7 November 2014

Kepentingan Fanpage Blog Kepada Blog




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Anda merupakan seorang blogger dan inginkan blog anda bertambah maju? Salah satu cara yang berkesan ialah mempunyai sebuah akaun facebook fanpage. Senang dan mudah untuk seseorang blogger dan sesiapa sahaja untuk menghasilkan sebarang facebook fanpage.
Yang pasti anda perlulah sentiasa mengupdate tentang blog anda di fanpage tersebut.Sebagai contoh,angah sendiri mempunyai fanpage untuk blog ini. Pada awalnya,angah agak kurang menggunakan laman fanpage,tetapi apabila dah semakin lama,angah mula belajar dan menggunakan fanpage secara kerap.
Antara perkara yang angah lakukan di fanpage :-

  • Pertama sekali perlulah tingkatkan bilangan LIKE dahulu. Bila dah ramai orang LIKE barulah lebih ramai orang boleh kenali blog kita. Ia boleh dilakukan dengan cara sponsor mana-mana Giveaway yang memerlukan peserta LIKE fanpage blog kita. 
  • Selain itu,kita juga boleh mempromosikan Fanpage kita di ruangan akaun facebook personal mahupun dalam entri blog sendiri. Untuk di dalam blog,anda mungkin boleh letakkan LINK FANPAGE anda di dalam blog untuk memudahkan pembaca blog anda untuk like FANPAGE anda. 
  • Apabila dah ramai LIKE,anda boleh melakukan sendiri Giveaway atau Segmen dengan hanya menggunakan Fanpage anda.  
  • Selain itu,anda juga boleh menggunakan fanpage sebagai medium yang lebih profesional dalam berurusan dengan blogger lain tentang Giveaway, Segmen dan sebagainya. 
  • Angah juga ada menjadikan ruangan Fanpage sebagai tempat untuk mencari blog-blog yang menarik utnuk direview. 
  • Selain itu,angah juga mengadakan pencarian bloglist di dalam ruangan fanpage untuk menjadikan fanpage DJH lebih dikenali.
Jadi sememangnya kita sebagai seorang blogger boleh memaksimakan penggunakan fanpage untuk memajukan lagi blog kita. Selagi kita berusaha,selagi itu kita akan mendapat hasil.
Di bawah ini adalah di antara fanpage-fanpage blog terbaik yang anda boleh LIKE untuk ketahui sebarang  cerita tentang blog mereka. 

Bagaimana dengan tips-tips di atas? Mungkin pengalaman angah adalah sedikit berbanding blogger-blogger otai yang lain tetapi yang penting hasil daripada menggunakan fanpage secara maksima sudah angah dapat. :D

Sekian. 

17 ulasan:

  1. malu plak nak ada fanpage blog ni.. heheheh yer la blog mamajue personal jer.. ada ker org nak like..

    BalasPadam
  2. Ooo cikgu pon ada tp tak aktif..cuma ada auto publish new entry gune app dlm fb....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu pon oke jugak :D asalkan ada update hehe

      Padam
  3. mama likes ciput... hihiih, tapi bagus entri ni angah.. fanpage memang perlu untuk blogger

    Ikhlas Dari : Mama Niza

    BalasPadam
  4. Jangan lupa LIKE fanpage SP juga ye.. (https://www.facebook.com/SentiasaPanas/)

    BalasPadam
  5. nk bertnya DJH..bila kita nk create fanpages kn untuk blogger mcm kita ni die sesuai untuk catagori apa yea,maksud ayah rie... ( Create a Facebook Page to build a closer relationship with your audience and customers.)...mula2 kita nk create pages...nk pilih yg mana yea

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang mana pun boleh..tapi kalau angah pilih Artist, Band or Public Figure... lepas tu choose category author ataupun writer... :D

      Padam
  6. Wah tips blogger yang sangat bermanfaat..tq

    BalasPadam
  7. kak kathy sangat suka dengan kekreatifan angah menggunakan fanpages tau?

    BalasPadam
  8. terima kasih djh promote blog parihh :) hehee

    BalasPadam
  9. Teringin juga nk ade fanpage tp xtau nk buat n xtau ade fan ke tak..huhu

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.