6 November 2014

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus hanya pada harga RM6 seunit??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Celcom Axiata Bhd memperkenalkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus pada tengah malam tadi di Blue Cube, Sunway Pyramid.
Menjelang detik pelancaran, beratus-ratus peminat setia iPhone sudah membentuk barisan panjang dengan harapan menjadi antara enam pembeli terawal untuk membeli peranti berkenaan pada harga hanya RM6 seunit.
Dengan pelancaran rasmi itu, iPhone 6 dan 6 Plus kini ditawarkan di Blue Cube dan gedung Celcom Xclusive di seluruh negara. Pelanggan boleh membeli peranti berkenaan pada harga bermula dari RM418 selepas rebat bagi model 16GB dan iPhone 6 Plus daripada RM768 seunit selepas penjimatan dan rebat bagi model 16GB dengan pakej kontrak 24 bulan.
Tahun ini, Celcom memperkenalkan program tukar beli buat kali pertama, membolehkan pengguna yang membawa iPhone lama potongan harga tambahan untuk pembelian iPhone terkini.Promosi itu bagaimanapun hanya ditawarkan di cawangan Blue Cube @ Sunway Iconic, Sunway Pyramid hingga 9 November ini.


SUMBER : BERITA HARIAN 


Pendapat angah :-

Bestnya dapat beli phone dengan harga RM6. Berbaloi kan? Tapi sebenarnya angah agak kurang berminat untuk menggunakan iphone. Angah lebih suka handphone berjenama lain. Entahlah. Mungkin disebabkan harga yang mahal menyebabkan angah malas nak menggunakan handphone yang mahal-mahal.
Buat masa ini angah tak menggunakan handphone disebabkan handphone angah rosak. In shaa Allah lagi beberapa hari siaplah handphone angah. Asalkan handphone itu boleh digunakan untuk telefon dan mesej sudah mencukupi bagi angah. Anda bagaimana?

1 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.