16 November 2014

Kenali Semenanjung Tanah Melayu YANG ASAL





Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kali ini angah nak share tentang Semenanjung Tanah Melayu. Seperti yang anda tahu,tanah melayu ialah nama asal sebelum Malaysia. Tapi tahukah anda bahawa keluasan sebenar Semenanjung Tanah Melayu ialah seperti di dalam gambar? Jadi,mari kita kenali Semenanjung Tanah Melayu.

Semenanjung Tanah Melayu merujuk kepada tempat yang didiami oleh masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Pattani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.

Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.


Nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai. Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare (Penarik)
Yarang (Jarang @ Binjai Lima)
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). 

Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)


Tenasserim (Tanah Seri). 
Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini. 

Sememangnya banyak perkara yang kita tak ketahui lagi berkenaan negara kita dan asal sebelum merdeka. Orang kata kalau tak kenal,maka tak cinta,jadi kenalilah asal usul negara kita dahulu sebelum mahu memberontak tak tentu pasal. Alhamdulillah,hari ini bertambah ilmu lagi. 

Sekian.

Sumber: Wikipedia | Twitter 

9 ulasan:

  1. Banyak jugak sejarah yang kita semua belum ketahui rupanya.

    BalasPadam
  2. Baru tahu..salam kenal..

    iryantyahamad.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Hehehe banyak yang Kak Lya tak tahuuuuu !!!
    Nice sharing Angah ..Bel;ajar sejarah ler kita kat sini hahhahaa

    BalasPadam
  4. Dan sebelum terbentuknya Malaysia. Tanah melayu ini antara kawsan yang berada dibawah 2/3 dunia tamadun uthmaniyyah.

    BalasPadam
  5. Kerajaan Islam sebelum ini berpusat di Bangkok.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.