyalah palsu. Habis tergelak satu Malaysia apabila ramai orang bercakap tentang isu penyebaran palsu ini. Kebanyakannya dilakukan oleh blogger dan orang yang suka menyebarkan sesuatu tanpa sebarang bukti dan kebenaran.
Jelas dan terang dapat dilihat di sini apabila orang Malaysia secara amnya dan juga para blogger secara khususnya suka menyebarkan berita tanpa sebarang usul periksa. Asalkan sesuatu itu isu yang panas dan juga boleh menjadikan blog kita sesuatu yang laris,maka sebarlah berita itu.


Muhasabah Diri.

Sesungguhnya apabila kita sebarkan sesuatu yang tidak benar,bukankah ia sudah jatuh hukum FITNAH? Itulah sebabnya sebelum menyebarkan sesuatu perkara,selidik dan ketahui dahulu adakah perkara yang akan disebarkan itu adalah benar mahupun tidak.
Sekian. 

7 ulasan:

  1. Tu lah pentingnye kaji seledik sbelum buat ssuatu.. kang esok hari..smua tuding jari kat blogger.

    BalasPadam
  2. Jgn suka copy paste berita tanpa usul periksa

    BalasPadam
  3. mjr sy blog personal..bab2 mcm ni mmg xpnh nak amik masuk dlm blog hehe

    BalasPadam
  4. Saya pun hampir nak pakai gambar tu untuk entri hari ni. Nasib baik sempat baca satu blog tu yang kata berita tu palsu. Kalau tak buat malu je

    BalasPadam
  5. Sungguh...itu sebab julia hanya menceritakan hal personal dan review prodcut je dlm blog...tak suka cerita sensasi dlm blog...bukan kejar pembaca...tp kejar kualiti entry

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.