11 November 2014

Flute vs Clarinet




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini angah nak cerita tentang Flute dan Clarinet. Apakah itu? Bagi mereka yang tidak tahu,di dalam gmbar pertama iaitu gambar diatas ialah alat muzik yang dipanggil Flute,manakala di dalam gambar kedua iaitu gambar di bawah ialah alat muzik yang dipanggil Clarinet.



Sejak bila angah bermain kedua-dua alat muzik ini?

Angah start bermain Clarinet ketika memulakan pengajian di UiTM dalam jurusan Muzik. Itu adalah pertama kali angah memulakan pembelajaran Clarinet. Alhamdulillah,setakat ini angah tak dapat apa-apa masalah dalam bermain Clarinet.Selain itu,angah juga sudah pernah bermain clarinet di dalam satu konsert besar di UiTM Shah Alam.
Untuk Flute pula,angah baru sahaja bermain alat muzik itu pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua,sebelum ini ketika angah di pasukan wind orchestra sekolah menengah ,angah pernah mencuba kedua-dua alat ini,tetapi ketika itu tidak berbunyi.
Alhamdulillah,bila dah semakin tua,angah cuba untuk main alat-alat muzik ini,ternyata ianya berjaya. Alhamdulillah. Angah bermain instrument Flute untuk matapelajaran Muzik Tradisional Malaysia untuk irama Tradisional.
 
Best ke?
Bagi angah sendiri pengalaman bermain alat muzik ada pelbagai emosi. Adakalanya kita rasa happy,adakalanya kita rasa geram,adakalanya kita rasa penat dan adakalanya juga kita rasa seperti nak GIVE UP. Tetapi yang paling membuatkan kita rasa best ialah bila kita dapat mainkan sesuatu lagu itu dengan elok.
 Kesimpulannya 
Sememangnya angah sangat sukakan bidang yang angah ceburi sekarang ini.
 

2 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.